Sunday, 30 December 2012

Aduh si kecil ni lum mau tido.

Salam buat teman2 yang rajin menjengah, emm sekarang jam menunjukkan pukul 1.40 pagi. Aduh, si kecil ni masih lum ngantuk2 g.


Memandangkan dia keboringan yang teramat, (semua dh tidur kecuali dia dan Ummi), dan Ummi tak berapa boleh nak layan dia sebab tengah sibuk tanda kertas quiz dan mid term bebudak). Abis dia punggah kain baju dari dalam bakul ke lantai.



Kain baju sikit punya banyak setelah duduk di jemuran beberapa hari ni, asik hujan dan mendung. Alhamdulillah hari ni panas sikit so semua baju kering dengan cantiknya. Tspi lum boleh pulun lipat lagi sebab nak siapkan tanda kertas ni dulu.


Tapi mujur juga si kecil ni lum tido lagi, ada gak teman bergaduh.



Nak jugak suruh amik gambar dia g.

Thursday, 27 December 2012

Hadiah untuk Kakak

Salam buat teman2 blog yang sudi mengintai blog ni, dah seminggu tak tulis blog, cuma sempat curi masa untuk blog walking, (nak kena gak baca kisah teman2 di blog).. So petang semalam dah dapat hadiah untuk anak saya yang sulong tu.. saya order online aje kat Ana muslim, kat tempat saya tinggal ni buku2 cerita untuk anak2 susah sikit (bukan susah sikit, susah banyak) nak dapat. Ini sebenarnya untuk Hari jadi kakak pada 18/01 ni.
Konon nak buat surprise, buku yang kakak nak sangat2
So bercadangnya nak bungkus dan bagi kat kakak masa harijadi dia tu nanti. Tapi saya ni seorang yang tersangat "tak penyabar" so malam tadi, dah bagi kat kakak. Sukanya tengok air muka dia masa dapat buku2 yang dia order ni. Terus dipeluknya, dan dia cakap " terima kasih Ummi, kakak tau Ummi sayang kakak dan kakak pun sayang Ummi". Mak aih nak berlinang air mata rasanya, sebab Ummi dia ni kan garang (masih dalam pembelajaran untuk menjadi Ummi yang lemah lembut).
Kakak back in 2010

Kakak & Ummi berjogging... konon lh berjogging.. :)

Eh, tetiba aje N3 ni jadi N3 kakak.. hehehe... Tapi hadiah untuk saya sendiri pun dah sampai gak.. Buku yang saya nanti2kan sejak 2005 tu.

this is mine.

Saturday, 22 December 2012

Telur Berdarah & Jarumnya Patah

Memandangkan sekolah dah tk lama nak buka, maka persiapan sedang giat dijalankan. Antaranya, repair kain sekolah. Anak saya yang sulong si kakak tu kurus sangat ( tapi makan kuat ). Ni duk merepair kain sekolah dia. Kakak nak pakai baju kurung sepenuhnya naik darjah 3 ni. So saya modifiedkan kain yang agak labuh mahaupun yang agak besar.

 Tapi saya ni tak pandai berjahit so kat rumah memang tak de mesin jahit lah. So saya jahit tangan. Sampai patah2 jarum. Takut gak petanda apa2. Sebab orang tua2 tak bagi menjahit masa mengandung. En. suami ada telefon, so bila dia tanya saya sedang buat apa, saya cakaplah saya tengah menjahit. Dia pun terus ingatkan saya, "kan orang tua2 pesan masa mengandung jangan menjahit" so saya cakap sikit2 aje.


So tak sampai beberapa minit lepas tu, jarum saya patah. Saya melawan cakap En. Suami ke? So saya pun berhenti sekejap dan pergi goreng telur untuk si Aisha. Bila pecah telur yang kedua tu, telur tu berdarah. Ish musykil lak saya rasa. Hehe.

Apa2 pun jangan fikir macam2 nanti jadi lain lak ye. Syaitan ni kalau nak menyesatkan umat Nabi Muhammad cepat aje dia. Nauzubillah Hi Min Za Lik.

Thursday, 20 December 2012

Berjalan Dengan Bersungguh2 Hari ini.

