Friday, 29 March 2013

I follow and My Follower

Salam sahabat semua,

Menjawab soalan OKje,

saya tak duduk dalam fridge lagi.. next week kot Insya allah baru kena berkurung semula dalam fridge.. hehehe.. tapi dalam pada itu saya tengah duk trace saya nye follower ni untuk dimasukkan dalam list..
tak ramai pun tapi alhamdulillah untuk mereka yang sudi singgah ni...
Dalam saya duk klik trace mana2 yang tiada dalam list saya ada gak jumpa tiada link pun. cam ni
tak da mana2 link kan ke blog empunya follower saya ni..
Saya tak tahu camne nak cari.. then ada gak yang mana blog ada link tapi di block.. no access allowed.. emm...

So bila dah siap ni nanti baru lah boleh BW dengan jayanya.. caranya mungkin...

1. pi jawab semua komen then terus ke blog pengomennya
2. then pi lah jejalan kat mereka2 yang follow saya..
3. barulah pi BW ke blog yang saya follow...

Cheewah.. amacam strategi ni.. ok.. strategi dah ada.. yang kedua.. kena cari masa kan... ohh mahalnya harga masa itu kan...

Wednesday, 27 March 2013

Edisi Membaik Pulih..

Salam semua Sahabat...

Setelah jejalan kat blog sahabat2.. then bila sampai ke blog cik kak kita ni blog Nik , jumpa n3 dia pasal ni

Ada timbul kerisauan gak kalau di cap sombong kan
 Dan pernah pulak saya menduduki carta teratas di blog OKje.. (jam jam tu gak simpan buat kenangan), masa ni baru perasan rupanya ada widget cegini rupanya... itu pun selepas terima hadiah dan kad dari Nora.
bila di bhgn pengomen ni ada pasang surutnya.. :)
Bila combine balik both input yang saya dapat ni, menunjukkan bahawa saya pun ada buat sesuatu yang tentunya membuatkan ada dikalangan sahabat yang berjauh hati, dimana saya tidak buat kunjung balik ke rumah sahabat yang ada menjengukkan diri ke rumah saya ni. Mintak maap banyak2 ye.

Alternativenya saya sedang duk pulun pikir balik camnr saya nak ubah suai rupa blog ni, supaya sahabat2 yang ada datang terjah maka saya akan buat kunjungan balas dan mana2 sahabat yang follow saya, saya perlu menyediakan ruang waktu untuk terjah ke blog mereka, dan juga pergi baca2 di blog yang saya follow dan yang follow saya. (Al maklumlah, saya ni seorang pelupa tahap gaban.)

Dan semestinya saya kena ambil kira kekemasan blog ni seperti yang disarankan Sahabat koding.

Alhamdulillah setelah mencuri idea di blog sahabat2 sekalian saya dah dapat cara untuk mengemaskan blog. Untuk mencantikkan blog well definitely tak da dalam list sebab saya bukan ada bakat seni. Dan untuk senarai list2 yang ada hari ni belum dikemas kini lagi. Akan berlaku rombakan, hehehe... tapi saya nak make sure saya tidak lagi terlupa untuk terjah rumah semua sahabat untuk mencelikkan minda saya ni. (Al maklumlah, dah agak tak berapa nak muda, maka banyak dah sel2 yang dah mati..)

Tuesday, 26 March 2013

My hearBeat

Salam Semua Sahabat,

Maaf sebab belum sempat nak balas komen sahabat2 yang singgah di teratak tua ni... hehe..Nak menjengah pun tak berapa nak sempat, mungkin keadaan cuaca sekarang yang agak panas.. so kesihatan agak tak menentu ni.. ada batuk2 sikit, sakit tekak sampai bengkak2 lelangit, kepala pun pusing2 mengalahkan orang migraine tapi nak amik Mc malas lah pulak nak pergi klinik..

Lak tu start kul 9 lebih pagi tadi tetiba je..
Ni amik kat Mr Google..
Jantung ni rasa berdebar2.. sampai le ni tak hilang2 lagi... tak tahulah pasal apa, kalau nak kata pasal tak sihat, dah few days tak sihat tapi tak de lak jantung ni rasa camtu dari mula tak sihat hari tu. Tapi memang tak sedap hati lah.

