Monday, 10 December 2012

Sebuah Perjalanan

Well, semalam ikut rombongan menghantar "menyambut menantu" anak saudara yang tinggal di Palong, N9 ke PD. Tapi saya dan anak2 serta kedua ibu bapa saya dari Kuala Rompin, Pahang, so kiteorang berjanji untuk berkumpul di Petronas Kuala Pilah 2. Bergerak dari tempat saya kul 7.30 pagi dan sampai di sana dalam kul 9.30.

Sementara menanti Kakak dan rombongan yang lain, saya bawak anak2 masuk kedai Petronas Mesra dan terpampang di bahagian depan promosi "BoboiBoy". Tanpa berlengah anak saya yang ke 3 si Haziq tu dan si Aisha capai patung kecil dan comel "BoboiBoy Tanah" dan "Yaya". Mahal gak, tapi bila beli dengan barangan lain dapat lah diskaun ckit. So saya ambil lagi 1 untuk si Ainurin (dia tak ikut sebab katanya jauh, tapi dia memang tak berapa suka pegi jalan2 ni, yang Haziq pun sama tapi Haziq kena paksa ikut, kalau tak sape nak jaga dia). So dalam koleksi dah ada 3..

actually ada 6 untuk koleksi boboiboy ni, so nak kena usha yang lagi 3 tu...
Sampai di PD dalam kul 12 tgh. Inilah anak saudara saya yang paling sulong, akhirnya dia kawin jugak. Teringak masa dia kecik dedulu, bila bawak dia dengan adik dia jejalan, saya kena dukung dia sebab masa kecik dia ada jantung berlubang, tapi alhamdulillah, selepas melalui beberapa siri pembedahan dia dah pulih.
walaupun dia anak saudara yang paling sulong saya dah ada cucu saudara, adik dia kawin dulu..
comel, sebijik kuar dr mesin photostat mak dia.. hehe
So cucu saudara saya  ni panggil saya "Cik Cik de", sebab anak2 saudara panggil "Cik de", so dia kena double lah.. tak best lah kalau dia panggil "Nek da".. nanti rasa tua sangat.. :)

Masa dalam perjalannan balik, sepanjang perjalanan dari PD ke Kuala Pilah hujan yang kadang kala agak lebat dan membataskan pandangan, dah lah saya agak takut sebenarnya pandu dalam hujan. Then tanpa disangka, masa di Tmn Lavender N9, saya perasan bumper yang didepan tapi saya tak perasan ketinggian bumper itu, so masa di atas bumper saya telah brek mengejut, alhamdulillah kami selamat dan kereta pun tak apa2 cuma, si Haziq yang duduk dibelakang disebelah ayah terjatuh. Dahinya terluka kena besi kerusi.
ni masa dalam kereta, dia terkedu tapi yang pasti memang tak dapat tengok dari dekat luka tu, dia tak bagi.
So balik dari rombongan sampai rumah dalam kul 9 malam, sebab saya banyak berhenti rehat, iyelah bawak mak dan ayah, saya akan stop di masjid untuk bagi peluang ayah berjemaah di setiap masjid yang disinggah.

Alhamdulillah, selamat juga kami sampai kerumah. Dan En Suami dengan anak yang ke 2 dah siap menunggu kepulangan kami.

3 comments:

  1. alahmdulillah sampai dengan selamat... kalau hujan mmg kena memandu berhati2 sikit... kesian haziq... tak pasal2 bertanda dahi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye lah Nora, lekat tanda sempena sepupunya berkahwin. lagi lah sekarang ni musim hujan, petang aje hujan kat area kami ni. Memang risau lah walaupun tak banyak kereta tapi banyak lori di laluan kami ni, dan lorinya sangat laju.

      Delete
    2. tu la... musim2 hujan ni... mmg kena extra careful...

      Delete