Wednesday, 6 March 2013

Bandar Rompin ku

Salam semua sahabat alam maya, 

Ini bandar kelahiran saya, dan sekarang pun tinggal kat sini. Kalau rasa nak berjalan-jalan ke Rompin meh lah datang sini. Bandar Rompin ni ramai yang datang sini sebab kira port memancing.








my favorite, sebab senang masak. hehe

ikan ni bakar best

sayur confirm segar.
Rasanya harga ikan ke, ayam ke, sotong ke, udang ke sama sahaja kat tempat lain tapi segarnya memang segarlah sebab tempat kami dekat aje dengan pantai dan jeti untuk kapal2 yang tangkap ikan mendarat pun dekat.

36 comments:

  1. salam mFm ..
    awal thn ni anak saudara dgn kwn2 dia ajak ride ke Rompin .. katanya makan mee udang sana yg rasa sangat la best ..
    tp aby malas nak ikut sbb sume budak2 ..
    umo 20han ..
    kawasan JJ dulu ni kan ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aby,
      rasanya selain favorite kaki mancing, biasa gak tengok group motor besar lalu kat depan rumah (sbb rumah tepi jalan utama). Hehe, nak kata sedap tu tak tahu lah sebab saya tak mengemari mee udang ni, tapi kat sini memang pusat udang galah fresh, mungkin tu yang menyebabkan mee udang tu sedap.

      Rompin ni di bawah parlimen Tioman, yup still JJ berkuasa diparlimen ni.

      Delete
  2. yang penting fresh..kalau kat tpt akak dah layu dan berbau ubat penahan..siput tu mesti best..orang panggil kijing ke apa..akak panggil siput je manjang..hihi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, biasanya memang fresh pun. Emm, kalau kak T maksudkan yang gambar favorite saya tu, kita panggil kepah kat sini. Kalu kijing tu ia kecik cikit. Panggil apa2 nama pun tak pe kak, janji sedap dimakan. :)

      Delete
  3. Betul!! yang penting semuanya fresh baru berselera

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan En Hanif, bila fresh tu masak apa pun dapat rasa kemanisan isinya tu. :)

      Delete
  4. wah memang segar, di umah skrg ni mkn ikan, seafood lain dh tak mkn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nape babY, allergic ke. Saya alhamdulillah, anak2 boleh makan apa2 sahaja, cuma kalau kepah tu, yang kecik 2 orang tu tak leh pegang, bila kena air rebusan kepah kat tangan atau mana anggota luaran diaorang akan rasa gatal, tapi makan tak de apa2 pulak, so kena suapkan kat diaorang. :)

      Delete
  5. muar pulak bandar saya :)
    nak rasa mee bandung ngan sate muar singgah la sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh Sir ni sebandar lah dengan OKje (http://hainomokje.blogspot.com, hari tu baru dia promote laksa muar tu. Saya tak pernah cuba pun. hehe...

      Bandar Muar pernah pergi sekali je, back to 1990 kot, pi jejalan ke MRSM Muar. Masa tu kira bandar koboi lagi kot, le ni dah berubah banyak kan.

      Delete
  6. kalau PC pergi jalan2 kat Rompin mfm kena masak guna semua bhn2 segar ni tau...geram nengok ikan2 dan sotong segar tu:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh boleh, kita suruh orang kat kedai tu masak ye, baru sedap, seganlah nak menjamu PC & family dgn hasil keras tangan saya ni. Haha.. :)

      Delete
  7. Wah mentang mentanglah baru habis kuarantin terus gi pasar cari ikan haha...nak madak speciallah tu..
    Tgk pic ayam tu mcm lawaklah pulak...kaki masing masing kejung je ke atas..hehe
    Tak igtlah pernah gi Rompin ke idak...nk gi Tioman lalu mana MFM?...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak de mana speciallah, paling hebat bakar aje kat atas dapur tu... hehe

