Friday, 29 June 2012

Hijau... Menyejukkan Mata memandang

Ni tengah boring tahap gaban..... aku terasa tersangat mengantuk... lagi le hari ni kan hari jumaat... dah petang2 ni lagi le... so aku nak segarkan minda aku dengan warna2 hijau..
 cantikkan pokok orkid ni... aku x de beli2 pun.. aku mintak aje kat jejiran aku then tanam cucuk2 aje kat atas tanah tu..
 pokok ni abang ipar aku tanam untuk mak aku, tapi aku yang amik buat hak aku..
 pokok berduri yang membahaya tapi kata orang tua2, kena gak tanam pokok berduri kat rumah, nak elak hantu penanggal datang kat rumah kita sebab dia takut duri2 ni.. nanti trsangkut urat2 perut dia tu..
 ni pokok dalam ofis kat atas meja aku...
 ni baru je tanam, dapat dari jiran gak.. mekasih Kak Ani..
 ni, tak hingat dari mana dapat..
 yang ni cantik kan.. kesayangan aku ni..
 ni, asalnya pokok bunga kertas aku tapi letas tu, mak aku tumpang pokok daun kesum dia, membiak lak tu.
 yang ni pokok dari Mak Faizah...  dari dulu, dah kat setahun, tak bercambah pun..
 yang ni pun dari mak Faizah.. tapi dah mula ada anak.. nnt sape nak boleh mintak..
 pokok ni diambil dr rmh kak long aku kat Palong N9. Mula2 dulu tumbuh dgn cantik dan bunga oren yg lebat.. tapi lepas tu lembu ayah aku makan sampai dogol pokok tu, then dia dah tumbuh daun balik, then kena makan lagi dek lembu sampai dogol, dan aku dh alih supaya lembu tu tak dpt makan.. dan alhamdulillah, dia dah mula tumbuh.. memang sgt tegar pokok ni..
pokok ni aku amik dari rmh adik ipar aku... yg tumbuh dgn cantiknya hanya 1 dari 3 batang......

Thursday, 28 June 2012

Easy Cooking 4 my daughter...

Ok..ini untuk perkongsian dengan para ibu yang tak reti masak.. ada ke ibi2 yang tak masak.. rasa cam aku je kot.. so, setiap hari jumaat, kelas anak aku ni.. ada buat pot luck.. so ape2 pun boleh lak bawak apa2 untuk seisi kelas.. hatta ada yang bawak jajan aje..

Tapi aku tak nak lah kan.. makanan tu tak berapa mengenyangkan lah.. so aku buat ni lah..

Step 1: Pi kedai.. aku pi Tunas Manja.. macam2 ada dijual
Step 2: aku pilih "ayam ball" dgn "sosej ayam" dengan mixed vegetables.. (make sure, beli yang ada tanda halal tau..)..lagi satu, jangan lupa: pencungkil gigi..
Step 3: simpan dulu dalam peti ais..
Step 4: Bangun pagi2.. seawal 4 pagi ke (kalau ada urgent cam ni lah)
Step 5: Siap untuk memasak...panaskan kuali then tuang minyak dalam kuali.. then tunggu agak panas minyak tu...
Step 6: Minyak dah panas... goreng lah bahan2 tu.. berasingan.. tapi mixed veggie tu tadi, aku tak goreng.. aku rebus aje...

Step 7: Guna pencungkil gigi yang di beli tu then cucuk lah... buat cantik2..kasi colorful ckit...
So preparelah untuk berapa orang yang ada.. cam aku ni.. ada 24 orang dalam kelas tu, campur LauSe dia g, kekawan Lause dia g, aku buatlah.. dalam 30.. nanti tak cukup kesian lak kat budak2 tu.. so..selamat mencuba.

Wednesday, 27 June 2012

Lupa yang lama buat sementara... nanti sambung balik

Ini bukan pasal cintan-cintun... ini pasal study... well aku sebenarnya adalah belajar sambil bekerja.. so..untuk memajukan kerjaya aku ni, aku kena buat Master.. so dah 2 thn aku belajar kat Um tapi aku tak tahu bila kesudahannya... so Bos aku suruh stop dulu yang aku buat kat UM tu then buat kat sini.. kat tempat keje aku ni memandangkan ada offer study baru bukak..
Kursus ni fully research... memandangkan ini adalah first batch so, pihak atasan mau kiteorg grad dalm masa setahun.. by hook or by crook.... dasat kan.. tapi aku take it lah... for the sake of my Keje... so terpaksalah aku melupakan dulu sementara kekawan aku... nanti kita jumpa balik tau...

