Friday, 22 February 2013

Spreading Diseases: The Freezer

Salam Buat Sahabat di Alam Maya, di mana sahaja kalian berada, dan siapa pun kalian, sementelah kita berkenalan di Alam Maya sahaja, saya nak ucapkan Semoga semua dalam keadaan sihat senantiasa. Esok nak cuti dah kan, kecuali yang kerjanya tak kira hari dan waktu.. So selamat bekerja. :)

Well dah 2 hari saya duk pulun menaip karangan saya, then sepagi tadi saya duduk kat dalam freezer, emm.. freezer tu sebenarnya ni.. Library... hehe

Tapi sebelum U guys tengok2 gambar kat bawah, ni nak cite sikit pasal tajuk n3 tu.. betul ke "Spreading diseases" tu maksudnya "Penyakit berjangkit", sebab duk rajin sangat ke blog OKje, di mana n3 dia duk melilau kisah kekawan, so saya pun terjangkit lak bila mana kat n3 saya pun nak highlight blog kekawan.

Kalau boleh apa yang saya baca tu bagi saya menarik, berinformasi, bawak manfaat, boleh buat kita ceria barang sekejap, saya nak jugak mereka2 yang lain turut dapat kutip apa yang saya rasa memberi kebaikan dan panduan.

Ini Gambar Illustrasi

Ni sempat snap masa kuar dari sini, Library Uniten Kampus Muadzam

Memang nyaman samada untuk study atau pun untuk zzzzzzz

Tak ramai budak pun sebab sekarang budak2 yang ada just yang ambil special sem...
 Nampak hijau kat luar tu teringat kat kebun UmmuAidan kat Fiji sana tu.
tak perlu berebut guna komputer

pilih je mana seat..

lengang giler..
Emmm.. setelah 2 tahun kerja kat sini, ni lah baru masuk library, sebab terpaksa.. hehe.. kena amik data untuk karangan tu lah.

Saya panggil Library Freezer sebab memang sejuk pun, macam dalam peti ais, pergi lah mana2 library kat mana U, mesti suhunya cam kat atas Cameron Highland di waktu malam. Tak caya tanya Ena. hehe dia baru pergi jejalan kat CH. Tapi tak sama lah sejuknya dengan kat tempat Nur belajar. Hehe

Saya duk bersembunyi kat sini lah OKje, tu yang sepi tanpa n3 tu. haha..

Wednesday, 20 February 2013

What Is That Supposed to Mean?

Salam Sahabat Semua,

Jumpa surat ini dalam beg sekolah anak dan ia buat kami blur. Pelbagai rasa bermain dalam hati kami tapi yang akhirnya kami anggap suatu proses pembelajaran untuk anak-anak dan kami kena memberikan lebih perhatian lagi. Dan kami benar2 speechless....

Kena rahsiakan nama tuan empunya dirinya. hehe
Mungkin salah Ummi kot sebab benarkan anak Ummi ini baca novel2 Ummi, dan juga terlepas pandang cerita2 yang mereka tonton yang bukan di rumah.

Tuesday, 19 February 2013

The Thing That Scares me Most When Driving

Salam Buat Sahabat, moga kita semua senantiasa dalam rahmat Allah S.W.T

Sebenarnya sudah lama pun nak buat n3 tajuk seperti di atas, ialah sebab setiap hari ulang alik ke tempat kerja kan ambil masa sampai 40 minit, so macam2 lah dalam kepala otak ni berlegar2... So semalam masa balik kerja yang agak lewat, almost 7 pm gak baru bergerak dari ofis ni.

Cuaca agak Ok, tapi selepas 10 minit hujan rintik2 turun, dah lah hari nak gelap, (itulah sapa suruh balik lewat)... tapi balik lewat biasa lah sebab biasanya idea buat karangan tesis tu bila petang baru nak jalan otak ni.. Mula2 sempat lah snap gambar2 pemandangan indah (menurut pandangan 4 mata saya ni ), kiranya nak share n3 untuk hari esok.

Sekali sampai halfway, tetiba jalan Jem, emm jalan kat ceruk hutan ni kalau jem ada 2 aje penyebabnya, 1. Banjir tapi hujan tak lebat pun so boleh list outkan dia. Yang ke 2. Accident. So memang benarlah ada accident.

