Tuesday, 19 February 2013

The Thing That Scares me Most When Driving

Salam Buat Sahabat, moga kita semua senantiasa dalam rahmat Allah S.W.T

Sebenarnya sudah lama pun nak buat n3 tajuk seperti di atas, ialah sebab setiap hari ulang alik ke tempat kerja kan ambil masa sampai 40 minit, so macam2 lah dalam kepala otak ni berlegar2... So semalam masa balik kerja yang agak lewat, almost 7 pm gak baru bergerak dari ofis ni.

Cuaca agak Ok, tapi selepas 10 minit hujan rintik2 turun, dah lah hari nak gelap, (itulah sapa suruh balik lewat)... tapi balik lewat biasa lah sebab biasanya idea buat karangan tesis tu bila petang baru nak jalan otak ni.. Mula2 sempat lah snap gambar2 pemandangan indah (menurut pandangan 4 mata saya ni ), kiranya nak share n3 untuk hari esok.

Sekali sampai halfway, tetiba jalan Jem, emm jalan kat ceruk hutan ni kalau jem ada 2 aje penyebabnya, 1. Banjir tapi hujan tak lebat pun so boleh list outkan dia. Yang ke 2. Accident. So memang benarlah ada accident.

Suspen gak memula


Adoi, panjangnya, ada kat 10 bijik lori dan treller

Ini rupanya
 Accident lori Balak penuh muatan terbalik. Habis satu jalan tu dia jajah. hehe , tapi soalan pertama aku tanya, ada terlibat dengan mana2 kenderaan lain tak, bila dijawab tak de, alhamdulillah. Bukan apa teringat kes terbaru di Johor kan, melibatkan nyawa, saya agak sensitip sikit bab2 ni. Dan peristiwa lori balak yang menghempap kenderaan awam did happen few years ago di daerah yang tak berapa jauh dari sini.

So sememangnya semasa bawak kereta, perkara yang saya sangat takut adalah bila berselisih dengan lori besar2 camni. Kalau boleh elak dari berselisih dengan lori memang saya akan cuba elak, tapi iyelah manusia hanya merancang dan mampu berdoa, segalanya adalah ketentuan Ilahi.

Kes semalam, kat 40 minit gak stuck, so kiteorang lalu ikut jalan atas rumput tu. tapi bila kes2 sebegini biasanya mereka yang pandu lori akan turut serta tolong jaga jalan, bagi amaran kat pemandu2 lain dan tolong pegawai bomba mengawal lalu lintas. Tq u guys yang ada di sana semalam walaupun tak kenal tapi ramai yang tolong jaga traffic, dan ada yang tolong bawakkan kereta saya melepasi kawasan accident, sebab jalan kat atas rumput berlecak dan agak licin dan curam dan merbahaya. :)

Lagi satu, paling takut bawak kereta melalui jalan yang penuh lubang ni (kalau nak tahu rupa jalan saya ulang alik ke tempat kerja kilk kat sini ) di waktu hujan lebat.. pernah termasuk lubang yang agak dalam tapi tak perasan kedalamannya sebab penuh airkan.
Kelabu asap..
Memang bengkaklah hati dan persaan memandu dalam hujan lebat ni. Kang tak pasal2 kena tukar rim. :)

Ok semua.. berhati-hati di jalan raya ye. Jangan ingat diri kita aje tau, ingat jugak kat pemandu lain, semua orang ada adik beradik, ada mak ayah, ada anak-anak, ada suami atau isteri, ada sape2 yang saling memerlukan. so jangan kita pentingkan diri. Selamat memandu.


34 comments:

  1. Bukan awak aje yg takut MFM...OKje pun takut kalau selisih dengan lori...lagi-lagi balak cam tu huhu... takut terputus tali pengikatnya....Tulah MFM banyakkan berdoa ye...moga dijauhkan oleh
    Allah...hati-hati tau!

    psst... dapat hadiah apa hari tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah akan senantiasa berhati2, sama2 lah kita ye.

      OKje, biasa time hari jadi En Suami bagi ucapan aje, hehe. Dia bagi hadiah time dia ada ongkos, sekarang poket kempis. :)

      Delete
  2. Terlebih muatan ke lori tuh....sampai bole tergolek camtu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya memang standard pun Ena kalau lori balak area ni bawak lebih muatan, tapi yang ni sebab pin antara kepala lori dgn badannya patah.

      Delete
  3. huhu mmg menakutkan... hati2 dah jgn lupa baca doa naik kenderaan ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah, biasa pepagi hantar anak2 dulu ke sekolah baru pergi kerja, so diaorang rajin ingatkan, baca sama2. :)

      Delete
  4. nauzubilahi min zalik...mmg menakutkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap hari bekerja bila mana nak memulakan perjalanan memang rasa agak takut lah, takut sangat2 berselisih dengan lori balak ni.

