Friday, 30 November 2012

Berkerja di hari "cuti"

Actuallynya dah bukak n3 ni few days ago.. masa cuti hari jumaat.. nak cite yang biasanya kaum hawa ni, bila bercuti dari kerja tak de lah maksudnya bercuti betul.. Bila bercuti dari tempat kerja tak bermaksud bercuti jugak dari buat kerja rumah kan.. cuma bezanya kaum hawa ni bila berkerja di rumah tak da dapat gaji tetiap hujung bulan, tapi bila upah pembantu rumah buat kerja rumah yang dibuat oleh "suri rumah" mereka dapat gaji tetiap hujung bulan kan..  so  xtvt masa bercuti dimulakan dengan bangun pagi dan kejutkan anak2 bangun solat subuh..
then, hantar anak dara berdua ni ke kelas mengaji...
then pegi servis kereta kat bengkel kejap, ni Aisha si burung hantu still tido, angkut aje dia letak dalam kereta.

yang si lelaki kecik suka lah dia tengok orang pomen kereta ni.

nak kena tukar minyak hitam dan minyak gear . betul ke perkataan tu?.. :)
so sambil tunggu diaorang siapkan tukar minyak, sempat gak layan home design ni.. hehe.. biarlah x dapat rumah camni pun kan..

then xtvt diteruskan dengan singgah pasar beli apa2 yang patut untuk tgh, biasanya beli ayam dengan kepah.. senang masak dan paling penting, x susah sangat siang ayam ni, dan kepah tak payah siang2, basuh aje, kalaui ikan kan leceh. Hehe..ala, tak jumpa lak pic kepah ni...

then mandikan Aisha, makan tengahari, dalam kul 2 antar budak berdua ni kekelas TKW lak.. 
 suka tul tengok diaorang ni ber TKW.. hehe.. Umminya x pandai pun.. kot ada apa2 harap depa ni boleh lah tolong ye..

nak jugak menyibukkan diri si kecik ni.. then ambil diaorang kul 5 ptg.
Itu lah antara xtvt yang dijalankan masa di rumah dari jam 6 pagi sampai 5 ptg.. lum sambung g utk sediakan mkn malam.. sambil tu melayan kerenah anak g.. memang x menang tangan lah.. tapi at the end of the day, walau pun mulut kaum hawa ni mengomel macam2, dalam hati terasa amat gembira sebab semuanya untuk kebahagiaan keluarga dan kepuasan diri.. Apa lagi yang diharapkan oleh seorang kaum hawa kan...


Thursday, 29 November 2012

Durian oh Durian...

Rasanya kalau pergi mana2 tu, kat tetepi jalan bersepah orang jual buah durian... siap ada lelong g... well... aku sebenarnya tergolong dalam kalangan mereka yang dikatakan rugi sebab "tak makan durian" .. :)
aku tak suka baunya tu, kontra lah dengan para pengemar durian ni, yang bagi mereka.. pehhhh...
 ni copy paste dari google ni gambar kartun tu...
 tengok si Amir ni makan.. perghhhh... cam ibu dia sebijik mengadap.. cam nikmat sangat.. tapi tak snap lah pulak gambar ibu dia sebab tak secomel Amir ni makan...
yang ni ada dara aku yang ke 2 tu.. dia ni pun memang duk pulun lah... ikut abah dia ni....

Yang pasti aku ni memang tak tahan baunya tu tapi kalau dah terpaksa memang kena tahankan diri lah.. hehe.. Teringat masa pergi kursus baru ni, ikut memember g kuar waktu rehat petang tu, ikut tengok diaorang pulun makan durian kat tepi jalan, seronok gak tengok aksi mereka2 yang suka makan durian, apa2 hal pun boleh jadi...

Wednesday, 28 November 2012

Semoga Allah senantiasa memberkati Anak2 Ummi..

Untuk puteri2 ummi, Ainurin dan Aisha Nur, Ummi ucapkan selamat harijadi yang ke 7 dan 3.. moga kamu berdua menjadi orang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara...
ini kek pilihan si Haziq, semata2 sebab ada kepala2 cartoon tu...
 ni befday gurls nye... suka tul Aisha tu buat memek muka cam tu...
 so sweet... pejam celik dah besar pun...
 ni dengan cousin yang duduk kat sebelah rumah.. just belanja kek dengan kfc aje...
tapi sebenarnya agak lewat wish si Aisha tu.. befdaynye on 25th, masa si Ummi kat kursus, then malam tadi baru celebrate kira sekali dengan Ainurin yang akan celebrate on 30th, esok... :)