Tuesday, 26 June 2012

Jam 4 pagi aku sudah bangun...

So hari ni seawal jam 4 pagi aku bangun. Untuk...
sampul buku teks budak2 ni yang baru dapat... semalam tak sempat.. so si kakak dah sound, "ummi, jgn lupa lak nnt sampul buku kakak".. sebab dia tau.. aku ni pelupa.. tapi ialah dalam mengeluh pun sebenarnya aku memang kena buat semua2 ni kan.. tak kiralah penat ke, apa ke... bila dah ada tanggungjawab tu dengan tanpa segan silu memang kena buat..
Ni kita cakap psl tanggungjawab lak.. tapi bukan dalam hal yang besar lah.. bab sampul buku aje. Tapi kalau tak sampul buku tu, buku tu rosak nanti anak2 kita yang kemudian2 ni akan dapat buku yang dah koyak sana koyak sini... memang nampak simple tapi sikap lepas tangan yang kita terapkan pada bebudak seawal usia diaorang ni akan membuahkan pemikiran yang kekal. Di mana bebudak2 ni akan rasa "tak perlu jaga sangat barang yang bukan milik kita".. aku buat konklusi ni berdasarkan pemerhatian aku semasa aku jadi cikgu dedulu untuk 6 tahun itu...
Sebab tu lah, aku kena sanggupkan diri aku untuk bangun seawal jam 4 itu untuk sampul buku anak aku je...

Monday, 25 June 2012

Setiap Tahun kita Meraikannya....

Ini sempena sahabt-sahabat aku yang menyambut usia yang ke.. (tak sure..).. tapi yang pasti.. mereka menyambut serentak hari jadi pada 20 jun 2012 baru2 ni.. so depa punye kek teramatlah cantik...
memang tak sabar2 nak makan kek tu, tapi rasanya memang sehebat rupanye lah.. harganya pun.. "usah ditanya U.."

tapi yang pasti.. TQ Tini, Mai & Christine..... moga U guys panjang umur dengan tubuh badan yang senantiasa sihat, murah rezeki & di permudahkan dalam semua urusan..

Ingat sikit.. rupanya...banyak... sangat menyakitkan..

Ini alkisah.. ingat tak yang aku ada highlight pasal tengah aku bawak kete hari tu tetiba ada burung langgar kete aku.. then gear ke 5 aku tetiba jadi free gear.. aku ingat aku tersilap tukar gear tanpa aku sedar... rupa-rupanya... memang kete aku ada masalah.. yang aku ingat kecik aje.. so bila repair nanti pun.. sikit aje kot kena charge...
rupa-rupanya... kena 5ratus tu... menangis tau... pasal minyak gear (yang dalam 50hinggit aje) dah lama sangat tak tukar dan dah mencair cam susu dah.. dah turun parasnya... so abis part2 kat gear 5 tu kena makan dah... then kena ganti lh... so hari ni kereta dah ok semula...

Friday, 22 June 2012

Kasih Ibu Bawak ke Syurga....

Ramai yang tahu kata-kata ni.. sangat popular ..ada dalam lagu lama..

Lirik lagu “ kasihnya ibu “ Artis “ sharifah aini “
Kasihnya Ibu
Membawa ke syurga
Kasihnya saudara
Masa berada
Berkorban raga
Rela binasa
Berkorban nyawa
Tanda Kasihnya
Kasihnya ayah
Sanggupkah berpisah
dan kasih anaknya
Berkorban nyawa
Biar pun jiwa
Akan tersiksa
Ikhlas dan rela
Asal kau bahagia
So..ini mak aku.. mak kesayangan yang tiada penggantinya... Terima kasih Mak.. kalau bukan sebab mak. tak ada aku dikedudukan ni.. kalau bukan sebab sikap keras hati mak yang nak anak2 dia belajar, aku tak mungkin ada kat tempat aku berada ni..
Tapi aku nak cerita kat sini pasal tadi aku kena pegi sekolah anak aku untuk mengadap guru kelas dan mendapat feedback regarding performance anak aku... Kalau tak pergi, aku rasa sangat tidak adil buat anak aku.. anak aku pun dah mengingatkan aku supaya pergi.. so aku pegi lah kesekolah dia.. memandangkan aku ada kursus yang bermula kul 9 pagi so aku terjah cikgu kelas dia seawal 7.30 pagi.. hehehe...

