Thursday, 13 December 2012

Unpredictable...

Hari ini, tanpa dijangka, masa nak kuar makan dalam kul 1 tgh  (buat kali ke 2, setelah makan kali pertama kul 9 pagi tadi : bukan breakfast sebab makan nasi + lauk pauk ), keluar aje dari pagar tempat aku bekerja, ada accident. Memang terkezut.
kereta yang dipandu oleh seorang pemuda (alhamdulillah dia x apa2 tapi dia bukan student tmpt aku kerja)
agak teruk jugak kereta kancil ni kan.


kereta ni ada family dengan 2 anak yang masih kecil dalam lingkungan 6 tahun dan 3 tahun.
 Kereta Gen 2 ni odw dari Kuala Rompin ke area Keratong. Dari penerangan kakak yang menaiki kereta ini, (bercerita masa kami menghantar mereka ke Hospital besar Muadzam), kereta kancil tu tadi terus aje turn ke kanan (nk masuk ke tmpt keje aku), tanpa berhenti dan tersangat laju. Keadaan kakak tu agak ok, cuma lutut dan tangan yang sakit. Anak perempuan kecil dia ada luka di muka terkena cermin kereta yang pecah. Nampak sangat sikecil ni terkejut. Dan abang dia alhamdulillah, terantuk kecil di dahi.

Dan setelah menjalani pemeriksaan tadi, alhamdulillah mereka tak ada apa2. So, yang di luar sana, pandu lah dengan berhemah, ini melibatkan nyawa orang lain.

5 comments:

  1. as salam, singgah sini tengok kemalangan...innalilla..

    ReplyDelete
  2. memang x dijangka kan.. pretty scary utk yg terlibat..

    ReplyDelete
  3. mmg kena berhati2... malang tak berbau... takutnya...

    ReplyDelete
  4. Kadang kita beria yg berhati lebih...tp org lain yg buat pasal!

    ReplyDelete
  5. betul tu, bila baca kat suratkhabar kes2 accident ni, memang menyedihkan, terutama kalau melibatkan keluarga dan disebabkan oleh pihak yang lain lak tu.

    ReplyDelete