Tuesday, 27 November 2012

Kursus Vs Makan

Last weekend, bermula dari pagi Jumaat (23/11) sampai Ahad (25/11) kiteorang ada kursus untuk menambah "ilmu didada" tapi yang pastinya berjaya menambah "lemak di badan".. sebab rasanya kursus ni synonim dengan xtvt makan... :)
so apa-apa hal pun sebelum sesi kursus bermula, kita penuhkan dulu lemak2 di badan...
then barulah masuk dewan untuk berkursus....
ni kat dewan kursus ni, besar giler dewan kursusnya.. memang best lah...
ni perserta kursus dari berlainan species...
then selepas sesi 2 baru boleh check in.. tapi ni bukan roomate saya, tapi kawan saya ni duduk sebelah bilik saya. Dia bawak husband dan anak dia tapi saya tak bawak family pun sebab anak saya yang ke 3 ti tak suka sangat berjalan. Even kalau nak berjalan jauh pun, dia mesti cam mengamuk ajak balik rumah. So biar diaorang rehat aje kat rumah, nenanti saya free baru kiteorang gi holiday..
Yang duduk kat tengah tu roomate saya kali ni.. yang berdua tu memang suka tul bab posing2 ni...
ni sesi yang seterusnya..  dan sehingga tamat pada Ahad (25/11) jam 4 petang...
p/s: actually ada gmbr nak post kat cni, gmbr penutup tapi x dak lh pulak dlm hp ni.. :)

Thursday, 22 November 2012

Dalam Koleksi Anak Gadisku..

Perihal koleksi anak2 gadis aku.. Sesekali sambil duk terbuntang mata tu ngadap journal, aku selalu gak dengar lagu dan tengok aksi sikecil menyanyi dan menari..best jugak layan... biar pun ada yang x paham...

Untuk klip yang ini mari kita ingat bahawa tujuan Allah menjadikan kita dibumi ini antaranya adalah menyembah Allah, tiada yang lain hanya Allah.. oleh itu pabila kita dalam kesusahan hanya dia lah kita sembah..
Yang ini tentang solat...
Yang ini bila nak pujuk anak2 suruh segerakan solat...
Yang ini aku x paham sebenarnya tapi budak yang nyanyi tu sweet sgt.. itulah rugi tul tak pandai bahasa arab..
Mari hafal bulan2 Islam

Yang ini pastinya tentang membaca...

Dan yang pasti.. untuk Ummi ada gak....


P/s: Semua video klik di atas ni anak2 download dekat YouTube.. so tq 4 sharing untuk yg uploadkan kat YouTube tu... So aku just share dengan yang lain pulak...

Friday, 16 November 2012

Semua benda kena belajar..

So di awal pagi jumaat ni bersamaan 2 Muharram, aku masih terkial2 cuba upload new post kat blog aku ni dengan mengunakan i-pad En. Suami tapi cam tak menjadi aje. Semalam dah post 2 entri tapi gambar yg di upload tu tak pegi ke tempat yg sepatutnya. Nak kena guna computer yang biasa gak kat opis tu. Nak guna laptop tak de broadband (broadband ari tu dah rosak).

Ni tengah duk study sebenarnya, tengah2 taip proposal tetiba skrin tu jadi gelap. (so nak amid balik mood study tu meh kita pi round2 blog walking, tengok ada cite apa, so sempat lah jugak aku cuba post entri ni). Yang pasti kalau aku nak sambung taip thesis aku tu, nak kena off dulu then on semula. Laptop ni dah berusia 8 thn dh, sama baya dengan anak aku yg sulong tu. Ada laptop baru tapi dah kong, baru guna pakai tak sampai setahun.

Cuba perhati monitor tu yang attachment sebelah kanan tu dah tercabut pun dari keyboard tapi alhamdulillah still alive.
Yang gmbar dinding tu penuh dengan contengan hasil creativity anak2 aku. :)



P/s: haha.. Cubaan berjaya, dah tau cara upload gambar. Sempoi gak guna gadget ni kan. Patutlah muda mudi Suka betel benda2 camni.