Ini mengingatkan aku dengan tazkirah yang aku dengar kat siaran Pahang FM kul 7.30 pagi semalam.. biasanya kul 7.30 aku memang tukar channel dari klasik nasional tu ke Pahang FM untuk tazkirah ni.. ialah pepagi hari elok dengar benda2 camni.. cam amalan hari2 kita lah kan.. kena mulakan dengan sembahyang subuh baru berkat sikit hari kita kan.. kalau tak apa lah bekal yang nak dibawak nanti.. ramai dikalangan kita sekarang ni sangat sibuk untuk mengejar duit bagi membesarkan anak tapi kita lupa sesetengah perkara yang sepatutnya kita kena tangani tapi kita lepaskan kat orang lain.. tapi semua ni mengikut penilaian masing2 kan... terserah lah.. yang pasti hidup mesti diteruskan...
Alhamdulillah keputusan peperiksaan untuk kelas pagi cukup untuk usaha yang diaorang curahkan.. cuma tunggu periksa sekolah KAFA.. dah penghujung bulan 6 ni tapi still lum ada periksa g.. itu untuk bekalan hidup yang selamanya tu.. lagi teramat penting...

Thursday, 21 June 2012

Masa Bila Makan Yang Sangat Best?.....

Mestilah masa makan freee....... Betulkan... tak kiralah yang kekawan ke belanja, sedara mara ke belanja, termasuk le.. bila majikan yang belanja bila kena pegi kursus... memang cukup best.....

Wednesday, 20 June 2012

Pelupa Atau nyanyuk?...Ada beza tak?...

Ini tentang wiper... baru aje tukar.. tak baru gak.. dalam 3 minggu.. tapi tak pernah angkat walau pun di pesan suami aku... ini first time teringat.. 2 hari lepas rasanya selepas 3 minggu.. kat gambar tu.. member aku... suka tul aku dengan cermin mata baru dia tu.. nampak cam intelek sangat...
Ni recall balik, dalam 2-3 months ago, odw ke KL (nk g kelas kt UM).. Biasa dengar kan From Rompin With Love... tapi I From Rompin With "Sampah"... kes lupalah ni... massa kuar dari rumah kat rompin, nk buang sampah kat luar pagar rumah, tapi terlajak ke Muadzam.. itu pun nasib baik sedar, kalau tak.. To KL With "Sampah"...

Just let Them Have Their Happinness....

Almost every weekend.. bawak bebudak ni pantai.. kalau tak mandi pun.. at least diaorang lepak main pasir.. tapi Ahad baru ni.. kiteorang mandi manda... Gambar ni diamblik jam 7.45 pagi tapi macam waktu senja kan.... sebab kamera tak canggih kot...
dan ini lagi... best main-main pasir ni...







"Ummi, Apa itu Kawan Baik?"...

Seperti biasa, soalannya bertalu-talu.. dus! dus! dus!.....  "Ummi, ada kawan baik tak?" .....  So korang rasa apa jawapannya agaknya?...... Apa beza kawan dengan kawan baik?.. ni nak kena study ni... .. kalau ikut kan namanya "kawan", sesape sahaja boleh dijadikan kawan, tapi ada beza tak untuk kawan dan kawan baik? Jadi kalau kawan baik tu maksudnya adalah kawan yang ada untuk kita dikala kita senang dan susah. Yang saling menolong dan saling memerlukan antara satu sama lain, tanpa perlu kita ungkap, "kau kawan baik aku ye". Kawan yang bila dalam poket dia ada RM10 aje tapi bila kita susah, sanggup bahagi dua duit tu untuk tolong kita. So dia ni aku akan ingat sampai bila-bila dan bila berkesempatan lagi nanti, mesti lah nak g jumpa dia kan...
Okey, sementara tu, ni antara kawan2 aku di tempat kerja aku sekarang ni..
Ini adalah kawan yang sekapal dengan aku..(maksud aku, kiteorg mula start keje kat sini sama).. So dengan diaoranglah sokmo2....
Mereka ni pula bila kami bertiga dah pindah ofis duduk dekat2 dengan diaorang ni, siap boleh jadi klik lak..
 ni sambil berkursus sambil bergosip...
yang ni lak.. tengah meeting pun sempat sok sek sok sek..
ni masa kursus OBE tapi roomate aku tak de lak masa ni...
Thank You Kekawan..

