Friday, 31 May 2013

Persediaan Perkahwinan: Majlis Perkahwinan Tinie & As

Salam semua,

kejap je kan, tup tup dah hari jumaat, dah penghujung bulan Mei... so kenduri kahwin kat rumah kami pun tak lama lagi dah.. Hasil intai rumah mak, tengok persediaan perkahwinan.

Untuk makluman, bakal pengantin ni adalah anak biras Mak, memandangkan mereka duduk di bandar Kuantan so abang nak buat kenduri kat kampung, ialah ramai sedara mara kat kampung kan, kata nak berjamu sedara mara, lagi pun kenduri kahwin kat rumah kami yang terakhir adalah 9 tahun lepas masa meraikan perkahwinan adik bongsu. Adik beradik kita semua dah berkeluarga, so bila abang bersuara nak buat kenduri kahwin untuk adik ipar dia kat rumah ni, kami semuanya sangat excited.
khemah dah dipasang dari hari selasa lagi..
persediaan memasak,
 Untuk makan2, lauk pauk akan dimasak oleh anak saudara mak, dia memang memasak untuk kenduri kendara orang kahwin. So persiapan kalau masak sendiri memang sangat memeningkan kepala lah. Pada hal masa kita kahwin dulu, tak ambil pusing hal2 ni, sedar2 dah siap semua. Sekarang bila tengok Abang buat persediaan ni memang dalam hati ada rasa "order catering" aje lah. Tapi dari segi budget kalau catering memang nazak lah poket. Bangsal ni lah tempat penyediaan makanan untuk tetamu kenduri kahwin kami 5 beradik, yang mana last digunakan kira2 9 tahun yang lalu.

makanan ringan untuk merewang pun dah siap

zaman kita kahwin dulu man ada pelamin camni..
persiapan bilik kahwin

persiapan hantaran
orang nak kahwin, dia lak lebih2 berinai

si kecik ni pun pandai nak berinai gak
So, Insya Allah, kalau ada sahabat2 yang melalui jalan ni ketika kenduri berlangsung, jangan segan2 singgah ye.

16 comments:

  1. harap2nya agak segalanya berjalan lancar nanti inshaallah..persiapan pun nampak semakin beres..nanti tunggu yerr saya singgah..hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Ummu, mudah2an berjalan lancar, bukan senang sebenarnya mengelolakan majlis ni sebenarnya.

      Delete
  2. semoga dipermudahkan segala urusan.. semoga majlis berjalan seperti yg dirancang..amin... adat la tu kak.. org kawen mesti ada yg nak berinai jugak.. mcm deqla jugakk.. haha... ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Deqla, lagi2 anak2 mesti excitednya...

      Delete
  3. Mudah2an berjalan lancar ya MFM...mesti meriah nanti.. jagn lupa update cerita hari kenduri nti ye..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atie untuk doa tu ye. Insya Allah akan update.

      Delete
  4. Replies
    1. Hehehe... majlis belum pun bermula tapi dah ada rasa excitednya tu..

      Delete
  5. Ishhhkk.. Ramai yang baca entri ni...
    Nanti melimpah ruah pulak tetamu ... Takpe ke ....?
    Bagaimanapun .. InsyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... Insya Allah, jika ada rezeki dapatlah yang hadir tu menjamu selera.. takut tak de yang sudi menjengah je.. biar habis lauk pauk tu.. So jemputlah ye. :)

      Delete
  6. nanti ade lah tu pengantin lame tumpang sekaki naik pelamin tu...mentang2 lah dulu2 takde pelamin lawo2...hahaha;p

    ReplyDelete
  7. bestnya lauk masak sendiri... haih.. kalau la still ada di area tu... mmg harus singgah rumah MF ni... btw, moga majlis berjalan lancar ya MF... lepas tu mesti penat sangat... huhu

    ReplyDelete
  8. Memang penat kalau memasak sendiri ni...huhuhuhu.
    Tahap gaban...kalau nak cuci kawah tu....
    Mangsanya si pengantin..hihihi

    ReplyDelete
  9. Oooo....ingatkan adik sendiri, rupanya adik oranglah ni hehe ....apa pun seronok jugaklahkan....dpt makan nasi minyak, mana gambau lauk?

    ReplyDelete
  10. seronok kan kenduri di kampung.

    cuma kena bersusah la sikit

    ReplyDelete
  11. mesti meriah ni kan. tgk ker persiapan ni mesti ramai tetamu yg di jemput.hehe

    ReplyDelete