Duk google tadi tapi tak jumpa jawapan yang memberangsangkan. Aduh apa agaknya ni.. ke nak kena tiidur.. hehehe...

Friday, 22 March 2013

Kids + dessert + chocolate

Salam Sahabat Semua,

Dengan gigihnya di tengah malam ni sedang menyediakan dadih perisa chocolate dan di tabur chocolate rice diatasnya. Rasanya anak2 memang suka yang manis dan chocolate adalah antara yang menjadi kegemaran mereka.

Actually hari esok hari inilah, jumaat, guru kelas hendak mengadakan jamuan buat 2 kawan sekelas kakak yang akan berpindah. So Ummi yang "terror" masak tak tahu nak masak apa. Dan satu2nya yang Ummi dia confident buat adalah dadih. Hehe. Kebetulan kat rumah memang ada dadih perisa chocolate, so Ummi buat2 jadi kreatif, letak chocolate rice bagi ia menarik.
Sebenarnya kakak tak suka dadih perisa chocolate tapi itu aje pilihan yang ada.
My PA dengan gigihnya membantu.....

Selepas settle dia semangat nak susun dalam peti ais. Emmm kami dapat dalam 54 bekas kecik tu, kalau orang suka biznezzz memang banyak untung U... 
Modal RM12 tapi jual 50sen sebekas, dapat total (kalau laku ye) = RM27
Untung dalam tangan RM15. 
Tapi dalam Islam tak leh untung melebihi modal kan... :) 
Tapi tak sure betul ke tak ye.

Thursday, 21 March 2013

Oh My Rompin Beach

Salam Sahabat Semua,

Kalau saya berkesempatan, Insya Allah saya mesti ke pantai, bukan apa si Haziq tu suka sangat ke pantai main pasir. So almost every week dimana dalam 2, 3 kali seminggu mesti lepak kat pantai walau pun sekejap. Dan hari ni ianya sangat mengecewakan. Why???

Tengok.. Penuh sampah sarap kan..



Actually sape yang patut bertanggung jawab untuk menjaga kebersihan pantai. Mereka2 yang datang ke pantai harus menjaga pantai dengan tidak membuang sampah merata2 tapi kalau sampah tu datang dari laut yang hanyut ke pantai sapa nak tolong bersihkan. Kalau biar cegini, sakit jugak mata memandang dan seharusnya membuatkan orang luar tidak mahu datang lagi ke sini.

Wednesday, 20 March 2013

Eat the Road

Salam sahabat semua...

ni selekoh tak tajam
Few days ago, ada kereta yang potong kat double line kat selekoh tu). Then tadi pagi masa dalam perjalanan ke tempat kerja ni tetiba ni sampai kat satu selekoh ada satu kereta tu makan jalan, muka dia selamba badak je.. agaknya kalau badak buat salah boleh ke dia buat muka seposen camtu jer..  bengang jugak lah, iye lah bila dah makan jalan orang ni, potong kat double line,  macam2 boleh jadi, nauzubillah..

Kalau ikut sebenar perkiraan tak rasmi perjalanan saya dari rumah ke tempat kerja ni ada dalam 50 selekoh yang tajam dan tak tajam.. (tak tahu nak guna istilah apa).. So bila nak sampai ke selekoh tu kan dah terlukis diatas jalan tu garisan double line..

actually ambil gambar masa memandu pun bahaya. :)
So maksud double line adalah tak boleh memotong dan harus berhati2 lah, kalau laju tu perlahanlah sikit supaya tak masuk jalan orang kan, bukan kita aje guna jalan tu (kecuali di jalan lurus kan, itu pun potong double line kat jalan straight depan JPJ harus kena tahan kan.. hehe). Inikan pulak double di kawasan selekoh kan, kita tak nampak ada atau tak kereta dari depan tu, haruslah berhati2. Peranan double line tu memang tersangat penting sebagai langkah berjaga-jaga. Tak kiralah nak pecut sampai pecah meter tu, tak kisah, tapi bukan lah di double line selekoh tu.