Salam buat semua yang sudi menjenguk blog saya ni. Emm hari ini saya berjalan dengan bersungguh2 setelah penat memerah otak mengadap journal2 dan semalam telah pun saya "Pre-defend" untuk proposal tesis saya. Walaupun banyak kena kondem, hehe tapi alhamdulillah kehadiran supervisor saya dan sempat gak dia tolong jawap few soalan dari panel bilamana saya tak dapat jawap, everything turn out quite well. (so kena usaha lebih lagi lepas ni, banyak kawasan yang lompang2 itu nak kena tampal).
my supervisor Pn Wahilah yg berbaju hitam tu, very helpful: ptt pelajar kejar supervisor tapi dgn Ilah ni, dia kejar student. TQ Ilah
So untuk mereleasekan tension hari tu (kononnya) hari ni saya berjalan dengan sepuas2nya.. kemana lagi kalau bukan terjah blog kekawan... dari blog OKje, saya ada singgah di blog ini, dimana saya tertarik dengan cara penulisannya, baik penulisan Mawar mahupun penulisan Nafastari. (mungkin saya dulu pernah ada keinginan menjadi penulis tapi tak berbakat..)
blog yang sangat menarik bagi saya
dalam sibuk membaca dari satu N3 ke satu N3 akhirnya saya sampai di satu N3 dimana ada cerita tentang buku "Tenggelamnya Sebuah Kapal Van de Wick" tulisan Hamka, yang secara tidak langsung mengingatkan saya tentang pencarian saya kisah buku ini dari tahun 2005. Ingat lagi masa lepak di Perpustakaan Negara sambil mencari2 novel2 yang menarik dan secara tidak langsung telah berbual dengan seorang tua yang pada pandangan saya gayanya seperti seorang penulis. hehehe.. saya agak2 lah dari cara dia berbual dan banyak memberi saya cadangan tentang bahan2 bacaan yang saya patut terokai. So encik itu telah mencadangkan saya untuk baca buku tulisan Hamka ni. Lama gak saya cari buku ni dikedai2 buku tapi masa tu kiranya saya ni golongan buta IT, so x tau nk google2 ni. Then tadi bila terbaca N3 mawar tu, saya pun terus google.
ini lah bukunya. dan dh order pun tadi
So dalam next week kot saya akan dapat buku ni, Insya Allah. Then rasanya En. Suami akan naik angin sikit nanti sebab saya kalau ngadap buku yang saya suka, abislah, selagi x selesai, saya akan mintak En. Suami tolong buat kerja rumah... hahaha...

Friday, 14 December 2012

Saya Masih Belajar Menjadi Seorang Ibu Yang Baik

Salam untuk yang sudi membaca, seperti tajuk di atas saya akui bahawa saya ini masih sedang belajar bagaimana hendak menjadi seorang ibu yang baik kepada anak2 saya. Saya rasa cam sensitive lak (sejak 2 menjak ni) bila saya ada blogwalking ke tulisan ibu2 yang pada pendapat saya semuanya nampak hebat. Sedangkan saya pulak, masih merangkak biar pun dah ada anak 4.

Masa nissa seorang
Nissa dan Ainurin



Nissa, Ainurin dan Haziq

3 dara pingitan: Nissa, Ainurin, Aisha
Dan ada kemungkinan ada lagi kot yang tersemai dalam rahim saya sekarang ini...

Test on 11/12/12 at 11 am. Second line x brapa terang so maybe a mistake's there

Test on 13/12/12 at 5 am. Second line still tak berapa terang. There's a possibility a mistake or tada....
So saya x pasti tapi kalau ada saya terima dengan hati terbuka, (rezeki juta2 tu, sape yg mampu dapat melainkan dengan keizinan Allah jua). Tapi jauh di sudut hati saya, adakah saya akan berlaku adil untuk anak2 saya yang lain, yang lain pun turut perlukan perhatian saya.