Thursday, 15 November 2012

Resepi Segera Hari Ini: Dadih

Okey, kali ni nak share buat dadih cara mudah.. aku ni cara mudah aje, kalau yang tradisional tu, cam kawan aku guna agar2 then ada mix dengan bahan2 yg berssangkut paut, aku tak pandai.. memang akan fail.. tapi aku nak gak masak dadih ni sebab anak2 suka, then anak2 sedara akupun ramai ni.. so kena buat sendiri, kalau beli mau "pokai"... :)
Langkah 1:
mesti ada bahan2nya: beli barangan ini

Dan ini

Dan yang ini pasti ada kan, gula


Langkah 2:
baca arahan di belakang

Langkah 3:
Ikut arahan
Yang pertama: panaskan air sebanyak 3 liter

Yang kedua: tambah gula dalam air lebih korang 2 senduk  berserta susu cair

Yang ketiga: Biarkan ia mengelegak sampai nail buih2 tua

Yang ke : bila ia dah berbuih mengelegak tu, tutuplah api dan bukaklah plastik bahan utama


Yang kelima: tuang bahan2 ni ke dalam periuk Dan kacau non stop sehingga ia benar2 sebati dan tuang lah dalam bekas (Kalau boleh, guna Tupperware)...


Then tunggu sejuk sikit baru letak dalam peti ais... lepas tu makan ramai2, baru seronok...















Kerah Tenaga Anak Anak..

So hari ini diucapkan Selamat Tahun Baru buat semua umat Islam. Memandangkan hari ini cuti, untuk helaian pertama anak2 aku, dia orang dikerah buat kerja rumah. Semua kena tolong Ummi.
Ini si kakak kena basuh pinggan. TQ kakak

Ini si kakngah kena tolong lipat selimut. TQ kakngah

As a return, Ummi masak tomyam favorite diaorang ni

Wednesday, 14 November 2012

Talk about "Hobi"...

Rasanya semua orang ada hobi.... ada yang banyak hobinya mengikut kesesuaian masa.. Buku terakhir yang aku sempat baca adalah buku ini... buku ni kawan lama aku masa sama belajar Ting 1 ~ 3 dulu (1987~1989).. then aku tak pernah jumpa dia lagi dah sampailah sekarang tapi tahu perkembangan dia dari FB.... so buku ni dia pos kat aku kira2 setahun yang lalu...
so le ni, aku tengah baca buku ni.. tapi sebanarnya buku ni aku baca dulu dari buku di atas tapi banyak stop.. dah kat 3 tahun lum abis2 g..

then last 2 month masa kat kelas RM aku, ada member ni seperti tertera gambar dibawah......
tengah baca buku ni... aku baru tengok sinopsis buku ni kat suratkabar dalam few days before.. baru rancang nak g beli.. tengok dia dah ada buku ni.. jeles gak... kat Muadzzam ni aku dah round seme kedai buku, tak dak pun buku ni... so kena tunggu lah nanti pi cari..
tapi sebenarnya aku nak cite bab lain kat sini.. sebenarnya aku duk pikir macamana sebenarnya aku nak join contest ni.. hehehe...
sebab, alhamdulillah, sejak diperkenalkan dengan solat dhuha ni oleh rakan setugas aku (terimakasih Jay..) aku rajinlah mengamalkannya dan benarlah seperti yang aku pernah terbaca "kita ni dijadikan oleh Allah S.W.T  oleh itu apa2 sahaja kesusahan atau kemusykilan yang kita hadapi, mintaklah dari dia, tak perlu pandang yang lain memohon simpati, mengadap ajelah dia, Insya Allah, akan dipermudahkan olehnya".. so amalan solat dhuha yang aku amalkan aku amik dari buku lama ni (yang aku jumpa kat rak rumah mak aku).. rasanya yang abang aku punya.. so aku nak share lah kat entri dhuha tu nanti...
tua sangat dah buku ni... dah koyak2 dah tepinya tu tapi aku suka buku ni yang secara tak rasminya aku dah buat jadi cam hak milik aku... so nantikan entri aku tu nanti...

Monday, 12 November 2012

Sudah Pun bermula...

Emm.. officially, sekolah dah pun mula bercuti..... 3 minggu untuk bulan November, 4 minggu untuk bulan Disember.. perghhh.... seronok giler kan... bebudak tak yah susah bangun pagi2... (tapi anak2 aku tak de maknanya... kena gak bangun pepagi... iyolah, takkan nak burn solat subuh kan... )... emmm.. untuk cecikgu.. warghhhh... bestnye korang... tak macam kiteorang.. walau pun cuti sem tapi kena gak g ofis kan...
Any way... aku just nak share kat sini, sebelum tutup sekolah hari tu, kat sekolah anak aku ada acara sikit... biar pun aku balik lewat tapi sempat lah g ke acara sekolah diaorang ni.. acara ni start kul 7.30pm..
 suka tul aku tengok kalau bukan bangsa melayu berpakaian ala2 melayu ni.. baju batik.. cantik kan..  so ni cecikgu cina kat sekolah anak2 aku.. Sekolah Jenis kebangsaan (C) Rompin.
 ini bebudak pra yang nak amik sijil tamat pra... tahun depan anak aku yang lelaki tu insya allah join pra di sini..
 ni ada group tengah buat latihan... teringat zaman aku sekolah rendah dulu.. rajin tengok kekawan aku berlatih untuk persembahan2 camni. Aku biasa tengok aje lah.. sebab aku ni jenis pemalu.. (bukan pemalu sangat tapi jenis tak confident..)
 ini kat bilik persiapan.. sibuk sungguh cecikgu ni duk menyolekkan bebudak...
Ini akank aku yang no 2 dengan best friend dia.. tapi aku lupa nama dia walau dah berkali2 anak aku ni duk beritahu... ( aku sememangnya seorang yang pelupa)... setiap kali ada persembahan mesti kena beli t-shirt.. dalam 10 hinggit gak tshirt lembu ni....

