Saturday, 12 January 2013

Perkembangan Anak Lelaki & Anak Perempuan

Salam teman blogger,
Memandangkan hari ini weekend so ramailah yang ambil kesempatan untuk bersantai dengan keluarga kan, cam saya suami bukan berkerja opis2 ni, so hujung minggu pun dia kena kerjalah. Jadi sayalah yang duk umah melayan kerenah anak2, untuk hari ni, saya duk survey kat internet tentang perkembangan anak lelaki dan anak perempuan, tapi tak betul2 jumpa artikel berkaitan.

Saya ada 3 anak perempuan dengan seorang lelaki, yang 1st dan 2nd perempuan, sekarang dah darjah 3 dan 2. Yang 3rd tu lelaki dan last pompuan, usia 5 dan 4 tahun.
Ini sesi mengaler, sebab Ainurin nak masuk contest Aulad, tu dia sibuk mengaler, datang yang lain memeriahkan suasana.

Yang saya nak highlight kat sini adalah bukan nak membandingkan tapi nak dapatkan maklumat tentang perkembangan diaorang ni, kalau sahabat di blog dapat tengok gambar di bawah ni, si Haziq masih terkial-kial cara pegang pensil tu, malah pembantu di Pra pun ada bertanyakan saya tentang si Haziq ni, "Adam tak reti pegang pensil lagi ye kak?" so saya mengiyakannya lah. Seingat saya pun, saya pun tak pernah nak ajar anak2 saya menulis, cuma dari yang sulong tu kecik lagi saya just beli buku2, kaler pensil, kaler krayon dan just bagi kat diaorang buat main2. Bila diaorang dah kesekolah, takde pulak cecikgu dia inform masalah camni. Tapi when it comes to Haziq, saya terkejut gak dan barulah saya perhatikan, memang dia tak reti pegang pensil kaler pun, pegangan dia pun nampak kekok.

Tapi kalau diperhatikan gambar di bawah ni, si Aisha adiknya nampak lebih tegap jejari kecil dia bila pegang pensil kaler tu, dan yang pasti saya pun tak pernah ajar dia cara pegang pensil tu.

Perkara ni menimbulkan jugaklah ketakutan di hati saya. Bila blog walking tadi ada terjumpa lah blog yang inform supaya tidak membezakan anak lelaki dan perempuan ni, tapi iyelah perasaan seorang ibu, bila benda tu depan mata ada gak kerisauannya.

27 comments:

  1. Hakikatnya kemahiran psikomotor anak-anak berkembang berdasarkan pengalaman mereka sendiri ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye lah, saya pun tak berapa dedahkan anak2 yang kecik ni untuk menulis bagai, kalau si Haziq ni asik berkepit dengan ipad tu je. Kalau si Aisha tu rajin gak dia ikut kakak2 dia main cikgu2, dan semestinya dia dikerah jadi anak murid. Tq Koding for giving me some thought about theirs experience.

      Delete
  2. dah kurang cekap plak psl mendidik anak yg kecil2 ni ..
    sbb sume dah besar kecuali yg bongsu umo dia masuk 11 tahun.
    yg pasti klu anak2 yg agak rapat jaraknya, bila besar akan lebih akrab sbb depa main game dan saling bergurau bersama, berbanding dgn yg jarak umo jauh ..
    silap2 yg kecil2 dijadikan hamba kpd yg lebih besar ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, memang seronok pun aby kan, anak2 seme dah besar, saya ni baru duk merangkak membesarkan anak. Hehe. Yang bab "si besar silapp boleh jadikan sikecil hamba" tu , tak yah tunggu besar betul, anak saya yang no 2 baru darjah 2 dah pandai suruh adik2 dia buat macam2 untuk dia.

      Delete
  3. jgn risau kak..nnt dia pandai sendiri. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye lah didiey, bila rajin blog walking ni tengok perkembangan anak2 orang lain, baru 3 thn 4 thn pun dah pandai macam2, jadi cam risau gak, padahal sebelum2 ni akak tak kisah pun, indeed dari anak sulong pun akak tak de paksa belajar baca sebelum dia masuk sekolah.