Saya sekarang ini dengan anak 4 semacam gagal mengawal emosi terhadap mereka, selalu yang jadi mangsa mestilah anak yang ke 2 dan pertama. Sampai pernah diaorang nak larikan diri dari rumah (entri ini http://aimrizal78.blogspot.com/2012/06/lari-dari-rumah.html ). Mungkin saya agak garang masa tu, cara saya marah dan paksa diaorang membuatkan diaorang rasa x dihargai. Sedangkan setiap waktu saya akan spend masa baca buku ini.


Dan di dalam bilik ofis saya, saya ada tampal keratan akhbar ini (dh few years keratan akhbar ini ) untuk saya belajar mengawal emosi dan menjadikan diri saya Ibu yang mampu membimbing anak2 ke jalan yang lurus dan benar.

Di samping bekerja saya juga adalah pelajar, jadi tuntutan 2 komitment itu kekadang membuatkan saya alpha dengan kehadiran permata hati adalah untuk disayangi, dididik dan dibentuk. Ada satu N3 yg bt saya terpana dan agak "terasa" lah kan.. hehe http://ihaveasweetsmile.blogspot.com/2012/12/kekesalan-selepas-berkata2.html

Buat saya keep on thinking, and rajin blog walking... tq u guys yg out there yg rajin berkongsi perihal rumahtangga dan anak2. Then only I'll learn to be a good mother.

Sharing is Caring... it's true...

Thursday, 13 December 2012

Unpredictable...

Hari ini, tanpa dijangka, masa nak kuar makan dalam kul 1 tgh  (buat kali ke 2, setelah makan kali pertama kul 9 pagi tadi : bukan breakfast sebab makan nasi + lauk pauk ), keluar aje dari pagar tempat aku bekerja, ada accident. Memang terkezut.
kereta yang dipandu oleh seorang pemuda (alhamdulillah dia x apa2 tapi dia bukan student tmpt aku kerja)
agak teruk jugak kereta kancil ni kan.


kereta ni ada family dengan 2 anak yang masih kecil dalam lingkungan 6 tahun dan 3 tahun.
 Kereta Gen 2 ni odw dari Kuala Rompin ke area Keratong. Dari penerangan kakak yang menaiki kereta ini, (bercerita masa kami menghantar mereka ke Hospital besar Muadzam), kereta kancil tu tadi terus aje turn ke kanan (nk masuk ke tmpt keje aku), tanpa berhenti dan tersangat laju. Keadaan kakak tu agak ok, cuma lutut dan tangan yang sakit. Anak perempuan kecil dia ada luka di muka terkena cermin kereta yang pecah. Nampak sangat sikecil ni terkejut. Dan abang dia alhamdulillah, terantuk kecil di dahi.

Dan setelah menjalani pemeriksaan tadi, alhamdulillah mereka tak ada apa2. So, yang di luar sana, pandu lah dengan berhemah, ini melibatkan nyawa orang lain.

Tuesday, 11 December 2012

Rutin si burung hantu dah bertukar..

Seperti biasa, si kecil ini tertido setelah jam mencapai pukul 8 pagi. Tapi alhamdulillah buat pertama kali stelah beberapa minggu, balik kerja semalam, sampai aje kat rumah dalam kul 7.30, si kecik ini tengah tido. En. suami kata dia tido dari kul 4 ptg, (dimana paginya dia bangun kul 4). Biasanya dia kalau dia tido petang dia tetap akan bangun dalam kul 11 ataupun kul 12, tapi alhamdulillah malam tadi dia tido straight tak berdegis sampai kul 5 pagi (faktor hujan kot).

Bangun2 aje mintak nasi. So panaskan nasi dan goreng telur aje untuk dia. Emmm...  licin gak sepinggan. So hopefully, hari ni pun cam tu gak..

pagi mesti ceria kalau dah makan..


gambar ni diambil the nite before jam 1 pagi.. bermain dengan riangnya..


bergambar memang boleh harap..

sungguh ceria dia ni.. mata ummi pejam celik pejam celik..


kul 4 pagi siap main muzik lak.. siap tukar baju tu...

ni masa dia baru tido hari ahad baru ni kul 9 pagi setelah pegi ke pasar dan tak tido semalaman.
Apa-pa pun harap bila sampai rumah ni karang, semuanya baik2 saje....

