Friday, 22 June 2012

Kasih Ibu Bawak ke Syurga....

Ramai yang tahu kata-kata ni.. sangat popular ..ada dalam lagu lama..

Lirik lagu “ kasihnya ibu “ Artis “ sharifah aini “
Kasihnya Ibu
Membawa ke syurga
Kasihnya saudara
Masa berada
Berkorban raga
Rela binasa
Berkorban nyawa
Tanda Kasihnya
Kasihnya ayah
Sanggupkah berpisah
dan kasih anaknya
Berkorban nyawa
Biar pun jiwa
Akan tersiksa
Ikhlas dan rela
Asal kau bahagia
So..ini mak aku.. mak kesayangan yang tiada penggantinya... Terima kasih Mak.. kalau bukan sebab mak. tak ada aku dikedudukan ni.. kalau bukan sebab sikap keras hati mak yang nak anak2 dia belajar, aku tak mungkin ada kat tempat aku berada ni..
Tapi aku nak cerita kat sini pasal tadi aku kena pegi sekolah anak aku untuk mengadap guru kelas dan mendapat feedback regarding performance anak aku... Kalau tak pergi, aku rasa sangat tidak adil buat anak aku.. anak aku pun dah mengingatkan aku supaya pergi.. so aku pegi lah kesekolah dia.. memandangkan aku ada kursus yang bermula kul 9 pagi so aku terjah cikgu kelas dia seawal 7.30 pagi.. hehehe...

Ini mengingatkan aku dengan tazkirah yang aku dengar kat siaran Pahang FM kul 7.30 pagi semalam.. biasanya kul 7.30 aku memang tukar channel dari klasik nasional tu ke Pahang FM untuk tazkirah ni.. ialah pepagi hari elok dengar benda2 camni.. cam amalan hari2 kita lah kan.. kena mulakan dengan sembahyang subuh baru berkat sikit hari kita kan.. kalau tak apa lah bekal yang nak dibawak nanti.. ramai dikalangan kita sekarang ni sangat sibuk untuk mengejar duit bagi membesarkan anak tapi kita lupa sesetengah perkara yang sepatutnya kita kena tangani tapi kita lepaskan kat orang lain.. tapi semua ni mengikut penilaian masing2 kan... terserah lah.. yang pasti hidup mesti diteruskan...
Alhamdulillah keputusan peperiksaan untuk kelas pagi cukup untuk usaha yang diaorang curahkan.. cuma tunggu periksa sekolah KAFA.. dah penghujung bulan 6 ni tapi still lum ada periksa g.. itu untuk bekalan hidup yang selamanya tu.. lagi teramat penting...

No comments:

Post a Comment