Friday, 5 April 2013

Friday Sharing #2: Trying Hard Menahan Rasa Marah

Salam Sahabat di Hari Jumaat ini,

Ingat lagi perkongsian yang saya pernah siarkan tentang ini dan ini jugak

My reference dikala susah hati

Sebagaimana manusia biasa, kita sering tidak berpuas hati terhadap sesuatu perkara yang tidak selari dengan kehendak kita. Oleh itu untuk melupuskan rasa tidak puas hati itu yang sememangnya menjurus kepada rasa marah, kita perlu bertafakur dan berbalik kepada 5 perkara yang dikategorikan dalam Tafakur
          1. Tafakur Kepada Allah
          2. Tafakur Terhadap Kejadian Diri
          3. Tafakur Terhadap Nikmat Allah
          4. Tafakur Terhadap Alam Kubur
          5. Tafakur Terhadap Masyar
Maaf sekiranya apa yang saya catatkan ini tidak lengkap. Saya sekadar membuka kembali apa yang saya pernah tulis dari artikel yang saya pernah baca back in 1999. Apabila saya rasa hendak marah sebab tidak berpuas hati terhadap sesuatu perkara saya suka kaitkan dengan yang ke 3 itu.

Tafakur Terhadap Nikmat Allah
          "Nikmat  Allah yang diberikan kepada manusia tidak terbatas, nikmat kesihatannya, dan nikmat keperluan2 hidup yang Allah sediakan untuk hidup manusia. Sepatutnya dengan pemberian demikian manusia sentiasa bersyukur kepada Allah. Tetapi ternyata manusia ini sentiasa lupa maka perlulah ia meluangkan masa bertafakur untuk merasa kemurahan Allah terhadap dirinya dan ia bersyukur kepada-Nya".

So, sujudlah untuk mohon ketenangan........
Perasan tak, budak ni solat tanpa pakai kain sembahyang, dengan alasan "Ustazah kata boleh kalau tak pakai kain, janji kaki ditutup, pakai stokin boleh" 
Daripada Abu Hurairah r.a.:

Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: Berikan daku wasiat. Baginda bersabda: Janganlah
engkau marah. Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali. Baginda tetap bersabda: Janganlah
engkau marah.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari.

Pengajaran hadis:

Hadis ini menerangkan betapa sifat marah itu perlu dihindari oleh setiap mukmin, kerana marah
membawa banyak keburukan terhadap diri sendiri juga terhadap orang lain.
Jangan marah ertinya mengelakkan sebarang sebab yang membawa kepada kemarahan. la juga bererti
menahan marah bila dia marah. Erti menahan marah ialah menahan dari melaksanakan tuntutan
ledakan marah seperti memukul, memaki hamun atau mengamuk.
Seseorang yang gagah perkasa dan handal bukan hanya yang mampu beradu tenaga, bahkan juga orang
yang mampu menahan marah.
Marah diizinkan hanya apabila ia didorong oleh perasaan mahu membela kebenaran kerana Allah,
namun mestilah menurut cara hikmah dan batas yang dibenarkan.

Bagaimana Hendak Mengawal Rasa Marah:
  • Doa - agar dibimbing oleh Allah.
  • Membiasakan diri dengan zikrullah - Quran, tasbih, istighfar dll.
  • Sentiasa ingat peringatan-peringatan yang diceritakan Allah dalam Quran, pahala orang yang dapat mengawal dirinya - bidadari di Syurga.
  • Ta’wiz dari syaitan / ambil wudhu’.
  • Ubah kedudukan - berdiri - duduk - baring.
  • Berikan hak badan - tidur , rehat dan tidak memenatkan badan.
Sebarang teguran dan penerangan yang lebih jelas sangat2 dialu2kan. Tq

40 comments:

  1. thx for sharing..noe pun jenis cepat panas..kdg2 tu bagai nk rak menahan marah..rasa bijik mata tu berpusing2 je dah menahan...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul n0e.. saya pun jenis cam gitu.. rasa bahang panas tu cam dah jadi aura keliling satu badan... hehehe

      Delete
    2. tunggu masa nk jadi hijau jer tu...tak pun mcm otomen..dah kelip2 lampu...

      Delete
    3. Hehehe... Otomen Gaya ka, otomen Max ka, otomen hikairi ka, otomen mebius ka....

      Delete
  2. Replies
    1. Eh che Rose tak pernah follow kita ke... hehehe.. yang pasti kita memang follow Cik Rose dah, blog che Rose pun dah ada kat list tau... tq tq sebab sudi menjengah. :)

      Delete
  3. Pagi Jumaat ni terus rasa insaf baca post ni... Saya kalau marah, akan senyap... senyap utk pujuk diri sendiri...

    Saya pun selalu smyg mcm budak tu... lagi2 kat sini, orang pandang semacam jer bila pakai telekung bagai... hihihi, mula2 rasa pelik juga, skrang dah biasa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... kebetulan kan hari ni hari jumaat... itu lah yang terbaik Nur,

      Nur sembahyang cam tu jugak ke. Saya ingat kalau darurat aje boleh, kebetulan masa anak2 sembahyang camtu diaorang terkejar2 nak ke sekolah Kafa pulak, so saya ingat kira boleh lah kot. So rupanya sememangnya dibenarkan lah ye. Mesti happy kalau saya cakap diaorang boleh terus bersembahyang camtu. sebab masa diaorang cakap hari tu, saya tak jawab apa2 pun sebab tak pasti. tq Nur.