Monday, 10 December 2012

Thank You Dr. md Noor

Hadiah yang paling disenangi... emmm... alhamdulillah, saya telah mendapat 2 buah buku untuk rujukan subjek research Method yang saya ajar, saya ada order buku ni dari publisher tapi dah nak abis Sem dah, tak dapat2 pun, tapi Dr. Md Noor dapat sampai 3 dan dia hadiahkan untuk saya sebijik.
bagi saya, ini adalah hadiah yang sangat berharga, sebab saya suka gak kumpul buku2 ilmiah ni.. nak beli agak mahal
Dan dapat sebijik lagi, buku untuk dalam lab, ni Dr Md Noor order dari kilang direct kt oberc sana, dan dia menggunakan nama wife dia yang mengajar kat UKM, so dapatlah buku ni dalam masa 2 minggu. Emm, penghantaran buku pun nak kena ada nama baru boleh dapat cepat..
So tahnkyou so much Dr. Saya akan study bersungguh untuk study saya dan jugak untuk mengajar budak2 dalam kelas.

Sebuah Perjalanan

Well, semalam ikut rombongan menghantar "menyambut menantu" anak saudara yang tinggal di Palong, N9 ke PD. Tapi saya dan anak2 serta kedua ibu bapa saya dari Kuala Rompin, Pahang, so kiteorang berjanji untuk berkumpul di Petronas Kuala Pilah 2. Bergerak dari tempat saya kul 7.30 pagi dan sampai di sana dalam kul 9.30.

Sementara menanti Kakak dan rombongan yang lain, saya bawak anak2 masuk kedai Petronas Mesra dan terpampang di bahagian depan promosi "BoboiBoy". Tanpa berlengah anak saya yang ke 3 si Haziq tu dan si Aisha capai patung kecil dan comel "BoboiBoy Tanah" dan "Yaya". Mahal gak, tapi bila beli dengan barangan lain dapat lah diskaun ckit. So saya ambil lagi 1 untuk si Ainurin (dia tak ikut sebab katanya jauh, tapi dia memang tak berapa suka pegi jalan2 ni, yang Haziq pun sama tapi Haziq kena paksa ikut, kalau tak sape nak jaga dia). So dalam koleksi dah ada 3..

actually ada 6 untuk koleksi boboiboy ni, so nak kena usha yang lagi 3 tu...
Sampai di PD dalam kul 12 tgh. Inilah anak saudara saya yang paling sulong, akhirnya dia kawin jugak. Teringak masa dia kecik dedulu, bila bawak dia dengan adik dia jejalan, saya kena dukung dia sebab masa kecik dia ada jantung berlubang, tapi alhamdulillah, selepas melalui beberapa siri pembedahan dia dah pulih.
walaupun dia anak saudara yang paling sulong saya dah ada cucu saudara, adik dia kawin dulu..
comel, sebijik kuar dr mesin photostat mak dia.. hehe
So cucu saudara saya  ni panggil saya "Cik Cik de", sebab anak2 saudara panggil "Cik de", so dia kena double lah.. tak best lah kalau dia panggil "Nek da".. nanti rasa tua sangat.. :)

Masa dalam perjalannan balik, sepanjang perjalanan dari PD ke Kuala Pilah hujan yang kadang kala agak lebat dan membataskan pandangan, dah lah saya agak takut sebenarnya pandu dalam hujan. Then tanpa disangka, masa di Tmn Lavender N9, saya perasan bumper yang didepan tapi saya tak perasan ketinggian bumper itu, so masa di atas bumper saya telah brek mengejut, alhamdulillah kami selamat dan kereta pun tak apa2 cuma, si Haziq yang duduk dibelakang disebelah ayah terjatuh. Dahinya terluka kena besi kerusi.
ni masa dalam kereta, dia terkedu tapi yang pasti memang tak dapat tengok dari dekat luka tu, dia tak bagi.
So balik dari rombongan sampai rumah dalam kul 9 malam, sebab saya banyak berhenti rehat, iyelah bawak mak dan ayah, saya akan stop di masjid untuk bagi peluang ayah berjemaah di setiap masjid yang disinggah.

Alhamdulillah, selamat juga kami sampai kerumah. Dan En Suami dengan anak yang ke 2 dah siap menunggu kepulangan kami.