tak banyak kan kereta.. aman damai aje jalan
Memandangkan saya berulang alik pergi dan balik ikut jalan ini, saya akui jalannya memang tersangat boring, tu yang sampai duk terpikir tajuk di atas, (kalau Sir baca ni agak2 dia marah tak.. hehe).. oleh sebab itu rata2 yang menggunakan jalan ini, agak lajulah pemanduan mereka, tapi janganlah sampai kat double line selekoh ataupun di jambatan pun nak potong.. agak2 lah sikit kan.

Saya pun akui, saya ni bukan seorang yang sangat penyabar bila di jalan raya tu, tapi harus di tempat2 yang patut sahaja kalau nak memecut tu.

Emmm... kita kan berkongsi guna jalan raya ni, so ingatlah orang yang kita sayang dan ingat jugak, mereka diatas jalan raya yang sama tu juga ada orang yang tersayang. Together we behave on the same road.

Tuesday, 19 March 2013

Mrs. Erry 1st Give Away 2013

Salam Sahabat Semua,

Hari ini seperti yang dikatakan adalah hari untuk mengurangkan berkata-kata maka saya menyertai GA Deqla lah pulak.

Salam sahabat semua, hari ini alhamdulillah sudah pun melepasi peperangan yang pertama, walaupun PASS dengan minor correction still rasa bersyukur tu memang sangat tinggilah. 

So hari ini boleh continue dengan GA anjuran Deqla biarpun tak berapa nak jadi n3 nya ni tapi nak cuba jugak. Join ni jugak sebab nak ucap Selamat Hari Jadi untuk Deqla, moga senantiasa dalam rahmat Allah.

Psstt: biarpun hari ni hari last so nak juga cuba. :)

Saturday, 16 March 2013

Saturday Layan Korea

Salam sahabat semua,

Pepagi ni sambil duk ngadap journal, ngadap I pad, ngadap TV cite Korea...

hehehe.. Tak reti tul lah nak post n3 guna I pad ni, tadi dah tulis tapi cam tak kuar aje, then edit, upload gambar, tapi cam tak jadi je. Adus lemah tul lah guna gadget cam ni.

Memandangkan Ummi nak kontrol kesemua bahan tonton yang ada maka Ummi bagi kelonggaran kat Aisha, boleh main apa sahaja termasuk purse Ummi.

Nak pergi pasar tak boleh pulak, tayar kereta dah pecah, hasil perjalanan ulang alik ke tempat kerja, "fully utilized". Hehe

Ala lupa lak, tadi ada taip dah hari ni dapat layan diri dengan aman sebab tinggal berdua aje dengan si Aisha, anak2 yang lain ke sekolah, hari ni diaorang ganti sempena CNY holiday hari tu. Bestnya kalau sokmo2 camni. Breakfast En Suami dah tolong belikan nasi minyak tadi. So free ma hari ni. Hehe. 

Thursday, 14 March 2013

Nak borong tapi tak tahu kat mana.

Salam semua sahabat,

Hari ini saya rasa sangat gembira... Tidak lah segembira mereka yang mendapat BR1M, sebab mereka dapat cash RM500. Saya dapat ini....
Tapi bukan satu saje tau..
kita dapat 4 tau...
Tapi masalahnya kan seperti tahun lepas gak, bila digunakan dikedai, masa kita beli dia kira ada bagi diskaun sebab kita student tapi bila kita keluarkan voucher ni terus tokey kedai tu tarik diskaun, dia kata "Haiya, guna voucher tak boleh diskaun lo..". Bengang tahap gaban tapi nak buat camnr kan, dah kedai dia, takkan nak letak balik buku2 yang dipilih tu.

Itu lah, kerajaan dah bagus buat benda2 sebegini tapi masalahnya ramai antara peniaga2 yang suka ambil kesempatan. Begitu juga penggunaan kad diskaun pelajar, banyak aje kedai yang menolaknya.