Tapi yang pasti aku suka anak2 aku amik bahagian kalau ada performace2 ni.. tapi lagi aku suka kalau dia join masuk bercerita ke, speech ke.. nak build up diaorang punye self confidence.. lagi satu, aku rasa cam rugi sangat sebab masa aku sekolah aku tak de masuk apa2 bahagian pun kat sekolah, so kenangan tu tak de... jadi cam aku ni budak sivik sangat kot... gi sekolah balik sekolah.. tapi nak kata cemerlang masa belajar tak jugak... so aku galak kan lah anak2 aku untuk involve dalam aktiviti2 ni.. biar luas sikit pergaulan tu... tapi iyelah bukan yang social2 yang tak elok tu lak kan...

Yang pasti, walaupun cuti sekolah, anak2 aku tetap bersekolah untuk mengaji di Sekolah Agama Rakyat Rompin bermula Rabu ni, 14hb Nov setiap 9.00 pagi sampai kul 12.00 tgh. Setakat mengaji kat rumah diaorang boleh baca aje, tapi tak cukup kenal, so memang nak kena antar kat sekolah gak... ilmu ni bukan untuk yang dunia aje tapi yang akhirat tu yang penting... tak pandai kat dunia tak pe g, tapi kalau yang akhirat tercicir abis lah.. selamanya tu kita di sana... tapi biasanya yang bijak pandai untuk ilmu Allah insya allah akan pandai lah sedikit sebanyak ilmu untuk dunia ni...

Moga aku dan En. suami tidak lalai dalam membekalkan ilmu agama untuk anak2.... bukan anak2 aje belajar tetapi ibu bapa pun kena belajar....

Friday, 9 November 2012

Sakit Kepala...

Petang jumaat ni, dah kul 06.03 pm... aku still kat office tengah menjengilkan mata meneliti jurnal2 yang nak diamik idea nak mengolah akunye proposal yang dah bertahun x siap2 g ni...


dah lah tengah sakit kepala.. sakit kepala yang berdenyut2 gitu... pagi semalam masa odw g kerja , 2 kali aku stop tepi jalan, sbb tak tahan sgt kepala tu... so bila sampai ofis aku telan ni dia.. Panadol ActiFast.. memang fast lah.. cepat tul hilang sakit kepala tapi tak berkekalan.. lepas beberapa jam sakit kepala balik..
tapi sakit kepala aku yang dah berlarutan kat 2 minggu sebanarnya cuma ketaranya 2, 3 hari ni.. di sebabkan ni.. si kecil aku ni... tetiap hari dia tidur pagi hari.. paling awal kul 3 pagi... aku rasa aku pernah highlight psl dia ni.. tapi still jadual harian dia tak berubah.. tdo 3, 4 , 5 pagi.. bangun kul 12 tgh, tak pun lajak kul 2 ( kata mak aku.. ).. then dia take a nap kul 7, 8 mlm.. bgn dlm kul 9, 10 dan berjaga sehingga awal pagi... so aku sakit kepala sebab tak cukup tdo kot... aku tak berani nak tinggal dia main sorang2, takut kang ada benda lain lak tolong teman dia.. uishhhh...
 ni gmbr the latest pagi tadi... sebelum aku trlelap dalam kul 3 aku tengok dia pakai sluar pink, baju aku pun tak perasan bila dia tanggal... yang aku tahu bila aku terjaga kul 4, aku tengok dia dah tdo tapi pakai baju abang dia...
masa bila dia tukar baju entah, ingat En. suami yang tukar rupanya tak.. dia sendiri... dan yang pasti still kepala aku sakit ni.. so sebelum balik jap g, aku kena telan dulu Panadol AktiFast tu baru boleh drive balik...