Thursday, 11 April 2013

Wordless Wednesday #3: Excited by Numbers

Salam Sahabat Semua,

Ni adalah salah satu penyakit yang aku ada. Teruja dengan nombor, kekadang time nak follow orang sanggup tunggu sampai few days,semata2 nak no cantik di mata sendiri ni.. tak tahulah nape.. tapi kalau lama sangat nak tunggu, klik ajelah terus.


181

393


5995


484

567

1144

111

2882
Sebenarnya cantik di mata saya ini.. hehe..so ingat nak buat give away lah tapi tak kira masa.. emm... ok gak kan..

Ni actually n3 untuk semalam tapi tak siap so release hari ni... hahaha...

Bila Hilang Satu Nikmat

Salam Sahabat Semua,

Hari ni nak cepat, sebab nak pi duduk dalam fridge dah ni, ada banyak maklumat nak kena cari gali. So macam biasa saya ini seorang yang kelam kabut, pagi tadi bangun awal dah dalam kul 5 sebab En Suami nak bergerak awal kerja, lepas tu tertidur balik, then bangun kul 6.40. Haiya, sudah lambat, saya lambat tak pe, tapi bila fikir anak2 yang lambat nanti, diaorang kena rotan, kesian jugak.

So tergopoh gapah lah kejut diaorang, then pikul mamat sorang tu kebilik air, gosok gigi aje cuci muka, hehehe.. Ummi desperate dah. Zup zup zup, nak kuar rumah si Aishah lak bangun nak ikut. Angkut dia sekali pi antar budak2 ni sekolah, bawak kereta tak lah selaju pelesit tapi alhamdulillah sampai depan pintu pagar 7.20am. Dasat tu, layan lak si Haziq nak ayam goreng, pi kantin. Balik untuk bersiap pi kerja lak, sekali Aishah nak milo dia, haiya... tinggal botol dia kat kantin, dah nak kena pusing balik kesekolah. Dah dapat penyebab lain untuk lewat ke tempat kerja. Tapi sempat lagi jawab email dari OKje.. hahaha.

Tanpa berlengah capai sampah letak kat atas bonet kereta wiraku itu, ingat nak buang kat tong depan rumah tu, sekali terlupa, sampah tu dapat makan angin ke sekolah.
depan sekolah budak2 ni. buang sampah kat sekolah.. hahaha
So tanpa berlengah saya terus memecut, jam pun dah kul 8.15 masa tu, tak sempat nak isi minyak, duk kira2 agak2 cukup tak minyak, rasanya confident cukup, maka bergerak lah terus, singgah depan rumah antar si Aishah balik, pergi ambil botol dia pun nak ikut. Sekali dalam perjalanan lagi 50 km, minyak dah nyala. Tapi Insya allah, saya yakin minyak start nyala boleh tahan sampai 60km. hehe. Sampai opis bila punch tertera kat skrin, Lewat: 70minit.
tengok itu sudah nyala..
Tapi yang pastinya dalam perjalanan tadi buat saya terpikir, adakah saya sudah hilang satu nikmat, iaitu menjadi seorang yang pelupa. Bila saya jadi pelupa, yang menjadi mangsa adalah mereka yang disekeliling saya. Malam tadi patutnya keringkan baju senaman Nissa untuk sekolah hari ni, seawal jam 9 malam masa cuci baju, ingat, tapi lepas tu lupa sampailah pagi tadi, dalam kelam kabut mujur sempat jugak iron kan baju dan seluar track sampai kering.

Banyak lagi kes2 yang saya terlupa yang menyebabkan saya somehow mengecewakan hati anak2 dan sesekali En Suami. Agaknya bila saya dah seusia Mak (kat 80 dah mak), saya mungkin hilang ingatan. (Nauzubillah). Tapi keep on thinking benda2 camni.

Monday, 8 April 2013

Penantian Suatu Penyiksaan

Salam Sahabat Semua,

Tragis sikit tajuk hari ni, ni sempat snap gambar masa duk nanti bas nak pergi kerja tadi.
Jalan raya besar penghubung dari Kelantan, Terengganu, terus ke johor & Singapura
So dalam kebosanan menanti bas sempat gak lah snap gambar nak buat n3 hari ni.. hehe.. lum jawab lagi komen2 dari sahabat2 yang terjah, sistem internet kat rumah teruk sangat lah, sampai rasa nak tukar ke tenet jenis lain lah.
Lupa lak nak cite, kena tunggu bas sebab tayar kereta pancit.
Padahal baru je tukar Rim, selepas yang tayar Rim lagi satu tu crack.
So kereta kancil yang beli dedulu dari anak sedara kononnya nak buat kereta spare, terperuk dalam garaj tak leh nak start. Ingat nak buat semula kancil tu kasi tukar semua, tapi lum ada rezeki lagi.