Pssttt: Mau borong semua Solusi yang ada miss lah, tapi tak tahu kat mana yang ada terima voucher ni. :)

Wednesday, 13 March 2013

Wordless Wednesday #4 : CNY means red

Salam Sahabat Alam Maya,

Di samping join GA saya pun ada gak n3 ni yang dah berminggu terjelepuk kat draft tu. Tak boleh cakap banyak, just nak cite sempena Chinese New Year (CNY) kat sekolah anak.

Few weeks ago ada sambutan CNY so mereka2 semua kena pakai baju merah. Kelam kelibut gak sebab anak2 tepon suruh beli baju merah masa Ummi lum balik dari office lagi. Masa tu dah kul 7 lebih tapi lum masuk maghrib, then cabut balik, bawak kereta laju sikit, tapi sampai kat Rompin pun dah kul 8, so tak balik rumah terus ke bandar stop maghrib kat Pteronas (macam jalan jauh sangat kan). hehe, terus ke kedai Ten Ten.. (rompin ni "bandar besar sangat".. ala2 koboi gitu, jadi Ten Ten adalah satu2nya pilihan yang ada). Dah lah baju tu saiz untuk bebudak aje, harganya sama dengan harga baju kita yang dewasa ni.
Haziq, tak beli pun baju untuk dia, pakai kemeja kakak dia yang lama.
Ada pertandingan tulis Tulisan Cina. kamera cap ayam, cam masuk air je

Gambar berkabus... hehehe

Tengok tu semangat kakak buat kad Raya cina
Pstt: Hari ni kena kurangkan bercakap kan. hehe

5th Anniversary Mini GA organized by Pink Ummi

Salam Sahabat di Alam maya,

Hari ini adalah untuk kurangkan berkata2, dengan itu saya memilih untuk mencuba nasib dengan menyertai Mini GA yang dikelolakan oleh Pink Ummi merangkap Mimi Azirah. Hadiah yang ditawarkan tak kurang menariknya tau.. So kalau berminat boleh klik di header kat bawah ni.


Senangkan cara nak join Mini GA Mimi ni...Kat sini ada hadiah2 yang disediakan untuk pemenangnya.

Hadiah yang bakal dimenangi :

Tempat pertama : Cardigan labuh + Sehelai Tudung 
Tempat kedua : Sehelai tudung + Kerongsang
Tempat ketiga : Inner neck + Kerongsang

3 pemenang saguhati

Kerongsang x 3 orang pemenang

Pstttt: Rasanya yang ni je kot syarat2nya. hehehe. So kalau ada rezeki Insya Allah.

Tuesday, 12 March 2013

We Take it Lightly......

Salam Sahabat Sekalian,

Hari ini saya terpanggil untuk berkongsi suatu yang kita pandang ringan sebelum ini. Bukan sahaja ramai yang diluar sana malah saya sendiri jua adakalanya terlalai dan melakukannya. Saya terpandang mini poster ini di surau di sebuah hentian Petronas sekitar Bahau rasanya.

Sunnah Rasul kita rupanya. Ini berkaitan minum
  Dari Abu hurairah r.a katanya "Rasulullah S.A.W bersabda:
                      "Janganlah sekali-kali seseorang dari engkau itu minum sambil berdiri, maka barangsiapa yang lupa, maka hendaklah memuntahknannya"

Yang ini pula berkaitan makan
                 Dari Anas r.a dari Nabi S.A.W bahawasanya beliau S.A.W melarang kalau seseorang itu minum samblil berdiri.
                 Qatadah berkata: "Lalu kita bertanya kepada Anas: "Kalau makan, bagaimanakah?"
                 Anas menjawab: "Yang sedemikian itu-yakni yang makan sambil berdiri- adalah lebih buruk atau lebih jelek."

                                  Semua itu petikan dari Riyadhus Shalihin -Jilid 1

Sekadar ingatan buat saya dan sahabat2 yang disayangi. Mari kita mendidik diri dan anak2 kita untuk lebih mengenali kehidupan sebagai seorang Islam yang penuh tata tertib. Saya percaya ada sebabnya kenapa Rasulullah kita melarang makan dan minum berdiri, bukan sahaja dari segi adab malah ianya mesti ada kaitan dari sudut pandangan sains.