Suspen gak memula


Adoi, panjangnya, ada kat 10 bijik lori dan treller

Ini rupanya
 Accident lori Balak penuh muatan terbalik. Habis satu jalan tu dia jajah. hehe , tapi soalan pertama aku tanya, ada terlibat dengan mana2 kenderaan lain tak, bila dijawab tak de, alhamdulillah. Bukan apa teringat kes terbaru di Johor kan, melibatkan nyawa, saya agak sensitip sikit bab2 ni. Dan peristiwa lori balak yang menghempap kenderaan awam did happen few years ago di daerah yang tak berapa jauh dari sini.

So sememangnya semasa bawak kereta, perkara yang saya sangat takut adalah bila berselisih dengan lori besar2 camni. Kalau boleh elak dari berselisih dengan lori memang saya akan cuba elak, tapi iyelah manusia hanya merancang dan mampu berdoa, segalanya adalah ketentuan Ilahi.

Kes semalam, kat 40 minit gak stuck, so kiteorang lalu ikut jalan atas rumput tu. tapi bila kes2 sebegini biasanya mereka yang pandu lori akan turut serta tolong jaga jalan, bagi amaran kat pemandu2 lain dan tolong pegawai bomba mengawal lalu lintas. Tq u guys yang ada di sana semalam walaupun tak kenal tapi ramai yang tolong jaga traffic, dan ada yang tolong bawakkan kereta saya melepasi kawasan accident, sebab jalan kat atas rumput berlecak dan agak licin dan curam dan merbahaya. :)

Lagi satu, paling takut bawak kereta melalui jalan yang penuh lubang ni (kalau nak tahu rupa jalan saya ulang alik ke tempat kerja kilk kat sini ) di waktu hujan lebat.. pernah termasuk lubang yang agak dalam tapi tak perasan kedalamannya sebab penuh airkan.
Kelabu asap..
Memang bengkaklah hati dan persaan memandu dalam hujan lebat ni. Kang tak pasal2 kena tukar rim. :)

Ok semua.. berhati-hati di jalan raya ye. Jangan ingat diri kita aje tau, ingat jugak kat pemandu lain, semua orang ada adik beradik, ada mak ayah, ada anak-anak, ada suami atau isteri, ada sape2 yang saling memerlukan. so jangan kita pentingkan diri. Selamat memandu.


Saturday, 16 February 2013

Have Left the Car's Keys in the Car

Salam sahabat semua,

Lagi satu kesilapan yang lahir dari sifat "pelupa" saya ini. Baru rancang hari ini nak mulakan n3 talk about My Home Town. Ingat nak mulakan dengan memperkenalkan pasar Rompin di tempat saya ni. Sekali, puas lah cari kunci kereta serata rumah, sekali Kakak kata, "Ummi, kunci kereta kat dalam kereta".  Subhanallah, another careless mistake.

Terletak cantik kunci tu kat tempat dia
Dan semestinya yang menyusahkan hati sebab malam tadi saya lah yang lock kereta tu.



Nak kena tinggu En Suami lah, dia ada kunci spare. Adus, cair lah "tahe" telinga nanti...

Pstttttt: "tahe" tu follow sahabat blog Bunga Hati Mama mengantikan perkataan "t**i" yang agak kasar bunyinya di sini. Hehe

Friday, 15 February 2013

Number in Our Lives

Salam sahabat di Alam Maya,



Well hari ini hari jumaat, bersamaan 15hb 02 2013, saya just nak cakap pasal nombor. Ialah dalam kehidupan kita nombor memainkan peranan penting. Akan ada saja dalam perbualan kita, perbuatan kita dan dalam fikiran kita senantiasa bermain dengan nombor.

Hari ini mengikut Kalender yang kita biasa guna pakai adalah hari bertambahnya nombor dalam umur saya. Nombor aje bertambah tapi saya rasa saya masih seperti dedulu aje masih muda belia.
Ini first dapat link dari blog KJ
Seperti biasa hari ini sekadar mengingatkan diri yang nombor tu dah bertambah so apa yang telah saya lalui selama 39 tahun ini. Hehe, rasa kelakar pulak sebab tak tahu nak tulis apa.

Selain Emak yang telah melahirkan saya, Ayah yang telah mencari rezeki membesarkan saya dan adik-beradik saya, juga buat En Suami yang telah menjadi peneman saya sejak 10 tahun yang lepas, anak2 yang menjadi penyeri dalam hidup saya, tidak lupa buat semua rakan2 di alam maya yang juga banyak memberi input untuk saya menjadi seorang insan yang lebih baik dari sebelumnya, Tq 4 sharing tips dan panduan dalam kehidupan ini, juga pesanan untuk bekalan kehidupan kita di alam yang hakiki itu.

