Friday, 25 November 2011

Merangka Percutian bersama keluarga ke Melaka

Planning a  Family Trip to Malacca
Cuti sekolah sudah pun bermula... so... nak kenalah bawak anak2  g berjalan2… memandangkan anak2 kami merengek2 nak g Melaka ( sebab sebelum cuti sekolah ari tu, sekolah dia orang ni ada buat rombongan.. dan semestinye.. destinasi no1 di Malaysia.. MELAKA…). Oleh itu trip yang julung2 kalinya buat kami semua.. kami pilih Melaka lah jugak…J
 Oleh itu ini adalah perancangan yang perlu disoal selidik sebelum ke sana...
1.      Mesti cari tempat nak stay… memandangkan kami ada 3 keluarga yang akan konvoi kesana, jadi kami kena cari homestay yang bolah memuatkan kami sema bersekali dengan budgetnya.. al maklum lah anak2 ramai…
Survey online dan akhirnya kami Berjaya menempah sebuah homestay yang lokasinya terletak di Taman merdeka 2. Menurut maklumat di situ ianya berdekatan dengan Bandar hilir ( about 15-20 minutes ). Harganya sangat berpatutan.. kalau nak tahu surf sendiri kat http://www.homestaymelaka.com/


Kami prefer homestay sebab kami boleh memasak sendiri (memandangkan bilangan kami semua agak ramai )… so budget adalah teramat penting…. Kami boleh sediakan bekal di tempat penginapan ini.
               
2.      2nd step adalah untuk survey tempat2 yang menarik bersekali dengan “entrance fees”. Ini amat penting, sebab ianya melibatkan cost….
So di laman web memang banyak maklumat tentang tempat2 menarik kat Melaka ni… so U guys je pilih yang mana menepati citarasa….

3.      Merangka destinasi berdasarkan maklumat yang dapat dikumpul….

Trip Planning to Malacca on 2nd December (Friday)& 3rd December (Saturday) for the year 2011…

1st December (Thursday)
Bergerak ke Palong 2 N.S dari kuala Rompin Phg; untuk tido kt rumah adik kami.. so perjalanan ke Ayer Keroh dari sini dijangka memakan masa 45 minit shj…

2nd December (Friday)
Subuh :05.39 am
So kami jangka bergerak jam 6.45 am

Destinasi 1 : ( ayer keroh )





Taman Rama-Rama & Reptilia
Satu lagi tempat menarik untuk dikunjungi di kawasan Ayer Keroh adalah Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka yang menjadi tempat tinggal berbagai spesies rama-rama dan reptilia.
Bayaran Masuk
Dewasa RM5.00     Kanak-kanak RM3.00

Waktu Operasi:
Setiap Hari 8.30 pagi - 5.30 petang


Taman Mini Malaysia
Taman Mini MALAYSIA
Taman Mini Malaysia, yang boleh dianggap sebagai sebuah taman tema, adalah sebuah tempat yang paling sesuai untuk menyaksikan dan mempelajari tentang keunikan budaya masyarakat dari kesemua negeri di Malaysia.
Bayaran Masuk:
Dewasa RM10.00        Kanak-kanak RM5.00
Waktu Operasi



Taman Buaya Melaka
Taman Buaya Melaka mempunyai kira-kira 100 spesies buaya dari serata dunia yang dipelihara dalam suasana yang hampir menyamai habitat semulajadi mereka.

Bayaran Masuk:
Dewasa: RM10.00        Kanak-Kanak: RM6.00

Waktu Operasi:
Setiap Hari 9.00 pagi - 7.00 petang


Zoo Melaka Dan Zoo Malam
Zoo Melaka, yang terletak di Ayer Keroh, adalah salah satu tempat tarikan utama pengunjung berikutan kedudukannya yang strategik, iaitu di Lebuh Ayer Keroh, jalan utama yang menghubungkan Melaka dengan Lebuhraya Utara-Selatan.
Bayaran Masuk: Dewasa RM7.00 Kanak2 RM4.00




            Destinasi 2 : ke homestay di taman merdeka jaya 2

              Selepas berpenat di kawasan menarik Ayer keroh ni, kami akan ke homestay kami.. Check in dalam kul 12.. so sangat sesuai lah untuk budak2 tu berehat.. bboleh lah kami memasak dulu and bersolat sebelum destinasi seterusnya…


Destinasi 3: Bandar hilir Melaka



Istana Kesultanan Melaka
Istana Kesultanan Melaka ini merupakan sebuah replika Istana Sultan Mansur Shah yang memerintah Melaka dari 1456 hingga 1477.
Bayaran Masuk:
Dewasa : RM1.00
Kanak-kanak/Pelajar : RM0.50
Waktu Operasi:
Setiap Hari : 9.00 pagi – 5.30 petang


Kota AFamosa (Porta de Santiago)
Kota A'Famosa merupakan pintu gerbang kubu di Melaka.

Bayaran Masuk:
Masuk adalah percuma.




















Destinasi 4: menara Taming sari


Menara Taming Sari
Saksikanlah panorama indah dan pemandangan keseluruhan tempat bersejarah di Melaka Bandaraya Warisan Dunia UNESCO pada ketinggian 80 meter.

Harga Tiket :
Dewasa : RM 20.00 Kanak-Kanak : RM 10.00
Masa Operasi : 10.00 am-10.00 pm


Muzium Samudera merupakan replika kapal Flor de La Mar yang dibina pada awal tahun 1990. Muzium Samudera terletak di Jalan Quayside berhampiran muara Sungai Melaka.
Harga Tiket :
Dewasa: RM 3.00     Kanak-kanak/Pelajar:RM 1.00


Destinasi 5 : Eye on Malaysia



Eye On Malaysia mempunyai 42 buah gondola, merupakan portable viewing wheel terbesar di dunia, berdiri megah dengan ketinggian 60 meter terletak di Kota Laksamana 2,Banda Hilir, Melaka.

Operating Hours:
Monday ~ Thursday from 10 am to 11 pm
Friday ~ Sunday from 10 am to 12 midnight
With MyKad:
Adult - RM10
Child (3-12 years old) - RM5
Senior Citizen (55 years old and above) - RM RM8
Secondary Student - RM8


Destinasi 6 : Eye on Malacca



Melaka River Pirate Park is located on the banks of Melaka River just opposite the old Cathay Cinema near Jalan Hang Tuah bridge. This pirate park consists of a Ferris wheel named Eye on Malacca, a pirate ship and a trampoline bungee.
Harga Tiket :
Dewasa : RM 5.00 Kanak-Kanak : RM 3.00
Masa Operasi :
5.00 pm-2.00 am


Destinasi 7 : Ikan Bakar Umbai




1 comment:

  1. wah,jln2 kt melaka ye..m3h pun x abes pusing mlake lg..akk menginap kt homestay tmn merdeka ye..saye tggl kt ctu..he3

    ReplyDelete