Friday, 22 February 2013

Spreading Diseases: The Freezer

Salam Buat Sahabat di Alam Maya, di mana sahaja kalian berada, dan siapa pun kalian, sementelah kita berkenalan di Alam Maya sahaja, saya nak ucapkan Semoga semua dalam keadaan sihat senantiasa. Esok nak cuti dah kan, kecuali yang kerjanya tak kira hari dan waktu.. So selamat bekerja. :)

Well dah 2 hari saya duk pulun menaip karangan saya, then sepagi tadi saya duduk kat dalam freezer, emm.. freezer tu sebenarnya ni.. Library... hehe

Tapi sebelum U guys tengok2 gambar kat bawah, ni nak cite sikit pasal tajuk n3 tu.. betul ke "Spreading diseases" tu maksudnya "Penyakit berjangkit", sebab duk rajin sangat ke blog OKje, di mana n3 dia duk melilau kisah kekawan, so saya pun terjangkit lak bila mana kat n3 saya pun nak highlight blog kekawan.

Kalau boleh apa yang saya baca tu bagi saya menarik, berinformasi, bawak manfaat, boleh buat kita ceria barang sekejap, saya nak jugak mereka2 yang lain turut dapat kutip apa yang saya rasa memberi kebaikan dan panduan.

Ini Gambar Illustrasi

Ni sempat snap masa kuar dari sini, Library Uniten Kampus Muadzam

Memang nyaman samada untuk study atau pun untuk zzzzzzz

Tak ramai budak pun sebab sekarang budak2 yang ada just yang ambil special sem...
 Nampak hijau kat luar tu teringat kat kebun UmmuAidan kat Fiji sana tu.
tak perlu berebut guna komputer

pilih je mana seat..

lengang giler..
Emmm.. setelah 2 tahun kerja kat sini, ni lah baru masuk library, sebab terpaksa.. hehe.. kena amik data untuk karangan tu lah.

Saya panggil Library Freezer sebab memang sejuk pun, macam dalam peti ais, pergi lah mana2 library kat mana U, mesti suhunya cam kat atas Cameron Highland di waktu malam. Tak caya tanya Ena. hehe dia baru pergi jejalan kat CH. Tapi tak sama lah sejuknya dengan kat tempat Nur belajar. Hehe

Saya duk bersembunyi kat sini lah OKje, tu yang sepi tanpa n3 tu. haha..

37 comments:

  1. la...ini rupanya freezer tu...besaunye freezer die..patutla best die duk sini...nyaman gitu..PC tak suka duk freezer ni sebab banyak buku...tak tahu nak bace buku mane nanti...hikhik. Kalau freezer yang ade makanan best jugak duk dalam tu...kenyang!hikhik;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.... Kuat makan Dr ni ye. Hehe... Lama tak jengah PC. Nenanti saya pergi berborak. 2ngu...

      Delete
  2. Ho...ho...dlm freezer rupanya....ngelat ni sejuk , org kat sini panas berdenting tau, habis terbakar muka naiklah jeragat mak...huhu.
    Cantik susun gambau tu...kecik,besau sangat, besau sikit, besau kecik, kicik, sgt kicik...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. panas berdering la OKje....haha

      *datang kacau jap!;p

      Delete
    2. Sesekali OKje, kat rumah tak de aircond.. Haha... Kecik besau kecik besau.. Seni tu OKje.

      PC no hal.. Mencelah selagi boleh... :)

      Delete
  3. 2 kali tengok dah sama je gambau tu...magic ke apa ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah istimewanya saya ni OKje, teror buat magic.. Haha.. Poyo je jawapannya.

      Delete
  4. ehh sama la... opis deqla pun sejukkk amat...beku rasanya....huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah Deqla, kita kat Malaysia pakai aircond nak sejuk, orang kat oberC pakai heater nak panas. :)

      Delete
  5. bestnya nampak library tu... saya suka dok lama2 dalam library... walaupun library ikip kecik, saya suka.. sbb byk buku... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sah sah Nora ni ulat buku kan.. Hehe

      Delete
  6. seronoknya belajar kalau selesa kan..tapi ramai yang tak rajin gi library...dulu2 masa belajar kat u library tempat budak 'bertenet'..istilah untuk berdating..kui kui

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Nordee, ramai couple suka lepak kat library, boleh study sama2.

      Delete
  7. salam mFm ..
    kenyang dengan ilmu la yer dalam freezer tu ..
    bertambah tambah input ..
    kekadang aby pun sampai ke bandar muadzam shah tu ..
    pergi kt hospital sana ..
    atas urusan kerja ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah biasa ke Muadzam tu, takkan tak pernah sampai ke Rompin, tapi rasanya Aby bukan kaki pancing kot, sebabnya Rompin ni biasanya glamer untuk kaki pancing.

      Kiranya Aby ni dalam kerja banyak out station lah ye. Best tu, boleh meluaskan pandangan.

      Delete
  8. best la nengok freezer awak penuh dgn buku hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emmm.. Ulat2 buku je yg suka freezer penuh buku, ni mesti hobinya suka baca buku. :)

      Delete
  9. betol2..libarary kat upsi pun sama jugak.
    sejuk cam duk dalam ais.
    nak pegi kena bwk sweater..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teringin nak ke UPSI, bila lah dapat jejakkan kaki kesana. Betul Sir, mana2 library memang kena bawak sweater.

      Delete
  10. Lama duk menyorok nampak!!! hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kena menyorok kalau tak nanti melekat nak melilau kat blog OKje.hehe

      Delete
  11. best nya...banyak buku. sy sukaaa:)

    ReplyDelete
  12. haah betui ler, mana2 library waima kat sekolah rendah pun memang sejuk giler :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul T, tu yang budak2 suka betul pergi library. :)

      Delete
  13. Ni bukan sebarang nyorok ni...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini nyorok tuntut ilmu sakti OKje. Hehehe

      Delete
  14. OK Gak tuh ...
    Tak perlu pergi CH untuk rasa sejuk...
    Cuma strawberry tak ada kat library tu kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi pemandangannya terbatas sikit.. Hehe, nikmati buah strawbery pun melalui gambar aje. :)

      Delete
  15. Duk dalam peti lagi ni nampak gayanya hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah kuar dah OKje. Dah melilau dah ke blog kekawan, cuma lambat sikit nak menyampai tu, iye lah sebab otot2 still beku. Haha

      Delete
  16. setuju... semua library yg saya pernah pergi kat M'sia mmg sejuk... kat sini jer panas sbb pasang heater.... hehehehe



    ReplyDelete
    Replies
    1. Ish bila lah nak merasa suasana yang Nur lalui ni. :)

      Delete
  17. Hehehe..freezer..teringat library ms kat kampus dulu..eee mmg sejuk gegiler...

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) Tapi lagi seronok membaca di kawasan yang suasananya nyaman kan. Tak de lah mengigil.

      Delete