Tuesday, 5 March 2013

Read this On the First Day

Salam buat semua sahabat di alam maya,

Pagi-pagi ni nak share apa yang ada dalam buku khazanah saya yang berusia kat 15 tahun ni, kalau budak remaja tu dah dipanggil sweet 15.

Dah uzur buku ni, itu yang nak share kat sini isinya, kot2 saya dah tutup mata ni selamanya, Insya |Allah akan ada orang yang dapat terus tatap koleksi saya ni.
Kalau sahabat2 ingat saya pernah berkongsi emel dari seseorang (kalau rajin refer kat sini ye), yang mana keratan tu saya simpan dalam buku khazanah ni lah. Semalam masa blog walking ke blog Koding, kat bawah blog dia ada tulis ni

Dan saya sebenarnya nak mula perkongsian berkaitan ini sejak mula menjejakkan kaki ke blog atie. Sekadar perkongsian apa yang ada dalam simpanan. Saya tahu ramai yang diluar sana ilmunya jauh lebih tinggi dari saya (saya ni golongan baru belajar, masih tersangat cetek), jadi bukan bermaksud nak mengajar, cuma berkongsi, jadi kalau ada kemusykilan maka perlu dirujuk pada yang lain ye.
Kalau hari tu nak buat setiap jumaatlah berkongsi ilmu kehidupan ini tapi saya ni bukan seorang yang terurus susunan masanya, maka saya akan terbitkan any time bila saya ada kesempatan.
boleh baca tak, dah usang pun, dah lama saya simpan keratan ni sebelum di tampal dalam buku kucing saya tu.
Meh lah saya tolong taipkan balik, nanti kang ada yang kena ambil Kanta lak. Hehe

RIWAYAT HADIS
SABDA Rasulullah bermaksud:
"Perempuan yang soleh lebih baik daripada seribu laki-laki yang bangsat. Dan setiap perempuan yang melayani suaminya selama tujuh hari, ditutup baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginya lapan pintu syurga dan dipersilakan baginya untuk masuk syurga mana-mana pintu yang is sukai, tanpa suatu perhintungan amal lainya terlebih dulu."
"seorang perempuan yang haid, maka haidnya adalah sebagai penebus dosa-dosanya yang telah lau. Dan apabila tiba pada hari pertama haid ia membaca:"Alhamdulillahi 'ala kulli halin wa astaghfirullah min kulli dzanbin," maka Allah menetapkan dia selamat dari siksaan api neraka dan dengan mudah ia melintasi titian saratul mustaqim serta aman dari siksaaan. Dan Allah mengangkat darjatnya setiap siang dan malam sebanyak empat puluh darjat orang yang mati syahid, apabila ia selalu berzikir kepada Allah selama haidnya."

Senang aje kan Allah S.W.T bagi cara untuk kita kumpul pahala.

Untuk anak2 Ummi, amalkan ini ye. Tak rugi jika peruntukan sedikit masa untuk mengutip ilmu akhirat yang manfaatnya adalah untuk kehidupan yang kekal abadi di alam sana.

38 comments:

  1. Salam MFM
    Khazanah yang begitu bernilai kan..terima kasih atas peringatan dengan 2 hadis penting tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 Ummu, moga kita semua wanita umat Islam bila disana nanti digolongkan dalam golongan yang beriman.

      Delete
  2. Wah...buku kucen..... seronokkan MFM...bila dah beranak pinak ni jumpa pulak buku lama lama zaman tgh meletop...hehe...mesti ada terselit surat cinta tuuuu

    TQ sharing benda tu MFM....sekurang2nya boleh dimanfaatkan.....mentang2lah period..terus tutup buku! huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.... surat cinta buat Dia yang Esa Okje... nanti saya share..

      Sharing is caring. Ilmu kena kongsi, kalau tak Ilmu tu nanti Allah buat bakar saya, takut dengan siksaan yang dijanjikan bagi yang engkar. Nauzubillah.