Kaler asal Purple, tapi yang coklat tu di cat dek Bapak dengan Cat rumah dia. :)
Lepas pancit hari tu berusaha gak lah bukak sendiri tayar tu then mintak tolong abang hantar kedai, sekali dia kata tayar tu dah bengkak2 dah, tak leh guna dah. So nak kena beli tayar baru. Masalahnya En Suami dah masuk 3 hari dah pi Kahang (kat2 area Kluang) lum balik2 lagi.. rasanya lah namanya camtu.. hehehe...
Sila abaikan corak di kereta tu.. tuannye rajin sangat basuh kereta.
Kalau dia tak balik jugak lagi hari ni, maksudnya esok bercutilah, malas lah pi keje naik bas. Naik bas dah kul 9.30, sampai opis (actually nak type bus stand, kalut tul lah) dalam kul 10.40 tadi. Then tunggu member ambil kat bus stand, so masuk opis dalam kul 11 gak lah, So dah kira lambat, then hari ni assume ambil half day, rugi kan.

Duduk kat ceruk hutan bas tak banyak. Kalau ke Muadzam tu dari Rompin ni ada 3 trip je sehari. Yang paling awal tu lah, kul 9.15 dari bandar Rompin. Dedulu pun masa kereta ni duk bengkel lepas accident, ada tunggu bas sampai kul 10 lebih, last2 tak jadi pi kerja, rupa2nya bas rosak. 

So ni nak balik bas last ke Rompin dalam kul 5. kena cabut awal lah alamatnya. Tak pun, mau ku cabut naik bas balik kul 3 petang ni... hehehe... "Tanduk sudah keluar"...
Tiket pun cam zaman dari sekolah lagi, lum berubah pun... Mahal lak tu Rm5.50
So sehingga betrjumpa lagi, Insya Allah hari Rabu baru sambung melawat ke tapak rumah sahabat2 sebab internet kat rumah tu mengalahkan siput Bab1.

Friday, 5 April 2013

Friday Sharing #2: Trying Hard Menahan Rasa Marah

Salam Sahabat di Hari Jumaat ini,

Ingat lagi perkongsian yang saya pernah siarkan tentang ini dan ini jugak

My reference dikala susah hati

Sebagaimana manusia biasa, kita sering tidak berpuas hati terhadap sesuatu perkara yang tidak selari dengan kehendak kita. Oleh itu untuk melupuskan rasa tidak puas hati itu yang sememangnya menjurus kepada rasa marah, kita perlu bertafakur dan berbalik kepada 5 perkara yang dikategorikan dalam Tafakur
          1. Tafakur Kepada Allah
          2. Tafakur Terhadap Kejadian Diri
          3. Tafakur Terhadap Nikmat Allah
          4. Tafakur Terhadap Alam Kubur
          5. Tafakur Terhadap Masyar
Maaf sekiranya apa yang saya catatkan ini tidak lengkap. Saya sekadar membuka kembali apa yang saya pernah tulis dari artikel yang saya pernah baca back in 1999. Apabila saya rasa hendak marah sebab tidak berpuas hati terhadap sesuatu perkara saya suka kaitkan dengan yang ke 3 itu.

Tafakur Terhadap Nikmat Allah
          "Nikmat  Allah yang diberikan kepada manusia tidak terbatas, nikmat kesihatannya, dan nikmat keperluan2 hidup yang Allah sediakan untuk hidup manusia. Sepatutnya dengan pemberian demikian manusia sentiasa bersyukur kepada Allah. Tetapi ternyata manusia ini sentiasa lupa maka perlulah ia meluangkan masa bertafakur untuk merasa kemurahan Allah terhadap dirinya dan ia bersyukur kepada-Nya".

So, sujudlah untuk mohon ketenangan........
Perasan tak, budak ni solat tanpa pakai kain sembahyang, dengan alasan "Ustazah kata boleh kalau tak pakai kain, janji kaki ditutup, pakai stokin boleh" 
Daripada Abu Hurairah r.a.:

Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: Berikan daku wasiat. Baginda bersabda: Janganlah
engkau marah. Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali. Baginda tetap bersabda: Janganlah
engkau marah.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari.

