Tuesday, 15 January 2013

2012 Penutupannya Merangkap Suasana Baru Buat Haziq Day 1

Salam buat semua sahabat2 yang rajin berblogging,
few days jugak saya duk merangka apa yang nak dikongsikan, ada 2 cerita yang saya nak kongsi tapi saya kena separatekan cerita sebab panjang berjela2, hehe (ni kira penulis syok sendiri). Cerita kali ini tentang si Haziq, anak lelaki saya yang seorang tu yang telah pun masuk ke pra-sekolah di SJK (C) di Rompin ni.
Ini hari pendaftaran pada 30/12/2012, hari ahad. Nampak sangat bersemangat. Tapi setelah setengah jam duduk dikerusi sambil ligat memerhati orang sekeliling dia dah tak duduk diam, dah mula merengek ajak balik. So, pujuk dia ajak pergi beli food kot2 dia lapar ( sebelum dia meraung mintak milo dalam botol dia tu ). Emm macam2 dia demand tapi nak pujuk suruh dia ke sekolah kan, ikutkan aje lah.

Dapatlah dia bertahan sampai abis semua orang yang nak berucap tu berucap. So sebagai pengenalan murid2 pra masuk duduk dalam kelas, dan parents kena pergi kelas lain untuk bermesyuarat bagi memilih "pewaris", AJK untuk menolong guru pra jika ada xtvt untuk murid pra sebab pra tidak terlibat xtvt untuk murid thn1-6. Cam tu lh pulak. (ini di sahihkan oleh adik saya yang juga guru pra :) ).

Tapi Haziq tak nak masuk kelas tu, dia nak masuk kalau saya masuk sekali, so bunga2 yang menunjukkan bahawa saya juga akan menjadi salah seorang murid kian berkembang. Duduklah saya bersama dia didalam kelas tu.

 Selesai mendaftar ( Bayaran buku dan baju seragam, RM147.60 ). Kami pun beransur balik, dan Haziq melompat riang. Peristiwa mencabar pasti menanti untuk hari pertama nanti iaitu pada 2 jan 2013.

11 comments:

  1. cabaran bile anak mula nak masuk sekolah...bagus2 kongsi pengalaman..hehe...haziq blaja elok2 ye:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. PC, anak perempuan lain sikit, both girls saya dulu tu, dari 1 st day pun tak yah bertunggu, yg Haziq ni aje lain sikit. :)

      Delete
  2. mula2 takut... nanti mesti excited haziq kan?!?!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, Nora, saya baru balik hantar dia ke sekolah ni tadi, cepat2 tinggalkan kat pembantu pra tadi, mata dia dah memerah berlinang. Hehe

      Delete
  3. salam mFm ..
    pertama .. aby keliru bila nama maimun direply yg mFm buat, ingat kan blogger baru , rupanya mFm ..
    ok .. anta anak kt sek Cina yer ,,
    satu percubaan yg baik sekali ..
    dapat memperbagaikan bahasa nanti ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aby,

      Hehe, saya pun confius, saya tekan tang mana tah,mkejap kuar myfreeminded kejap kuar Maimun, ari tu masa try nak tukar untuk set nama Maimun, dia kuar2 pun, lepas tu edit kat photo kat google, alih2 kuar nama lak.

      Saya hantar anak2 ke sekolah cina asalnya secara tak sengaja, anak yg sulong dulu, masa pra 5 tahun saya hantar ke Sek Kebangsaan, tapi alhamdulillah, dalam masa 7 bulan dia dah boleh membaca dengan baik (cikgu2nya bagus rasanya, sebab saya memang tak ajar anak saya membaca, bila dia bersekolah, saya just follow apa yang dia belajar di sekolah saya ulang dirumah,) so bila dah boleh membaca dengan lancar bila ke sekolah, setiap hari dia komplen, belajar benda yang sama ( sebab ada murid yang masih belum boleh membaca dan kenal huruf). Jadi bila dia ada suarakan yang dia dah boring ke sekolah, Wn Sumi ambil alternatove hantar ke pra 6 tahun di sekolah cina, biar belajar benda baru. Dan kekal lah dia situ dgn semua adik2 dia sekali. :)

      Delete
    2. Banyak betul salah ejaan, hehe, sebab ada baca n3 atie regarding bahasa di blog.
      1. Wn Sumi : En. Suami
      2. alternatove : alternative

      Delete
  4. MFM.... dah buat draft dulu yeh....he..he... tapi tak pe tak pe, OKje OK jerrr..... layan ajelah!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. OKje, actuallynya bila duk kat rumah ni, sempat gak curi2 tulis tapi bab nak letakkan gambar tu fail, katrumah guna ipad En. Suami so bila bab2 nak masukkan gambar tu boleh tapi nak edit tak jadi lak, asik lari2 aje, so kena tunggu gak g ofis betulkan dulu baru leh publish. Tengok OKje hampir setiap hari duk publish, ni duk try follow ni. Haha

      Delete
  5. Anak saya pra 5 tahun...
    3 hari pertama menangis dalam kelas sebab teringatkan botol susu ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah si Haziq ni time sekolah tak mintak lak botol dia. Tapi tu lah cengeng. :)

      Delete