      Delete
  3. " ... dan barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, niscaya Allah memasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah kemenangan yang besar." (An Nisa' : 13)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Koding sharing yang ni. nenanti saya nak copy paste ye.

      Delete
  4. kita semua sama2 belajar..nice sharing :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul T, setiap dari kita ada kelebihan dan kekurangnya tapi kita berkongsi bagi melengkapi antara satu sama lain.

      Delete
  5. InsyaAllah... sama2 kita belajar dan memperbaiki diri.. atie ni pun masih byk kelemahan yg perlu diperbaiki... belajar dr hari ke hari..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul atie, saling mengingatkan. :)

      Delete
  6. tq ye atas perkongsian... moga bermanfaat buat kita semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun berharap kita semua mendapat manfaat darinya. :)

      Delete
  7. Nice sharing. Wah wpun buku tu dah lama, kandungannya ttp bermanfaat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye Amalina, dah berusia tapi alhamdulillah isinya tetap segar untuk dikongsi sepanjang zaman.

      Delete
  8. thanks for the reminder. hehe

    ReplyDelete
  9. nasib baik taip balik...nak pg amik kanta dah tadi...hehe;p

    Tq for sharing!

    ReplyDelete
  10. mudahnya nak dapat pahala kalau tahu caranya... Nice sharing :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye kan Nur, Indahnya Islam itu yang mengangkat tinggi darjat kaum hawa, apa sahaja kejadian yang Allah jadikan kat kita ada kebaikan dan hikmahnya, malah diberi pahala kalau kita melakukan seperti yang disarankan.

      Rasanya kalau tak silap dulu pernah baca kisah satu kaum yang mana bila kaum wanitanya period, mereka diasingkan dari perkampungan sebab dikatakan kotor dan membawa sial.

      Delete
  11. macam2 pahala yang boleh kita buatkan.. jangan mengeluhkan.. Allah berikan kita sesuatu pasti ada sebabny....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak, tapi kekadang tu mengeluh gak.. hehe

      Delete
  12. Indahnya Islam...Kaum Hawa lebih beruntungkan....

    ReplyDelete
  13. tq cos sharing bersama..
    biarla usang kertas itu..namun ilmunya tetap segar sehingga akhir hayat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2,

      betul Ena, so sebelum kertas abis hilang, so kita paparkan kat sini untuk generasi yang seterusnya.

      Delete
  14. Alhamdulillah, sgt informatif, thanx for sharing :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ilmu yang Allah kurniakan adalah untuk semua so semestinya kita kena berkongsi untuk kebaikan bersama. Tq sudi singgah.

      Delete
  15. terima kasih sebab berkongsi ilmu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup n0e, kena kongsi Ilmu, kalau tak kena bakar dengan Ilmu tu. hehe. Biar semua masuk syurga, bila dengar cerita kisah di neraka takut, takut dengar azab yang dikenakan. :)

      Delete
    2. bila baca kisah azab di neraka...sat2 tu rasa nak buat amal ibadat jer..24 jam ngaji, solat, zikir..hehehe...takut sangat..

      Delete
    3. Betul n0e, tang tu rasa camnk buat semua amal. :)

      Delete
  16. nice sharing... moga bermanfaat buat kita semua... InsyaAllah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah Nora, ni banyak belajar dari Nora tau tentang perkongsian. Harap2 walaupun sedikit ia dapat membantu kita di sana nanti.

      Delete
  17. terima kasih kak sudi berkongsi... perempuan mmg sng masok syurga kan.. tp sng juga masok neraka..buku tu mmg sgt usang.. kira nostalgia sungguh la.. bagusnya akk stil smpn baik2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul deqla, itu yang berharap jangan dari kalangan kita kaum muslimin yang masuk ke neraka tu.

      Delete
  18. kita sama2 belajar.
    alhamdulillah akak still simpan dan kini berkongsi dgn rakan alam mya pula :)

    tenkiu kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup QR,
      Nenanti QR kongsi lah dgn kekawan lak. :)

      Delete