Thursday, 27 December 2012

Hadiah untuk Kakak

Salam buat teman2 blog yang sudi mengintai blog ni, dah seminggu tak tulis blog, cuma sempat curi masa untuk blog walking, (nak kena gak baca kisah teman2 di blog).. So petang semalam dah dapat hadiah untuk anak saya yang sulong tu.. saya order online aje kat Ana muslim, kat tempat saya tinggal ni buku2 cerita untuk anak2 susah sikit (bukan susah sikit, susah banyak) nak dapat. Ini sebenarnya untuk Hari jadi kakak pada 18/01 ni.
Konon nak buat surprise, buku yang kakak nak sangat2
So bercadangnya nak bungkus dan bagi kat kakak masa harijadi dia tu nanti. Tapi saya ni seorang yang tersangat "tak penyabar" so malam tadi, dah bagi kat kakak. Sukanya tengok air muka dia masa dapat buku2 yang dia order ni. Terus dipeluknya, dan dia cakap " terima kasih Ummi, kakak tau Ummi sayang kakak dan kakak pun sayang Ummi". Mak aih nak berlinang air mata rasanya, sebab Ummi dia ni kan garang (masih dalam pembelajaran untuk menjadi Ummi yang lemah lembut).
Kakak back in 2010

Kakak & Ummi berjogging... konon lh berjogging.. :)

Eh, tetiba aje N3 ni jadi N3 kakak.. hehehe... Tapi hadiah untuk saya sendiri pun dah sampai gak.. Buku yang saya nanti2kan sejak 2005 tu.

this is mine.

15 comments:

  1. suka tengok buku terima ksih allah tu.. nk mencari juga la nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyelh Shiela, sy pun suka baca buku kanak2 ni, pengajarannya bukan untuk anak2 sahaja tapi untuk kita sendiri jugak.

      Delete
  2. Ala, terharunya bila kakak cakap mcm tu.... terasa anak2 semakin membesar, kan?
    Buku Hamka tu pun best jugak, teringin juga nak beli satu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Nur, mmg rasa hiba, terasa cepatnye masa berlari. Buku Hamka tu mmg best. Saya suka penulisan beliau.

      Delete
  3. as salam singgah sini suatu pemberian yang sangat berkat untuk anak tu...tak rugi RM yang terbang...hadiah untuk diri sendiri pun tak kurang hebatnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga Allah memberkati saya dalam meniti liku2 membesarkan semua permata hati ini. Hebatkan hadiah untuk diri saya tu. :)

      Delete
  4. Replies
    1. Bukan kira baik Anis, itukn tanggung jawab seorang yg sanggup melahirkan " seorang insan" ke dunia ini. Jadi kena berikan didikan dan layanan yanf boleh membina dia menjadi seorang yang berguna. Insya allah Anis pun akan memikul tanggung jawab ni kan.

      Delete
  5. seronoknya kakak... bagus la... terharu dengan ayat yang dicakap tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. IyE lah Nora, mungkin sebab anak perempuan kot, diaorang mudah express apa yang didalam hati dengan kata2. Tak macam kebanyakkan anak2 lelaki (menurut experience kawan), anak lelaki lebih suka sembunyikan perasaan diaorang. Untuk perbandingan saya kena tunggu Haziq besar sikit lagi. Hehe

      Delete
    2. hihihi perangai/karenah anak2 ni mmg mengasyikkan MF! ^_^

      Delete
  6. Fair n square..mak dpt...ank pun dpt! He..he...barulah dpt kenal tuan blog!

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. Waniey tunggu Qalief besar sikit, Insya Allah Waniey akan melaluinya dan merasainya,

      Delete