Tuesday, 19 June 2012

Si Cantik dan Manis itu....

Dari lagu ini ...  yang terdengar sokmo di komputer member..

Ketika Cinta Bertasbih
Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku padamu
Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit
Ketika Cinta bertasbih Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud sukur padamu atas segala cinta
Mengenalkan aku Cerita ini.. aku suka..
Heroin ini.... suami aku suka...
Memang cantik dan manis... dalam metro Ahad baru ini.. (17 June) ada kisah si cantik ini... baru aku tahu yang dia sememangnya bertudung walau pun bukan dalam penggambaran... berpendidikan tinggi pulak tu.. yang penting penampilannya adalah muslimah yang sejati... so bila baca berita macam ini.. bila teringat kat puteri2 aku yang 3 orang itu.. aku harap apabila mereka dewasa nanti walau apa pun bidang yang diaorang ceburi aku harap mereka mempunyai personaliti muslimah seperti Oki Setiana Dewi ini... moga khlak mereka selembut dan seindah mata kita memandang si cantik ini...

Bahaya Dalam setiap Perjalanan Rutin Berbeza

Today seperti biasa.. lebih kurang jam 7.15 aku memulakan perjalanan aku ke tempat kerja... selepas settle anak2 perempuan aku ke sekolah then bawak anak lelaki aku yang manja gila tu ke kedai beli kuih.. hari ni dia beli ketupat... then seperti biasa.. aku berangan lah sambil dengar radio klasik nasional tapi kul 7.30.. (dh dekat area Kt Tanam..) aku mesti tukar channel jap... 91.90 siaran Pahang FM.. ada tazkirah.. aku kan cetek pengetahuan agamanya...
Hari ni topik sembahyang.. sememangnya topik yang hangat tapi kita ramai yang lalai... ada yang tak sembahyang pun... tapi ada gak yang sembahyang tapi sebenarnya sembahyang dia kosong... ( untuk yang khusyuk tu kira berkecualilah..).. aku ni rasanya dalam golongan yang sembahyang tapi.. ialah.. sembahyang sebab takut dosa.. tapi dalam sembahyang tak cukup kusyuk.. di mana dalam sembahyang masih lagi memikirkan hal-hal dunia....
Jadi bila sembahyang kita tak cukup kusyuk maka sembahyang ini tak cukup kuat menolong kita untuk ada rasa takut yang amat sangat pada Allah a.s. Jadi bila kita tak berapa takut.. ( dalam hati kata takut, ingat akan seksa Allah nanti) tapi kita masih sayang meninggalkan apa yang boleh menjerumuskan kita ke arah itu... contoh ketara.. mengumpat.. bagi pompuan memang sinonim sangat lah benda ni... sembahyang sembahyang tapi time mengata kat orang.. memang tak "hingat dunia"...
Tapi ni sambil sambil aje tau.. aku nak cakap pasal bahaya tadi kan dalam perjalanan... walaupun dah jadi rutin harian bawak kereta ni ke tempat keje.. perjalanan yang sama, jalan yang sama, waktu pun lebih kurang sama... bahaya yang menanti tak sama... tadi sedang best berangan... kat area MARdi Muadzzam tu.. tetiba. "PAP".. ada benda langgar cermin kete.. terkejut gak aku.. sedar-sedar aje bunyi kete mengaum.. then kete makin perlahan....rupa-rupanya aku tak sedar bila aku terfreekan gear...
So agak terkezut gak lah tadi kan.. yang langgar kete aku tu.. burung.. tapi terlupa nak snap gambar.. burung tu ada tersangkut kat wiper aku.. tapi aku bukak wiper untuk buang burung tu.. bila dah lepas few minutes baru aku teringat.. patut snap gambar tadi...

