Wednesday, 16 May 2012

Sempena Hari Guru

Emmm.. seluruh dunia celebrate hari guru hari ini.... dan aku pun consider guru gak... walaupun tidak dipanggil guru.. still aku di bidang pendidikan.. so.. tapi bezanya... penghargaan untuk guru dan terhadap pendidik di pengajian tinggi teramat  berbeza... untuk guru semestinya anak-anak murid sibuk memujuk ibubapa masing-masing untuk ke kedai.. semestinya untuk pergi memilih cenderahati untuk guru-guru... ini yang terasa sangat ni.....

 ialah dari minggu lepas diaorang berdua ni dah sibuk bertanya, "Ummi, nanti hari guru kakak nak bagi apa?"..  bukan sorang dua tapi.. "semua cikgu kakak... cikgu darjah satu dan pra jugak ye...sir Tae Kwan Do boleh tak dengan kakak yang black belt tu, dia pun ajar kakak gak".... meriah kan... betul jugak kan.. tak kan nak bagi seorang dua aje kan.. yang mengajar kan ramai ikut subjek... so.. untuk memenuhi permintaan dia (darjah 2 ) dan adiknya (darjah 1).. dan menjimatkan poket aku jugak.. kenalah jadi kreative sikit kan...
 so.... jadi kat sini aku share apa yang aku buat...
Step 1: Cari kertas yang kita panggil sticker ye.. boleh cabut aje kertas kat belakangnye then tampal lh kertas tu..
 Step 2: print lah apa2 yang agak kreatif.. buat kecik2 aje... camni...
 Step 3: then gunting and tampal kat lidi pengorek gigi ni... cantik gak kan...
 Step 4: Beli bekas ni.. aku pi cari kat nilai.. kebetulan tetiap jumaat aku kan naik KL..  so stop jap kat Nilai 3.. biasa orang hadiah untuk doorgift rmh orang kawen.. tak sampai singgit..
 Step 5: Beli macam-macam sweets... campurkan.. biar colourful sikit
Step 6: isi dalam botol sweets tu..
Step 7: Isi lah mini kad tu dalam botol jugak... cute kan... aku tak letak lah bunga2 ke apa2 ke.. aku suruh anak aku bagi cam tu kat semua cikgu2 yang ada mengajar dia... cikgu sekolah dia darjah 1 & 2, cikgu kAFA dia (termasuk kerani sekali kat situ), sir TKW & penolong dia... boleh bagi semua dan semua cost agak berbaloi.. moga semua cikgu2 dia terima dengan hati yang terbuka....


No comments:

Post a Comment