      Delete
  4. Perkekmbangan setiap anak tu tak sama...ada yang cepat..ada yang lambat..jangan risau kak..In Shaa Allah..nanti pandai juga dia tu..^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye lah MQ, tadi baru baca kat blog teman2 blogger, not to worry dan rasanya saya pun boleh terima keadaannya lagi pun bak kata koding dia response towards the experience yang dia kutip. :)

      Delete
  5. Saya baru ada sorang anak perempuan...tak tahu lagi macam mana sikap anak lelaki...hehe...tp rasanya perkembangan kanak2 mungkin berbeza mengikut keadaan sekeliling mereka, faktor kawan2, dan minat mereka. Anak lelaki dan perempuan mempunyai minat yang berbeza2. Ini pendapat saya sahaje...blm ada pengalaman dgn anak lelaki lagi...hoping to have one!:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari bacaan yang saya dapat pun kesimpulan asasnya sama dengan pendapat PC, so untuk pengalaman tu saya doakan Aliya akan cepat dapat adik boy. :)

      Delete
  6. Selalu terjumpa info di mana2..memang perkembangan setiap anak berbeza.. tak sama.. ada yg lambat & ada yg cepat!..mgkin buat masa ni dia tak reti lagi, tapi nti dah pandai mesti dia lagi teruja..:)

    ReplyDelete
  7. Erm, pernah juga baca artikel pasal perkembangan anak lelaki mmg berbeza dgn anak perempuan... apa yang saya ingat, perkembangan anak perempuan lebih cepat berbanding anak dari beberapa segi especially potty train...

    Bila google dari babycenter dapat ayat ni...
    Boys' gross motor skills (running, jumping, balancing) tend to develop slightly faster, while girls' fine motor skills (holding a pencil, writing) improve first. Often girls show an interest in art (painting, coloring, crafts) before boys for this reason.

    Irfan dan Aisyah beza dua tahun, tapi kadang2 rasa mereka sebaya dari banyak segi... especially cara bercakap dan kematangan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq 4 d info Nur,
      Pasal potty train tu memang obvious, Kakak dan Ainurin cepat je stop pakai pampers kalau nak dibandingkan dgn Haziq ni.
      So it's normal lah ye perkembangan boys lambat dari girls.

      Irfan dan Aisyah mesti tak sabar tunggu salji kan.

      Delete
  8. Saya ada anak pompuan sulung dan anak lelaki.
    Memang benar..pompuan cepat belajar dan agresif....
    Yang lelaki ini waduhhhhh.....
    That normal!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. So saya tak perlu risau apa2 lah kan, :)

      Delete
  9. saya tak tahu pasal nie , sebab x der pengalaman lagi , tapi apa yang saya lihat perempuan lebih cepat belajar daripada lelaki , jadi seperti yang kita lihat mereka lebih kukuh dalam apa jua keadaan dengan ada nya kematangan..x salah lah..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengalaman sendiri memang Azie x de, tapi Azie pun rajin melihat sekeliling dan mampu buat kesimpulan so dah kira bagus jugaklah tu. Tq Azie

      Delete
  10. anak saya macam anak awaklah... yg lelaki tu umur 4 tahun masih lagi macam terkial2 pegang pensil...yang perempuan sejak umur 3 tahun lagi tegap je dia pegang pensil...tak pelah.. lama2 pandailah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq datang visit Cikgu, Insya Allah saya pun har macam tu gak.

      Delete
  11. munna dua2 anak perempuan... munna tak tahu lah pulak sebab takde anak lelaki.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, x pe Munna, tunggu yang akan datang ye. :)

      Delete
  12. MFM..... anak lelaki memang agak lambat bab akedemik ni... (tak semua) sebab dia ni banyaknya main....kalau pompuan suka melukis gambar patung le. rumah le...so pembelajaran pegang pensil kat situ terkedepan sikit... OKje rasalah...
    Biasalah... kalau anak sulung masa dia kecik memang lebih perhatian dpd adik2nyakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah OKje, banyak main tul, baru kaler 1 huruf dah ngadu penat, x sempat nak cakap apa2 dia dah lari g rumah tok wan dia.

      Delete
  13. tak perlu risau MF... lain anak lain skillnya... apa yang MF boleh buat untuk masa sekarang ni... banyakkan latihan memegang untuk haziq... contohnya untuk memegang pensil, lekatkan kertas lukisan atau kertas mahjong di lantai... biarkan dia menulis mengikut kreativiti dia... jgn hadkan penggunaan kertas tu... biar dia gunakan keseluruhan kertas...

    untuk latihan lain, main sambut bola dengannya... baling atas, bawah, kiri dan kanan... sambil tu buat kiraan supaya dia dpt balancekan pemikiran dan perbuatan(menangkap bola dan turutan mengira...)

    pendek kata kena banyakkan latihan untuk tangannya... insyaAllah nanti dia biasa..

    ReplyDelete