Tuesday, 23 October 2012

Sihat & Sakit.... Larat & X Larat +6

Baru semalam satu entri aku ada terima comment dari seseorang then aku just go through dari siapa comment itu.. emm rupanya jauh dari seberang dan terus melekat membaca blognya berkaitan kesihatan.

Dan of course ianya menarik minat aku sebab few months ago aku ada buat pemeriksaan glucose dalam darah aku.. agak menakutkan walaupun tak seserius mana.. tapi maksudnya the possibility aku akan terkena "kencing manis" ada lah kot in future..

rentetan dari tu, nak kena lah senantiasa follow blog jaga kesihatan ni kan... dan bila bercakap pasal kesihatan ni, rasanya sekarang ni cam musim kot, baru2 ni anak2 office mate aku ni demam dan batuk2.. so anak aku last week sorang ni kena..

dari hari rabu last week dan still belum baik, demam dah ok tapi batuknye belum surut2 sebab susah betul nak pujuk makan ubat, dan at the same time malam tadi kakaknya yang no 2 demam.

Pergi klinik kul 8 mlm suhunya dalam 39 dapat MC 2 hari. (Tapi kalau kita ni orang dewasa susah tul lah nak dapat MC untuk 2 hari)... so dia tidur tak tidur malam tadi (dengan aku sekali tidur tak tidur), siap meracau-racau, tapi nak gak pegi sekolah hari ni. So pagi tadi aku antar dia ke sekolah..

Rupanya hari ni hari kanak2 sedunia ye... kakak dia katalah.. aku tak tahu betul ke tak.. kakak dia kata nanti setiap orang dapat hadiah, tapi kalau tak datang tak dapat hadiah, itu agaknya dia mengelepar sangat kot nak ke sekolah... tapi aku dah bagitahu cikgu dia. So tadi dalam kul 09.30 pagi, cikgu dia tepon suruh amik dia balik sebab dia memang tak larat sangat...

So aku rasa ramai diantara kita yang dah jadi parents pernah hadapi situasi camni... kerenah anak2... layan aje lah...

2 comments: