Monday, 10 December 2012

Tears to my eyes..

Perghhh... tajuk n3 ari ni x leh tahan tul lah... hehehe... bukan cite apa pun tapi iyelah, bagi ibu2 apabila bercakap tentang anak2, samada berita mengembirakan ke atau pun berita menyedihkan semestinya menusuk ke kalbu, pasti boleh menumpahkan air mata. Ini adalah si Haziq, anak saya yang ke 3.. ni gambar tatkala dia baru sahaja dilahirkan, dan perkembangan seterusnya..

 belum cukur rambut, sebab bila dah cukur rambur dia, kami kekalkan kebotakkan dia sampai dia umur 3 tahun lebih..



 gambar the latest ni gambar dia nak masuk sekolah, last 2 weeks sekolah dah call untuk terima dia ke pra sekolah cina kuala rompin, (kat sekolah kakak2 dia)... so dia duk praktis senyum ni dari rumah dengan ayat "Abang dah besar tau, dah kena pegi sekolah, so abang kena ambik gambar, abang kena senyum tau", sebab dia ni bila tanya nak g sekolah tak? jawapan dia, "Anak, bang anak" .. maksudnya, "tak nak, Abang Tak nak".. pelat tahap gaban...
tapi yang sampai boleh aku berair mata tetiap kali bila teringat yang dia dah nak ke sekolah sebab, tahun lepas, bermula 2 minggu lepas raya 2011, haziq mula terkena sawan. Ingat lagi first time dia kena, waktu maghrib, dia tengah main lari2 dengan kakak2 dia tetiba dia jatuh, dan tak bergerak. Kiteorang terkedu, ingat dia main2 tapi agak lama tgk dia still aku lari angkat dia, tengok muka dia dah kebiru2an, air liur meleleh2 dan badan dia mengeras. Aku cuma boleh peluk dan angkat dia lari kearah En. Suami, (kebetulan suami baru nak solat maghrib, terus masuk kereta bawak pegi rumah mak).

Then all along the way suami suruh sapu air yasin ke kepala dan muka dan seluruh badan dia. Berapa lama dia keadan cam tu aku x perasan tapi aku terasa lama yang sangat2 lama. Airmata tok sah cakaplah banyak mana meleleh... sampai kat rumah mak, kebetulan adik ada, then dia angkat dengan suami pegi masjid. Setengah jam baru balik, tengok Haziq dah tak mengeras dah tapi still lemah. Dia menangis tapi cam x larat sangat nak bukak mata dan bergerak. Then dia tdo, lepas sejam baru dia bangun. Adik kata, ustaz kat masjid cakap dia kena gangguan.

Ingat sekali tu aje, tapi selang few day dia kena g. Perasaan tu x taulah cam mn. Bawak g klinik, tapi doktor kata dia x apa2, so bawak dia berubat tradisional. Pegi jumpa kat beberapa orang gak, semua kata benda yang sama "ada yang nak berimpit dengan Haziq". Tapi berubat pun Haziq still kena selang 2 atau 3 minggu. So bawak pegi ke klinik lain lak, doktor tu kata mungkin Haziq kekurangan mineral, bila tanya pendapat tentang ke pakar, dia agak tak bersetuju. minta observe dulu. sampai lah bulan 4 baru ni, bawak Haziq pegi jumpa seorang ustaz dikawasan aku tinggal gak, selama ni bawak dia pi jauh2 tapi x menjadi.

Alhamdulillah, sejak hari tu Haziq dah tak kena sawan lagi dah. Tapi kerisauan tu tetap ada, dan setiap hari bila celik aje mata, terlintas dalam hati moga Allah kurniakan kesihatan yang baik buat Haziq dan anak2 aku yang lain. Tapi all along the way, aku dapat banyak pertolongan saudara mara yang sudi berkongsi beberapa doa untuk diamalkan, dan insya allah akan aku kongsi nanti. Tapi kalau sesiapa ada masalah yang sama boleh contact saya : maimun@uniten.edu.my

3 comments:

  1. anak2... kita tak perasaan mereka sebenarnya makin membesar... kita ibu ni, sering rasa mereka tetap kecil dan perlukan perhatian...

    moga haziq sentiasa dalam lindungan Allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul lh Nora, tak perasan pun mereka makin tinggi, sedar2 tgk seluar diaorang dh senteng. hehe

      Delete
    2. betul2 setuju... bila senteng baru perasan mereka dah tinggi... hai la anak2...

      Delete