Tuesday, 26 June 2012

Jam 4 pagi aku sudah bangun...

So hari ni seawal jam 4 pagi aku bangun. Untuk...
sampul buku teks budak2 ni yang baru dapat... semalam tak sempat.. so si kakak dah sound, "ummi, jgn lupa lak nnt sampul buku kakak".. sebab dia tau.. aku ni pelupa.. tapi ialah dalam mengeluh pun sebenarnya aku memang kena buat semua2 ni kan.. tak kiralah penat ke, apa ke... bila dah ada tanggungjawab tu dengan tanpa segan silu memang kena buat..
Ni kita cakap psl tanggungjawab lak.. tapi bukan dalam hal yang besar lah.. bab sampul buku aje. Tapi kalau tak sampul buku tu, buku tu rosak nanti anak2 kita yang kemudian2 ni akan dapat buku yang dah koyak sana koyak sini... memang nampak simple tapi sikap lepas tangan yang kita terapkan pada bebudak seawal usia diaorang ni akan membuahkan pemikiran yang kekal. Di mana bebudak2 ni akan rasa "tak perlu jaga sangat barang yang bukan milik kita".. aku buat konklusi ni berdasarkan pemerhatian aku semasa aku jadi cikgu dedulu untuk 6 tahun itu...
Sebab tu lah, aku kena sanggupkan diri aku untuk bangun seawal jam 4 itu untuk sampul buku anak aku je...

No comments:

Post a Comment