Tapi nak share jugak kat sini, tanda ingatan dari sahabat saya Nora, dari blog beliaulah membuatkan saya mengenali dunia blog ini. Dan ini saya telah terima few days ago.
TQ moga Allah senantiasa memberikan rahmatNya kepada Nora dan keluarga.

Psstttt: Rupanya hari menambah umur saya pada hari ini sama dengan En Arjuna iaitu En Suami sahabat blog yang senantiasa melawat saya, OKje.

Wednesday, 13 February 2013

Wordless wednesday #3: If MyKid has a photo

Salam sahabat semua, setelah berjalan di blog kekawan tadi saya ada baca tentang mykid kebetulan pun memang simpan gambar ni... "If and only if".



Psstt: Menyalahi undang2 tak ni?

Friday, 8 February 2013

Friday Sharing #1: Sometime we forget

Salam Di hari Jumaat buat sahabat di alam maya,

Suasana pagi hari ini, hujan turun dengan renyai2, so sambil mengadap journal tu kenalah jugak cuci2 mata dan minda dengan berjalan2 ke blog kekawan kan, kalau tak mau join si kecik tu tidur.

Tapi saya nak share keratan akbar yang saya mula simpan di tahu 1998. Kalau sahabat ingat tentang isu azan yang pernah jadi kontroversi dulu, rasanya dalam tahun 2000 ++ (tak ingat exactly bila, then malas lah nak buat homework pasal ni... ).

Kita marah bila isu azan ini disuarakan oleh yang bukan muslim, tapi ramai dari kita ( ramai tak bermaksud semua ye, termasuk juga saya), yang lupa untuk melakukan sesuatu di kala azan berkumandang. Keratan akhbar ini adalah satu surat yang dikirim oleh seseorang tanpa nama tapi ada alamat emel aje " rod@allioncemerchant.com.my".
Mungkin tak berapa jelas kan. Meh saya taipkan semula.

Kelu ketika nazak
MENGAPA lidah kelu di saat kematian? Tetapi kenatian pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita kehtahui. Cuba kita amati. Mengapamkebanyakkan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa. Lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan krsakitan 'sakratul maut'. Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah kan kelukan lodahnya ketika maut menghampirinya."

      Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah..." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dengan iziNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkanlah lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillah...." semasa sakaratul maut menghampiri kami...."

Wasiat NABI MUHAMMAD saw kepada Saidina Ali r.a : Wahai Ali, bagi orang mukmin yang jujur ada 3 tanda-tandanya: merahsiakan ibadahnya, merahsiakan sedekahnya dan merahsiakan ujian yang menimpanya.

Sekadar berkongsi di ruangan ini untuk tatapan saya dan anak2 juga sahabat2 di mana- mana jua. 

Thursday, 7 February 2013

I cook U people just eat..

Salam sahabat alam maya,

Berjumpa kita hari ini, hari yang amat penat, di mana hari ini saya jadi suri rumah sepenuh masa. Ni baru separuh hari.

Terpaksa ambil cuti 2 hari, sebab kakak yang biasa handle ambil anak2 dari sekolah pagi then hantar ke sekolah petang kemudian hantar pula ke kelas tuisyen terpaksa berehat.

So xtvt suri rumah memang memenatkan, dari pagi ni kul 3 baru settle. Tapi tak settle sepenuhnya, ada 2 bakul baju belum berlipat, yang di ampai ada lebih kurang 3 bakul, sebab hujan berderet, hari ini baru matahari menampakkan diri sebab dia tahu banyak baju basah rindukan dia.

Bila dah kat rumah nak kena masaklah kan, memandangkan aku yang masak so nobody, nobody can complaint. Makan aje makanan masakan kasih sayang si Umi untuk anak2 sayang dan masakan penuh cinta dari si isteri untuk En Suami. Kalau tak nak sila makan jugak, pura2 sedap.

Bahan mentah yang senang untuk dimasak, boleh main campak2 aje... Gurau je ye.. Mana boleh campak makanan.

Ok jeng jeng jadi sup sayur, goreng ayam dan nasi. Cukup lah kan.