      Ayam itu disusun atur sebegitu rupa oleh Tuan empunyai gerai tu (seni tu OKje), Ayah saya pulak jenis memilih orangnya, kalau dia nak makan ayam, mesti ayamnya dibeli digerai ni aje. Sysahnya time perayaan lah, nak kena tempah seawal mungkin, kalau tak ayah rela tak makan tau.
      Kalau nak ke Tioman, kalau dari KL ke, negeri2 di pantai timur biasa lalu Rompin ni dan naik feri kat jeti Tg Gemuk, tapi cam OKje, kalau dari KL ikut Muar (kalau singgah kg lah) mesti lalu Mersing. Kat Mersing pun ada jeti ke Tioman.

      Delete
    2. sebab masa keje beberapa tahun nyg lampau hehe... retreat kat Tioman..haruslah lalu rompin kot!

      Delete
    3. OKje, saya orang Rompin tapi tak pernah ke Tioman. Memalukan betul. Hehe

      Delete
  8. bess dekat ngan laut..dapat yg fresh...yg fresh tu yg lagi bagus...udang pun ada rasa udang lagi...kat sini...mmm x rasa udang dahhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah n0e, itu adalah salah satu kebaikannya bila buat keputusan untuk balik duduk kat kampung 10 tahun lalu. :)

      Delete
  9. ha ah la.. nampak segar2 semuanya... geram pulak tgk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emmm, kalau yang pandai memasak semestinya geram bila tengok bahan2 segar terpamer di depan mata. Hehe

      Delete
  10. dah lama tak ke rompin.. masa study dulu selalu jugak ke sana.. ikut kawan balik kamgpung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh NR dah pernah ke Rompin ye. Alhamdulillah di Rompin ni dari segi makanan segar tu memang boleh di puji tapi bandar kami kecik aje, bandar koboi. Hehehe, tapi nak main pasir pantai anytime. Mehlah datang jejalan lagi.

      Delete
  11. nampak segar bugar lauk2 smua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe, bukan macam kat kota batu kan. Keras dek air batu. :)

      Delete
  12. bestnya kalau dpt pergi pasar camtuh lagi..psr kat sini bukannya meriah camtuh pun..seafood pun takder dijual..huhhuh..rindu lah kat pasar m'sia....:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi rasanya tengok tempat Ummu macam kat tepi pantai, so mesti ikan dan seangkatannya dijual fresh. Tak sama ye cam tempat kita.

      Nenanti bila balik Malaysia jalan puas2 kat pasar ye. :)

      Delete
  13. bestnya kalau dapat beli dari psar yg dekat dgn jeti kan..

    salam kenal dari saya ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal, rasanya dah lama saya follow QR. :) tq sidi jengah sini.

      Delete
  14. harga sama tu bagus la sebab segar.. kalau pasar kat rumah saya tu pun dekat dengan tempat ikan naik, tapi harga mahal sikit sbb katanya, "Ikan segar, kak!"... huhuhu, saja org2 tgh ni ambil kesempatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Nur, orang tengah ni memang suka tul kaut untung berlebihan. Tapi nak buat camnr kn. Takkan nak protes lak. :)

      Delete
  15. Pastinya yang segar dari Laut China Selatan ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, sememangnya jualan di pasar ni datangnya dari Laut Cina Selatan.

      Delete
  16. saya dah jelajah belukar Endau-Rompin tau MFM..masa tu ada kursus untuk para O.C minggu orientasi pelajar baru ITM..ada lagi simpan gambar-gambar kenangan di sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye ke kak, cantik ke hutan endau rompin tu, walaupun tak jauh dari rumah saya pernah ke air terjunnya aje. Tu pun kat bawah aje, berkelah dgn family, lepas makan2 terus balik. Akak pergi bila tu, hehehe..

      Delete
    2. kak pergi situ tahun 1991....lama dah kan..

      Delete
    3. Masa saya form 5 tu. lama dah tu, hehe,

      Delete