Thursday, 21 March 2013

Oh My Rompin Beach

Salam Sahabat Semua,

Kalau saya berkesempatan, Insya Allah saya mesti ke pantai, bukan apa si Haziq tu suka sangat ke pantai main pasir. So almost every week dimana dalam 2, 3 kali seminggu mesti lepak kat pantai walau pun sekejap. Dan hari ni ianya sangat mengecewakan. Why???

Tengok.. Penuh sampah sarap kan..



Actually sape yang patut bertanggung jawab untuk menjaga kebersihan pantai. Mereka2 yang datang ke pantai harus menjaga pantai dengan tidak membuang sampah merata2 tapi kalau sampah tu datang dari laut yang hanyut ke pantai sapa nak tolong bersihkan. Kalau biar cegini, sakit jugak mata memandang dan seharusnya membuatkan orang luar tidak mahu datang lagi ke sini.

24 comments:

  1. tak suka org yg suka buang sampah merata2 ni. mmg sakit mata memandang.

    ReplyDelete
  2. Betul tu Nik. Tak da sivik betul. :)

    ReplyDelete
  3. tu lah...byk dah pantai2 tercemar dgn sampah ni.bukan kat rompin je..
    keadaan di sesetengah pantai di trganu pun hmpir sama...sakit mata memandang kan....

    *suke betul haziq ke pantai yer...aliya mmg payah lah nak ajak ke pantai...takut pasir katanya...klu main air suke pulak;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah PC, tapi nak buat camnr, rasanya nak suarakan kat budak2 Uniten untuk gerakkan kelab diaorang buat kerja amal bersihkan pantai.

      Memang Haziq suka tul ke pantai, kalau boleh tetiap hari dia nak kesana, tapi budak2 pompuan tu tadi actually merayu nak ke taman, sebab semalam dah ke taman so hari ini kena ikut pilihan Haziq.

      Tapi betul PC bila dah kepantai budak2 pompuan tu lak berlebih main air. Hehe

      Delete
  4. yer la.. seharusnya pantai ni kena bebas sampah sarap ..
    baru sejuk mata memandang ..
    menjawab soalan dr N3 sebelum ni psl perlunya F1 driver tahu jumlah koner disetiap litar ..
    wajib setiap driver tahu jumlah koner disetiap litar ..
    sbbnya klu berlaku sesuatu insiden atau kemalangan diselekoh depan, control blh radio kt driver utk berhati2 di selekoh ke berapa tempat insiden tu ..
    dalam minggu F1 ni, boleh la jwp soalan2 psl F1 ni ..
    he..he..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye lah aby, orang datang nak tengok laut sebab mencari ketenangan tapi bila tengok sampah sarap makin serabut kepala.

      Hehe, haruslah aby tahu bab2 berlumba ni kan, dah memang kaki motor besar yang suka kan kelajuan.. :)

      Delete
  5. Minggu depan ni cuti sekolah ...
    Anak-anak sudah bertanya resort mana kami nak bercuti ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beruntunglah anak2 Koding bila both parents boleh cuti sama untuk time cuti sekolah, cam saya susah gak, tengok sibuk study, lagi pun En Suami pun susah nak cuti ikut kesesuaian kami ni.

      So kena survey dulu keadaan pantai kalau nak bercuti di kawasan pantai. :)

      Delete
  6. pantai kat rumah saya dulu (batu rakit) pun macam tu... kadang2 risau juga dgn kaca yang bertaburan..... tapi kalau pantai UMT mmg orang UMT jaga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya dulu pernah dengar budak Uniten buat kerja amal disitu.. itu yang rasa cam nak cadangkan kat diaorang untuk buat lagi.. UMT memang di pantai kan.. ni Uniten jauh sikit.. dalam 45 minutes. :)

      Delete
  7. Apakah nama pantai ini wahai MFM.... boleh mandi ke tak tu?
    Rumah MFM dekat beno dengan pantai ke?
    Tulah sepatutnya setiap individu kena bertanggungjawab.....barulah bersih alam sekitar kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pantai hiburan namanya.. airnya ok, boleh mandi cuma kat kawasan pasir tu je penuh sampah sarap hanyut,
      Kalu dari rumah kena naik kenderaan gak, naik kete dalam 5 minit..
      Itu lah kan patut ada kepala yang memantau then boleh gerakkan mana2 institusi ke, persatuan ke untuk mohon bantuan pembersihan beramai2..(amboi, bercakap bukan main lagi... mengalahkan wakil rakyat ni..)hehe

      Delete
  8. suka pantai.. tp dah lama x ke pantai.. eh gmbo no 2 tu dah kenapa??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gambar no 2?.. itu Haziq main lori jengkaut ye kat batang kayu yang tersadai kat situ. :)

      Delete
  9. sejak duk melaka ni sekali je ke pantai... kalau dekat kuantan, 5 hari seminggu dok sedut angin pantai... sebab opis depan pantai... (taman gelora)

    Dulu masa saya mengajar (subjek public speaking), saya akan bawa students ke tepi pantai... smbl dorang hafal skrip ucapan... saya suh depan kutip sampah... hahahah seronok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye lah kan, tempat Nora mengajar dah di tepi pantai, haruslah boleh kesana setiap waktu terluang... hehe

      Ohhh ajar Public speaking, no wonder bahasa penulisannya cantik dan teratur. :)

      Delete
  10. Sy pun suka pergi pantai.. bukan apa, tenang je fikiran kan klu ke pantai..
    cuma dah lama tak pergi.. ntah lah busy sgt kot!..hehe;)
    betul tu..para pengunjung lah bertanggung jawab jaga kebersihan pantai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang yang suka pantai ni biasanya romantik orangnya... hehehe

      Delete
  11. bessnya selalu dpt g pantai...noe n hubby mmg suka g pantai..tp klu nk bawak anak2 tu mandi...mcm takut sikit..hehe..org yg buang sampah tu agaknya x belajar sivik kut masa kt scool

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ke pantai sokmo2 n0e tapi tak selalu mandi, tengok keadaan airnya sebab kita pun takut gak sebenarnya, so bila anak2 mandi pun, kat tepi2 aje.

      Delete
  12. saya pernah tinggal di rompin thn 2002-2004 di rumah quarters depan rompin. Saya & adik beradik suka jenjalan kat pantai hiburan tu hihi.terlalu banyak kenangan di rompin.....kami pernah berbasikal ronda2 bandar baru&lama rompin....pegi taman permainan....saya amik muet di SMK Rompin,adik bongsu sempat bersekolah rendah sekali....pada saya,bandar rompin adalah tempat yang menyenangkan....adeih,rindu pulak pd rompin.... ;')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke.. Bandar koboi... Hehe... Meh lah jejalan kat rompin ni. Tak banyak perubahan yang ada... So boleh consider sebagai bandar yang menenangkan jiwa jugak lah... :)

      Delete
  13. Sayangnya bila pantai yg ada tercemarkan.bukan apa,anak2 suka main pasir n layang2 kat pantai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul TJ, bila keadaan camni, takutlah nak berlari kat pasir tu, takut ada kaca2, so amat membahayakan.

      Delete