Adoi penatnya, ni rumah macam tongkang pecah, pagi tadi dah sapu dah kemas, tapi anak dara yang tinggal sorang tu tolong kemaskan balik, then ni tadi balik lak si Haziq tu, makin kemas lah rumah. Aaarrgggghhhhh.... Ni memang luahan perasaan ni. Hehehe, tapi biasalah mengomel ni kan, kalau tak de keluarga mana nak datangnya bahagia. So berkhidmat untuk keluarga tetap memberikan kebahagian yang tak boleh dinilai dengan harta benda.

Wednesday, 6 February 2013

Wordless Wednesday #2: CuttingHair

Salam Sahabat Semua,

Today is wednesday, so tak leh cakap banyak tau. Ni first time bawak sendiri Haziq ni pergi gunting rambut.




Abis control si Haziq ni. :)

Monday, 4 February 2013

Oh My Daughters' Language

Salam Buat Sahabat Alam Maya,

Hari satu bagi minggu ini untuk bulan Februari 2013. Tadi duk cari artikel dalam beg khas simpan journal2 yang berlambak2 ni.. sikit punya besar beg kan..
ini beg melaka mari, beli 3 untuk RM50
Terjumpa lah nota ni.. hah dah siap gantung kat board pun.
Adoi cantiknya tulisan tangan anak perempuan saya yang darjah 3 tu. Kalau tak nampak mari saya tolong bacakan
"Umi tolong ngoreh(gorek)
warna kakak dan ngah
warna ngah dekat dalam laci biru nombor 3
Pengoreh (Pengorek) akak dalam bekas pensil
Terima kasih umi
--------------------------
umi tolong buat
air ribena
untuk kakak dan
ngah Pastu imu(rasanya umi ni tapi tersalah)
isi air batu
dalam tu botol
tu Pastu imu(ryang ni pun umi kot)
isi dalam
peti sejuk
----------------------
takut
umi tak
ingat
he...he..."

Tak tahu lah kenapa bahasa anak dara ni cantik sangat, nak kata speaking, duduk kat rumah tu bahasa utama dan bahasa tak utama pun tetap bahasa melayu. Tapi tak tahu lah di sebabkan diaorang ni bersekolah di sekolah cina tu yang bahasa jadi cam tu. 

Atau Umi dia guna bahasa melayu yang salah.. Periksa SPM dulu back in1991, Ya Allah susahnya Bahasa Malaysia, nama aje orang melayu kan, sokmo2 ambil mudah Bahasa sendiri, akhirnya bila tengok result terkedu sendiri.

Friday, 1 February 2013

I love to walk & read & comment.. but..

Salam sahabat blog semua,

Dasyat juga tajuk saya ye hari ni... hehehe.. bukan apa, sepanjang saya yang masih suam-suam kuku ni beraktif di arena blog ini, saya sememangnya suka berjalan-jalan mencari kisah sahabat di alam maya ini untuk mengutip pengalaman mana yang tak elok untuk di jadikan sempadan manakala yang elok untuk di jadikan panduan.

Dari berjalan-jalan di blog ini saya dapat tips mudah dalam pelbagai perkara, berkongsi dari kisah suka hinggalah kisah duka. Dan seperti mana saya yang biasanya suka berborak ni suka juga juga mencelah dengan cara memberi komen, ialah kan saya berkongsi pendapat dan buah fikiran.

Tapi yang tidak enaknya adalah, apabila saya sudah baca, mestilah ada antara penulis blog yang minta untuk kita turut komen tentang bacan tadi tu, dan saya akan klik untuk komen. Ada antara blog yang akan keluar ini.

 So yang ni awal-awal dah keluar pernyatan untuk isi kod nenanti bila nak komen
 Tapi yang ni pula bila dah tulis cantik punya punya komen, sekali dia suruh verified pulak

Ala, tak best nya, tapi saya rasa mungkin penulis ni tak sedar kot, sebab ini pernah terjadi kat saya, tapi alhamdulillah saya telah di tegur oleh Cik Puan OKje kita, baru saya tahu.. rupa-rupanya benda ni boleh di remove kan..
Ni nak share dengan yang tak perasan tau, yang dah terror tu abaikan..
Step #1 : Klik DESIGN
Step #2 : Klik SETTING  Kat sini pilih POST and COMMENT
Kat gambar kat atas tu, ada pilihan untuk "SHOW VERIFICATION" : pilih Yes atau No..
 
So kalau nak memudah sahabat komen pilihlah No... hehehe..senang saya nak berborak sebenarnya...
 
Moga sahabat2 yang masih tak perasan tu maka perasan lah ye supaya boleh di ubah..