Tears to my eyes..

Perghhh... tajuk n3 ari ni x leh tahan tul lah... hehehe... bukan cite apa pun tapi iyelah, bagi ibu2 apabila bercakap tentang anak2, samada berita mengembirakan ke atau pun berita menyedihkan semestinya menusuk ke kalbu, pasti boleh menumpahkan air mata. Ini adalah si Haziq, anak saya yang ke 3.. ni gambar tatkala dia baru sahaja dilahirkan, dan perkembangan seterusnya..

 belum cukur rambut, sebab bila dah cukur rambur dia, kami kekalkan kebotakkan dia sampai dia umur 3 tahun lebih..



 gambar the latest ni gambar dia nak masuk sekolah, last 2 weeks sekolah dah call untuk terima dia ke pra sekolah cina kuala rompin, (kat sekolah kakak2 dia)... so dia duk praktis senyum ni dari rumah dengan ayat "Abang dah besar tau, dah kena pegi sekolah, so abang kena ambik gambar, abang kena senyum tau", sebab dia ni bila tanya nak g sekolah tak? jawapan dia, "Anak, bang anak" .. maksudnya, "tak nak, Abang Tak nak".. pelat tahap gaban...
tapi yang sampai boleh aku berair mata tetiap kali bila teringat yang dia dah nak ke sekolah sebab, tahun lepas, bermula 2 minggu lepas raya 2011, haziq mula terkena sawan. Ingat lagi first time dia kena, waktu maghrib, dia tengah main lari2 dengan kakak2 dia tetiba dia jatuh, dan tak bergerak. Kiteorang terkedu, ingat dia main2 tapi agak lama tgk dia still aku lari angkat dia, tengok muka dia dah kebiru2an, air liur meleleh2 dan badan dia mengeras. Aku cuma boleh peluk dan angkat dia lari kearah En. Suami, (kebetulan suami baru nak solat maghrib, terus masuk kereta bawak pegi rumah mak).

Then all along the way suami suruh sapu air yasin ke kepala dan muka dan seluruh badan dia. Berapa lama dia keadan cam tu aku x perasan tapi aku terasa lama yang sangat2 lama. Airmata tok sah cakaplah banyak mana meleleh... sampai kat rumah mak, kebetulan adik ada, then dia angkat dengan suami pegi masjid. Setengah jam baru balik, tengok Haziq dah tak mengeras dah tapi still lemah. Dia menangis tapi cam x larat sangat nak bukak mata dan bergerak. Then dia tdo, lepas sejam baru dia bangun. Adik kata, ustaz kat masjid cakap dia kena gangguan.

Ingat sekali tu aje, tapi selang few day dia kena g. Perasaan tu x taulah cam mn. Bawak g klinik, tapi doktor kata dia x apa2, so bawak dia berubat tradisional. Pegi jumpa kat beberapa orang gak, semua kata benda yang sama "ada yang nak berimpit dengan Haziq". Tapi berubat pun Haziq still kena selang 2 atau 3 minggu. So bawak pegi ke klinik lain lak, doktor tu kata mungkin Haziq kekurangan mineral, bila tanya pendapat tentang ke pakar, dia agak tak bersetuju. minta observe dulu. sampai lah bulan 4 baru ni, bawak Haziq pegi jumpa seorang ustaz dikawasan aku tinggal gak, selama ni bawak dia pi jauh2 tapi x menjadi.

Alhamdulillah, sejak hari tu Haziq dah tak kena sawan lagi dah. Tapi kerisauan tu tetap ada, dan setiap hari bila celik aje mata, terlintas dalam hati moga Allah kurniakan kesihatan yang baik buat Haziq dan anak2 aku yang lain. Tapi all along the way, aku dapat banyak pertolongan saudara mara yang sudi berkongsi beberapa doa untuk diamalkan, dan insya allah akan aku kongsi nanti. Tapi kalau sesiapa ada masalah yang sama boleh contact saya : maimun@uniten.edu.my

Sunday, 9 December 2012

Dah abis mainan..

Sedang kemas pakaian, tetiba dengar suara, "chiss", ingat apa, rupanya..