Anak2 Ummi, baca ini dan praktikkanlah dalam kehidupan kita, tegur menegur sesama kita adalah sebagai tanda kita sayang sesama kita umat Islam. Walau sekecil mana perbuatan itu Allah adalah maha mengadili dalam segala perkara.

Monday, 11 March 2013

Monday Blues..

Salam buat semua sahabat ..

dah few days tak buat publish n3, ada n3 dalam draft tapi malas tul nak update, kebanyakkannya just upload gambar tapi belum tulis apa2.

So hari ini hari Isnin, dimana hari pertama dalam setiap minggu setelah bercuti hujung minggu, so mood nak bekerja tu agak kurang lah sikit, apalagi mood anak2 nak bersekolah. Si kakak tetiba malam tadi demam, so pagi ni dia masih sakit kepala then tak pergi lah sekolah. Puas lah memujuk si Haziq dan Ainurin bangun untuk ke sekolah.

Ohh syahdunya dengar rengekan dia, tapi tak leh layan...
Dalam kelam kabut mengejar waktu supaya budak2 ni sampai ke sekolah sebelum loceng berbunyi (pernah terserempak dengan parent yang terpaksa pusing balik sebab anak tak nak turun dari kereta, sebab bila time loceng berbunyi, guru besar dah siap tunggu kat depan pagar sekolah dan pelajar lewat akan menerima hadiah... zzzzz... rotan).

Punya nak cepat tak sempat pakaikan kasut Haziq, so dia pakai selipar dan saya dah masukkan setokin dia ke dalam beg (peristiwa normal, nanti kat sekolah baru pakaikan dia setokin dan kasut). Tapi tadi, bila sampai sekolah, tara..... setokin aje ada, kasut terlupa nak capai.
terlupa nak snap gambar dia tadi, so ni paparkan gambar Haziq balik sekolah, memandangkan dia pakai sendiri kasut tu, so obviously, dia tak tahu mana satu untuk sebelah kiri, mana satu untuk sebelah kanan, pakai taram aje. Oh my Adam Naufal....
Peristiwa lupa pakai kasut ni bukan incident pertama, few weeks ago si Kakak, bila nak kuar kereta dia baru perasan dia pakai selipar aje. Dah kena pusing balik ambik kasut sekolah dia.

So bila sampai di kelas Haziq tadi, ramai tul menyapa dia.. "Adam", "Adam".. semua rakan dia kenal dia dan TAHU nama dia (macam semalam jumpa kekawan dia kat pasar), tapi yang masalahnya, bila tanya si Adam ni, sapa nama kawan kawan dia, jawap dia "Awan" (maksudnya Kawan). Adus lah.. dia TAK TAHU nama kekawan dia. Alternativenya Ummi kena kenal kawan2 dia dan kena ingatkan dia nama kekawan dia.
d girl yg almost everyday tolong Haziq turunkan kerusi dari atas meja. Her name is Eva.
Seronoknya tengok budak2 ni.

Kawan2 sekelas Haziq. Tq to Cikgu Kelas sebab sediakan ni.  

 Moga anak2 disekolah dapat menimba ilmu menjadi anak2 yang berilmu.



Thursday, 7 March 2013

Salam Ingatan Buat En Suami

Salam semua sahabat,

Hari ini merupakan hari bertambahnya umur En Suami dan seperti biasa kami tidak buat sebarang keraian di hari ulangtahun sekadar ucapan untuk mengingati yang usia sudah pun menginjak lagi dan pastinya ia mengingatkan kita adakah bila bertambah usia itu bertambah, amalan untuk bekalan disana pun turut bertambah.

Dan yang pasti di hari ingatan buat En suami ini telah membawa saya ke tulisan blog ini berkaitan sambutan hari ulang tahun, moga ianya memberi kan kita pedoman untuk kita sebagai parents dalam mengingati tujuan kelahiran kita dan anak2 kita.