Pengajaran hadis:

Hadis ini menerangkan betapa sifat marah itu perlu dihindari oleh setiap mukmin, kerana marah
membawa banyak keburukan terhadap diri sendiri juga terhadap orang lain.
Jangan marah ertinya mengelakkan sebarang sebab yang membawa kepada kemarahan. la juga bererti
menahan marah bila dia marah. Erti menahan marah ialah menahan dari melaksanakan tuntutan
ledakan marah seperti memukul, memaki hamun atau mengamuk.
Seseorang yang gagah perkasa dan handal bukan hanya yang mampu beradu tenaga, bahkan juga orang
yang mampu menahan marah.
Marah diizinkan hanya apabila ia didorong oleh perasaan mahu membela kebenaran kerana Allah,
namun mestilah menurut cara hikmah dan batas yang dibenarkan.

Bagaimana Hendak Mengawal Rasa Marah:
  • Doa - agar dibimbing oleh Allah.
  • Membiasakan diri dengan zikrullah - Quran, tasbih, istighfar dll.
  • Sentiasa ingat peringatan-peringatan yang diceritakan Allah dalam Quran, pahala orang yang dapat mengawal dirinya - bidadari di Syurga.
  • Ta’wiz dari syaitan / ambil wudhu’.
  • Ubah kedudukan - berdiri - duduk - baring.
  • Berikan hak badan - tidur , rehat dan tidak memenatkan badan.
Sebarang teguran dan penerangan yang lebih jelas sangat2 dialu2kan. Tq

Wednesday, 3 April 2013

Maths: Daily Simple Self Learning #1

Salam buat semua yang ada terjah disini,

Hari ni terasa nak share lak, pengalaman mengajar anak2 mengira secara santai. Cheewahhh.. ialah kekadang anak2 ni bila belajar secara bersahaja diaorang akan absorb lebih dari yang kita expect.

Setiap pagi saya yang agak kelam kabut dalam menguruskan urusan harian waktu pagi, saya suka set jam di kereta lebih cepat dari waktu asal.
Jam kat dalam Kereta
Loceng sekolah akan berbunyi Jam 7.20 a.m, so bila keluar rumah masuk aje dalam kereta anak2 akan sibuk tanya, "Ummi, dah kul brapa dah?", so saya cakap hari ni jam dicepatkan 5 minit, then diaorang nak tahu waktu sebenar, kena tolak 5 dari minit yang diaorang tengok tu. So kiranya dia orang praktis lah cara menolak dalam matematik ni. Anak2 memang particular sikit bab2 nak sampai kat sekolah sebelum loceng berbunyi sebab takut kena rotan dengan Guru besarnya. hehehe...

Biasanya saya gilir2kan, kalau minggu ni 5 minit di cepatkan, minggu berikutnya saya tukar ke 6 minit. So Insya Allah ianya sedikit sebanyak dapat gak membantu anak2 mencongak nombor ni dalam kepala diaorang diwaktu santai.

Tapi yang pasti setakat ni, bila dalam perjalanan ke sekolah saya akan pasang bacaan Surah Al-Kursi, 9 ayat pertama dari Surah Yasin dan Asmaul Husna, memandangkan anak2 di sekolah cina tak da disediakan halwa telinga di pagi hari dengan bacaan Al-quran atau pun Asmaul Husna ini, tak macam dikebanyakkan sekolah kebangsaan.

Give Away : Eddy 3 Destinasi

Salam Sahabat Sekalian,

Dalam saya sibuk berjalan-jalan di pagi hari Rabu ini ke blog yang sempat di terjah untuk pagi ni lah, saya singgah sebentar di blog Kak Tihara. Jumpa segmen ni, nak menang Fridge Magnet tak?..

Marilah cuba nasib, tak dapat fridge magnet tak pe, dapat kawan baru, dapat bahan bacaan baru.. :)

http://www.danielzaidi.com/
Just follow this simple step:

1. Buat simple entry dengan tajuk "GIVEAWAY : EDY 3 DESTINASI"
2. Letak link blog www.danielzaidi.com kat entry anda
3. Tinggalkan link entry anda kat bahagian comment entry giveaway En Daniel Zaidi ni...

Hadiah yang agak menarik...

Cuba aje.. Tarikh tutup : Hari ini 03/04/2013....