      Delete
    2. Boleh asalkan pakaian kita menutup aurat dengan sempurna (longgar dan tidak menampakkan bentuk badan) dan bersih dari sebarang najis :)

      Bila duk Bradford ni, banyak juga fekah luar negara yang saya baru belajar :)

      Delete
    3. Patutlah masa kat UM dulu biasa tengok pelajar asing solat dengan hanya berjubah dan tudung yang agak besar dan berstokin. Tq Nur.

      Delete
  4. nice tips of sharing kak... saya kalau marah selalunya istighfar banyak2 lepas tu ambik wudhu'...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berkongsi apa yang sekadar ada dalam pengetahuan sendiri, itupun tak berapa lengkap. Bagus yek Farah ni.. :)

      Delete
  5. org yg kuat adalah org yg berjaya menahan rasa amarahnya... nice sharing...

    mak deqla pun mcm tu jugak.. just pakai stokin...asalkan bertutup... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Deqla kan, bukan orang yang badannya gagah tapi yang mampu tahan marah tu yang kuat.

      Boleh apply lepas ni.. :)

      Delete
  6. perkongsian yg baik ..
    memang kita kena kawal kemarahan kita ..
    sifat marah boleh membawa kpd kemudaratan ..
    sume sbb termakan hasutan syaitan ..
    tk g

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Aby, ni dah kemana dah le ni. Jauh tul travel untuk kerja yek. :)

      Delete
  7. Alamak?.... macam terasa2 je kite..... hehe... kadang tu terlepas jugak tabiat singa...hehe garang....
    Aa camne tu...
    Nampaknya terpaksalah bertafakur lepas ni....sebab sahabat dah tolong remindkan....
    Sejuk perut mama mengandung bila tengok anak solat.... ok ajelah tu tak pakai kain pun janji tutup aurat hehe
    TLBD kadang tu solat, kain tertanggal sampai ke bawah...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala OKje, bukan OKje aje, saya ni pun gitu gak. Dulu masa mula baca artikel bolehlah berafakur diri tapi bila dah makin lama memang menjadi singa tapi lately, mungkin dah tua ko, hahaha... Bila rajin berjalan ke blog orang then baru ada rasa kesedaran semula, itu yang bukak balik buku reference tu.

      Hehehe,mesti tergelak tengok kain si comel tu terlucut.

      Delete
  8. Terpandang profile kat tepi tu.... tulis SAYA... eh betul ke ? Rasanya lebih tepat kalau tulis Anak anak Saya ....hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... Dah tengok pun, memang salah lah. Haha...

      Delete
  9. Saya klw marah abis
    Meletopp
    La sumrnye. Tgh berazam nak control marah tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emmm saya pun kat tempat2 gak boleh kawal, kalau kat rumah.. Hehehe, :)

      Delete
  10. Tq sharing MFM..
    sy jarang marah...kalau marah sllu nya sy diam shj..
    hubby dah faham, klu sy diam tu makna nya sy tengah merajuk..hehe:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe atie, saya kalau merajuk dgn En Suami pun gitu gak

      Delete
  11. tq share..kd2 tu kalo da marah,mmg susah nk kawal..hee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ialah m3h, kalau dah tengah marah tu, memang susah lah nak kawal emosi, so semasa temperature marah tu baru nak naik kena kawal terus.. :)

      Delete
  12. Replies
    1. Itulah Hanif, mintak2 apa yang kita rasa tu dapat dikongsi dan memberi manfaat buat yang sudi membaca, tapi yangpentingnya bila kita berkongsi secara tak langsung ia dapat memberi ingatan yang lebih kepada kita.

      Delete
    2. Betul tu saya sokong!!!
      At least bila saya baca ni...dapay lah say aamamti macam mana nak kurangkan panas hati ini..ehhehe

      Delete
  13. nice sharing..semuga kita lebih tabah :)

    ReplyDelete
  14. Semoga kita semua diberikan kekuatan untuk melawan rasa marah ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul Koding, actually bukan senang nak lawan rasa marah tu.. memang susah..

      Delete
  15. tq.... kongsi tips2 menarik nie........

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk sama2 menjurus kearah memurnikan diri.. hehehe

      Delete
  16. thanks share mcm mana nak kawal marah. kdg2 terlepas jugak.lagi2 bila dah lama pendam kan..huhu

    ReplyDelete
  17. tq berkongsi,..mg reda dan semakin hilang rasa amarah itu

    ReplyDelete
  18. Nice sharing.mmg kadang2 rasa cepat sgt marah ngan anak2.x sabar kan.

    ReplyDelete
  19. saya selalu kalau di luar mmg akan bawa telekung (tanpa kain) dengan stokin je...

    nak kawal marah kena pupuk setiap hari... satu cara yang saya amalkan adalah, saya memikirkan setiap hari adalah hari terakhir saya bersama dengan orang sekeliling... dengan cara tu saya rasa lebih mudah mengawal kemarahan...

    ReplyDelete