Monday, 18 June 2012

Lari Dari Rumah...

Alkisahnya.. perihal aku sebagai seorang ibu yang agak tak berjaya ni... Sabtu lepas bersamaan 16 June 2012, kedua-dua orang anak gadis aku nak melarikan diri dari rumah... adui... sebabnya... MEMBERONTAK aku suruh diaorang buat latihan samada sains @ matematik sebanyak 10 helai... kejam kan aku.... tapi untuk sehari.. bukannya aku suruh pulun jam-jam tu jugak...
Habis kain baju dipunggahnya kedalam bag-bag yang ada...
Siap mintak permission nak guna bag yang mana, then selepas berkemas selama kat 5 jam kot, abis bersepah bilik... then dalam kul 4 petang, dia orang angkut lah kain baju tu ke luar rumah.. then anak aku yang ke 2 tu datang.. "Ummi, ummi antarlah angah dengan kakak ke rumah pok cu".. ingat jauh sangat nak lari... aku pun jawab.." dah nak lari, larilah sendiri, mana boleh ummi antar"... then dia jawab dengan muka sedih.." angah mana ada duit..." ... so aku buat tak tahu aje... then kakak datang.." ummi, kakak tak nak lah lari.. angah yang ajak.. kakak nak lari ke bilik study kakak aje...".... hehehe.....
So, dia orang tak jadi pun lari.... aku patut gembiralah kan.. tapi tak jugak sebenarnya... ni baru kes yang teramat kecil.. dan anak2 aku dah buat perkara macam ni.. jadi nampak sangat lah aku macam gagal dalam mendidik anak2 aku... so satu pengajaran yang sangat2 perlu aku take note....

1 comment:

  1. mak aii... ni betul2 nak lari ni... beg kemain banyak lagi... huhuhuh

    ReplyDelete