En Suami masa kecik..
En Suami masa kami baru few days kawin dan pergi dating kat Zoo.

ni lepas sebulan kahwin, masih kurus lagi

ini selepas 10 tahun kahwin, makin garang lah pulak muka tu.

Psstt: kalau rajin U baca kat sini ye, kat n3 Nora ni, I tau U rajin curi baca blog I. :)




Wednesday, 6 March 2013

Bandar Rompin ku

Salam semua sahabat alam maya, 

Ini bandar kelahiran saya, dan sekarang pun tinggal kat sini. Kalau rasa nak berjalan-jalan ke Rompin meh lah datang sini. Bandar Rompin ni ramai yang datang sini sebab kira port memancing.








my favorite, sebab senang masak. hehe

ikan ni bakar best

sayur confirm segar.
Rasanya harga ikan ke, ayam ke, sotong ke, udang ke sama sahaja kat tempat lain tapi segarnya memang segarlah sebab tempat kami dekat aje dengan pantai dan jeti untuk kapal2 yang tangkap ikan mendarat pun dekat.

Tuesday, 5 March 2013

Read this On the First Day

Salam buat semua sahabat di alam maya,

Pagi-pagi ni nak share apa yang ada dalam buku khazanah saya yang berusia kat 15 tahun ni, kalau budak remaja tu dah dipanggil sweet 15.

Dah uzur buku ni, itu yang nak share kat sini isinya, kot2 saya dah tutup mata ni selamanya, Insya |Allah akan ada orang yang dapat terus tatap koleksi saya ni.
Kalau sahabat2 ingat saya pernah berkongsi emel dari seseorang (kalau rajin refer kat sini ye), yang mana keratan tu saya simpan dalam buku khazanah ni lah. Semalam masa blog walking ke blog Koding, kat bawah blog dia ada tulis ni

Dan saya sebenarnya nak mula perkongsian berkaitan ini sejak mula menjejakkan kaki ke blog atie. Sekadar perkongsian apa yang ada dalam simpanan. Saya tahu ramai yang diluar sana ilmunya jauh lebih tinggi dari saya (saya ni golongan baru belajar, masih tersangat cetek), jadi bukan bermaksud nak mengajar, cuma berkongsi, jadi kalau ada kemusykilan maka perlu dirujuk pada yang lain ye.
Kalau hari tu nak buat setiap jumaatlah berkongsi ilmu kehidupan ini tapi saya ni bukan seorang yang terurus susunan masanya, maka saya akan terbitkan any time bila saya ada kesempatan.
boleh baca tak, dah usang pun, dah lama saya simpan keratan ni sebelum di tampal dalam buku kucing saya tu.
Meh lah saya tolong taipkan balik, nanti kang ada yang kena ambil Kanta lak. Hehe

RIWAYAT HADIS
SABDA Rasulullah bermaksud:
"Perempuan yang soleh lebih baik daripada seribu laki-laki yang bangsat. Dan setiap perempuan yang melayani suaminya selama tujuh hari, ditutup baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginya lapan pintu syurga dan dipersilakan baginya untuk masuk syurga mana-mana pintu yang is sukai, tanpa suatu perhintungan amal lainya terlebih dulu."
"seorang perempuan yang haid, maka haidnya adalah sebagai penebus dosa-dosanya yang telah lau. Dan apabila tiba pada hari pertama haid ia membaca:"Alhamdulillahi 'ala kulli halin wa astaghfirullah min kulli dzanbin," maka Allah menetapkan dia selamat dari siksaan api neraka dan dengan mudah ia melintasi titian saratul mustaqim serta aman dari siksaaan. Dan Allah mengangkat darjatnya setiap siang dan malam sebanyak empat puluh darjat orang yang mati syahid, apabila ia selalu berzikir kepada Allah selama haidnya."

Senang aje kan Allah S.W.T bagi cara untuk kita kumpul pahala.

Untuk anak2 Ummi, amalkan ini ye. Tak rugi jika peruntukan sedikit masa untuk mengutip ilmu akhirat yang manfaatnya adalah untuk kehidupan yang kekal abadi di alam sana.