Monday, 18 June 2012

Lari Dari Rumah...

Alkisahnya.. perihal aku sebagai seorang ibu yang agak tak berjaya ni... Sabtu lepas bersamaan 16 June 2012, kedua-dua orang anak gadis aku nak melarikan diri dari rumah... adui... sebabnya... MEMBERONTAK aku suruh diaorang buat latihan samada sains @ matematik sebanyak 10 helai... kejam kan aku.... tapi untuk sehari.. bukannya aku suruh pulun jam-jam tu jugak...
Habis kain baju dipunggahnya kedalam bag-bag yang ada...
Siap mintak permission nak guna bag yang mana, then selepas berkemas selama kat 5 jam kot, abis bersepah bilik... then dalam kul 4 petang, dia orang angkut lah kain baju tu ke luar rumah.. then anak aku yang ke 2 tu datang.. "Ummi, ummi antarlah angah dengan kakak ke rumah pok cu".. ingat jauh sangat nak lari... aku pun jawab.." dah nak lari, larilah sendiri, mana boleh ummi antar"... then dia jawab dengan muka sedih.." angah mana ada duit..." ... so aku buat tak tahu aje... then kakak datang.." ummi, kakak tak nak lah lari.. angah yang ajak.. kakak nak lari ke bilik study kakak aje...".... hehehe.....
So, dia orang tak jadi pun lari.... aku patut gembiralah kan.. tapi tak jugak sebenarnya... ni baru kes yang teramat kecil.. dan anak2 aku dah buat perkara macam ni.. jadi nampak sangat lah aku macam gagal dalam mendidik anak2 aku... so satu pengajaran yang sangat2 perlu aku take note....

Thursday, 14 June 2012

Kenapa kena pasang lampu kenderaan kita masa Jalan berkabus di siang hari?

Pagi ni masa odw ke Muadzam untuk manjalankan rutin harian (pegi keje u.....). Jalan sangat-sangat berkabus... Penglihatan memang setara 5 meter kedepan aje... so bawak memang kena slow and steady lah.. Yang menjadi kemusykilan aku adalah...

Kenapa masih ada orang yang tak paham konsep "kenapa kita kena pasang lampu kenderann di jalan yang berkabus di siang hari?".. setahu aku.. secara logiknya, pasang lampu di siang hari yang berkabus tak menolong kita untuk dapat melihat jauh.. tapi ia adalah bertujuan untuk kenderaan di lane sebelah yang berlawanan dengan kita nampak kenderaan kita, oleh itu mereka-mereka itu nak memotong ke, tak nak memotong ke, nampak kita ni ada di lane sebelah sini...

tak kan bateri kereta tu low kot semata-mata pasang lampu di siang hari yang tak sampai sejam pun...

Friday, 8 June 2012

Klasik Naasional....

Setiap hari bekerja, perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, membuatkan aku jadi peminat setia siaran radio ni.. (memandangkan memang tak dapat channel lain)... tapi seronok gak layan channel ni.. walaupun dikelaskan untuk pendengar yang sudah berusia sebenarnya siaran ni menarik..
Lagu-lagunya.. memang most of them lamalah.. tapi melayan senikata2nya boleh buat aku tergelak sorang-sorang.. agak-agak kalau pemandu kereta ke,lori ke yang datang dari arah lane sebelah mesti kata aku ni dah sewel agaknya...

Thursday, 7 June 2012

Apabila saling Mengharap..

Salah faham memang biasa dalam hidup kita yang tak sepanjang mana pun ni... tapi walau tak lama, bekalan yang kita bawak masa singkat ni lah akan menentukan nasib kita untuk selamanya di tempat yang kekal abadi tu nanti...

Wednesday, 6 June 2012

Welcome Back My Wira.....

OK... Kete Wira dah kuar bengkel... maka terbanglah jugak duit "Cik Abe...." :)......
 Dah bonet tu bertukar jadi kaler hitam....