      Delete
  5. mengerikan.... minta di jauhi sebarang bala bencana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengerikan dan menakutkan, memang begitulah perasaan tetiap perjalanan.

      Delete
  6. Baru2 ni akak terserempak dgn dua kemalangan. Memang menakutkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan kata Ibu, tengok berita kalau sebut kemalangan pun saya tak berapa nak tengok. mulalah terbayang macam2, perasaan sedih toksah cakaplah.

      Delete
  7. betul la, idea selalu datang lewat2 petang.... bila dah ralit menulis, tetiba dapat panggilan kena balik, heheheh
    huwaa, dah lama tak pegang stereng....

    psst, tertanya-tanya ni... cengeng tu apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, so normal lah ye. hehe. Tapi betul Nur, tengah ada idea, tengok jam dah kul 6 lebih, ada pulak Call tanya bila nak balik, adus.. abih, hilang mood.
      Nur pergi ke U naik apa, boleh jalan kaki aje ke.

      Hehehe.. cengeng tu manja lah, tengok cite sedih sikit pun nak nangis, tengok anak boleh apa2 yg unexpected pun boleh nangis.

      Delete
    2. oooo... kena ingat ni... cengeng = manja :)
      saya pergi uni jalan kaki, balik naik bus hantar depan rumah... mana la mampu nak pakai kereta, sob sob :(

      Delete
    3. Tak pe Nur , berjalan pun bagus gak, sambil berjalan otak mesti bekerjakan, macam2 boleh berfikir sambil bersenam. Lagipun pemandangannya cantik, tak terasa pun perjalanannya. :)

      Delete
  8. Berhati2 lah sllu bila memandu... sy pun ada sedikit fobia bila hubby drive dibelakang lori..isk! ntah mcm2 yg sy fikir..nasib baik tak pernah jd benda2 yg tak diingini..Nauzubillah!..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kan atie, kalau dah ikut bontot lori tu, segala macam imaginasi melintas dalam kepala ni. Kita just berdoa lah agar dilindungi dari segala kejadian yang tak diingini tu. :)

      Delete
  9. sampai sekarang saya tak berani nak memandu...hoho...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ni dah memang terpaksa kena drive.. kalau tak memang cari alternative lain lah. :)

      Delete
  10. mmg takut bila bw keta dekta2 lori ni kan..depa nie bukan blh diharap..lubang pun 1 hal..alignment byk lari krn mask lubang kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ialah nampak lori pun dah buat rasa cuak. :)

      kalau jalan berlubang tu tak reti nak pikir apa dah, nak tak nak memang kena redha. dimana2 aje ada lubang atas jalan.

      Delete
  11. MF, saya mmg sensitif sikit bab accident ni sebab arwah abang saya meninggal sbb accident (terlanggar lopak air dan kereta terbalik)

    Kawan sekerja saya pun meninggal sbb accident.. beberapa hari sebelum dia meninggal dia ada ckp kat saya.. mati yang paling dia takut adalah mati sebab accident... rupanya akhiran hidupnya pun begitu... setiap kali teringat sedih rasanya...

    http://dialoguda.blogspot.com/2011/06/sharifah-maisarah-dalam-kenangan.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Al Fatihah buat Arwah Abang Nora, sedih kan bila berlaku sesuatu macam ni, sememang ajal dan maut sudah di atur, tapi kalau para atasan kita lebih prihatin tentang "hal yang mereka anggap remeh" ini, tentu kemalangan jiwa dapat dielakkan disebabkan "hal yang mereka anggap remeh" ni.

      Saya pun selalu gak terbayang tentang hal sebegini, sampai Mak pun pernah pesan, "tok sah lah fikir lebih2 sangat" tapi saya pun memang tak dapat lari dari memikirkan hal sebegini. Al Fatihah buat sahabat Nora.

      Delete
  12. Mencabar juga perjalanan pergi balik awak yek....

    ReplyDelete
  13. tu la..biasanya kalo jln jammed..in lah antara puncanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Deqla tapi tak seteruk kalau kat bandar kan. Kalau ada acc, mahu stuck berjam2.

      Delete
  14. Dalam hal memandu, walau cepat... pastikan selamat ...
    Maksud nak laju tu kena pastikan tengok dulu keadaan lalu-lintas ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Koding, kena observe dulu persekitaran jalan raya baru boleh pilih nak pecut tahap berapa. :)

      Delete
  15. seram gak tgk lori terbalik ni....adui....
    PC tak suka bile drive kat belakang lori yg panjang2 pastu bawak barang yang byk...debor rase...kalau blh nak cepat2 je potong lori tu tak nak ikut belakang lori..
    Hati2 di jalan raye, ingatlah orang tersayang!:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah rasa tu PC. Memang takut pun. :)

      Delete
  16. Replies
    1. Menakutkan Waniey. Pin antara kepala dengan ekor tu patah, dan muatan seperti yang lain2 seangkatan dgnnya memang biasa terlebih pun.

      Delete