Saturday, 19 January 2013

Bila Hari Hujan.....

Salam Semua Sahabat Yang Suka berblogging,

Hari ni suasana ditempat saya hujan, semalam hujan dan esok pun diramalkan hujan.


Bila hujan memang best, tidur, lepak dalam rumah, suasana memang sejuklah, (lainlah rumah yang ada aircond kan akan senantiasa sejuk). Tapi yang tak best bila hujan sebergini, air sekitar rumah naik, maka ada lah spesies lain yang menumpang kat rumah kita ni. Nak kena adukan kat presiden SW1M ni. Mesti dia terlupa nak highlight kan untuk pindahkan haiwan yang tempat tinggal mereka dilanda banjir. Iyelah kan kita sedia maklum yang haiwan pun ada masalah besar dari kita. Ni ada yang masuk menumpang kat rumah saya.

Besar lak tu, kebetulan masa ternampak tu budak2 tengah baring ngadap tv, dekat dengan diaorang, mujurlah tak kena apa2.

So secara alternativenya, semua lubang pintu saya sumbatkan dengan kain.

20 comments:

  1. Betullah MFM...dulu masa kecik2 femes sungguh alien ni kat rumah Okje.... selalu jugaklah dengar org kena gigit lipanlah apalah...tapi sekarang ni dah jarangkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. OKje rumah saya kat tepi kebun ayah tanam kelapa sawit, so memang kawasan dia lah. Somtadi ke Blog Bunda, dari komen En. Harith boleh guna abur garam kat sekitar rumah untuk elak species ni masuk rumah.

      Delete
  2. hidup lagi ke lipan tu?geli geleman plok rase...jom makan ubi rebus sedap gak time hujan gini;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kiteorang suka layan ubi kayu rebus time gini, lagi pun kaw ni senang dapat ubi kayu. Panas2 makan dengan kelapa parut... Perghhhh... Pastu mak suka bukak cite masa2 dia kecik makan ubi (especially masa zaman jepun, umur mak masa tu dalam lingkungan 6-7 tahun).

      Delete
    2. Kejap, nak menjawap soalan PC: masa ni nyawa dia dah nyawa2 ikan. Hehe

      Delete
  3. kat sini pula hari-hari snow... best sgt duk golek dalam selimut jer...
    saya sgt geli dgn haiwan dalam gambar tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye lah kan Nur, suasana snow lagi sejuk. Memang best bergolek dalam selimut. Hehe,

      Bab2 species camni jangan kata berjumpa, teringat pun dah naik bulu roma.

      Delete
  4. Salam mfm, kena hati2 juga dgn kehadiran yg tk d undang tu, klu anak2 yg kena ggit kite ibubapa ni akan terasa lebih sakit nya kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye betul aby, memang duk teringat gak, kalaulah lipan ni gigit anak2, tak tahulah camnr perasaan ni, doa jatuh pun tengok luka dia kita duk berlinang air mata, mentelah lagi kalau lipan ni mengigit. Nauzubullah.

      Delete
  5. eeeiii lipan.... dulu masa saya dok kuantan pun mmg banyak binatang ni kat rumah... selalu dekat ngan anak2 yang tgh main... alhamdulillah kat melaka ni tak de nampak binatang tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nora, Pahang kan kaya dengan hutan, sebab tu banyak lipan kot. Hehe, merapu lak, kawasan rumah saya ni, bersebelahan dengan kebun sawit ayah, so memang kira tempat pembiakan dia lah.

      Delete
  6. Kampung mak mentua aku memang cukup femes...
    Besar2 gajah..warna merah lagi...

    Aku memang tak pernah tergezut tapi adik ipar selamba pukul..Pompuan pula tu..malu gak aku..kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Besar gajah tu, kalau kena gigit, nangis tak berlagu lah.

      Adik ipar Hanif dah biasa kot, lagi pun biasanya bab2 ni pompuan lebih berani apa.... Hehe

      Delete
  7. saya sangat suka hari hujan.. rasa macam aman je hehe..

    UUuuuhh seramnya nengok lipan itu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best hujan WWK, tido memang tak hingat lah...

      Saya pun seram sejuk tengok lipan tu,teringat2 g.

      Delete
  8. Benda ada kerana ada tempat yang sesuai menjadi sarangnya. Seperti di celah-celah himpunan kayu ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyelah, sebelah tanah ayah ni memang cam hutan kecil pun, tuan empunya tanah tak buat apa2 pun kat tanah ni.

      Delete
  9. alhamdulillah.. nasib tak gigit sapa2.. kalau tidak jenuh juga la ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye lah Syiela, tak dapat saya bayangkan camnr .

      Delete