Thursday, 5 July 2012

Wow.. Jauhnya Aku Ketinggalan...

So topik aku untuk hari ni... Aku curi2 tulang.. padahal reading assignment lum baca.. Kertas quizzes and Test students tak tanda g.. tapi aku curi2 masa pegi surf blog2 yang tercapai dek mouse aku ni... so tersangat tergezut aku.. untuk orang ketinggalan IT cm aku.. Jadi aku sukalah tgk2.. baca2... then... terpegun, then tergelak baca entry2 yg ada, so mcm rojaklah perasaan yg ada... tapi antaranya lah..
unsur pendidikan.. sgt bagus utk paper conference yg aku nk present next week... Tq Dr OT
tersangat comei.. mengingatkan ke kawan aku masa kt UiTM yg suka sgt katak..
nnt aku update g.. x sempat ni..

Wednesday, 4 July 2012

Kerinduan itu tidak menetapkan siapa sebenarnya yang akan dirindu..

Tadi masa jaga exam, tengok gelagat diaorang yang pelbagai ni.. ada yang confident tapi ada gak yang semua angle dia nak toleh.. at least tak lah boring sangat kan... tapi bila duk tengok pelajar yang di depan mata ni, secara tak langsung ia akan membuka balik memori yang telah berlalu.

So, masa on the way nak jaga exam ni tadi, ternampak ex students aku tahun lepas. Pelajar2 cemerlang tajaan MARA. Diaorang ni agak nakal tapi sangat2 rajin, so no wonder result every sem pun cemerlang. tapi tu masa diaorang di Foundation Year, Sekarang ni diaorang dah di Tahun 1 degree accountancy. Tapi ialah, tetiba rasa rindu sangat kat diaorang.
Jadi rasa rindu ni sebenarnya, tak semestinya untuk orang yang kita cinta saje, tapi untuk yang pernah kita kenal. Sebagai kawan ke (tak kiralah kawan masa kecik ke, masa sekolah rendah ke, sekolah menengah ke, kat kolej ke, kat U ke, mana2 aje), teman sekerja ke, jejiran ke, pelajar kita ke, guru kita ke, pensyarah kita ke, hatta musuh kita sekali pun akan ada kerinduan itu menjengah.

Bila kerinduan itu menjengah, kita akan teringat incident2 yang berlaku tatkala kita bersama mereka. Ada yang mengelikan hati maka secara tak langsung kita akan tergelak sendirian, tak pun mesti terukir jugak senyum dibibir kita. Dan jika incident yang kita teringat tu menyedihkan tu, agak possible lah kita menitiskan air mata keramat kita tu.

Oleh itu, kita hendaklah senantiasa memberikan yang terbaik buat mereka2 yang berada disekeliling kita, walau untuk sekejap cuma. Kerana yang pasti, setiap yang berlaku dikala ini akan menjadi kenangan di masa hadapan.

Kejar Mengejar Masa...

sepanjang perjalanan aku balik kerja semalam dan datang kerja pagi ni tadi.. topik yang tidak berhenti putar dalam kepala aku adalah berkenaan dengan masa... bertapa nazaknya aku dalam menyusun atur waktu aku suhinggakan bila balik dari pejabat aku terfikir tentang kerja-kerja aku yang banyak tak langsai.. tentang study aku yang dah ketinggalan... Ni pagi ni aku ada kelas pukul 9 dan masih terkial-kial mencari mana nota-nota aku letakkan..

Memang aku perlukan jati diri yang kukuh untuk menyiapkan semua kerja-kerja ni... Adoi lah.. kalau lah aku ada banyak masa.. tak pun boleh beli masa.. tapi ...