Friday, 31 May 2013

In Ur Face: Lambat Datang Lambat Balik

Salam Sahabat Semua,

Sekarang jam baru menunjukkan kul 06.33p.m, hari jumaat bersamaan 31hb Mei 2013. Dan si empunya blog ni masih di pejabat sambil menantikan detik2 waktu berlalu sehingga tiba waktu untuk balik. Memandangkan dah Datang Kerja Lambat maka Balik Kerja pun Kenalah Lambat.

Sakit hati je rasa, tapi dah salah sendiri nak buat camnr kan. Dalam duk menanti tu sempat lah jugak melilau keluar dari bilik ni setelah puas menatap ketidak cantikkan bilik sendiri..
ni meja ke apa tak tahu lah

tengok kat luar tingkap pun tak de apa yang indah
memang serabut betullah.. itu lah kalau dah waktu kerja hujung2 ni


intai kat luar, cam tak de orang je

intai parking lot, ni kat belakang, kat bahagian blok kite dah tak de kereta tapi blok sebelah still ada kereta

kelas bahagian bawah pun sunyi sepi, budak2 dah tak de dah

so naik bilik kemas meja, potong masa kiranya.. kemas kan
Tapi bila dah siap n3 ni jam baru kul 06.44 pm, alahai, lagi 12 minit kena tunggu.. itu lah kan, padan muka. so kita BW lah sementara menunggu tu.. See u guys on Monday, nak update cite kenduri kahwin... :)

Persediaan Perkahwinan: Majlis Perkahwinan Tinie & As

Salam semua,

kejap je kan, tup tup dah hari jumaat, dah penghujung bulan Mei... so kenduri kahwin kat rumah kami pun tak lama lagi dah.. Hasil intai rumah mak, tengok persediaan perkahwinan.

Untuk makluman, bakal pengantin ni adalah anak biras Mak, memandangkan mereka duduk di bandar Kuantan so abang nak buat kenduri kat kampung, ialah ramai sedara mara kat kampung kan, kata nak berjamu sedara mara, lagi pun kenduri kahwin kat rumah kami yang terakhir adalah 9 tahun lepas masa meraikan perkahwinan adik bongsu. Adik beradik kita semua dah berkeluarga, so bila abang bersuara nak buat kenduri kahwin untuk adik ipar dia kat rumah ni, kami semuanya sangat excited.
khemah dah dipasang dari hari selasa lagi..
persediaan memasak,
 Untuk makan2, lauk pauk akan dimasak oleh anak saudara mak, dia memang memasak untuk kenduri kendara orang kahwin. So persiapan kalau masak sendiri memang sangat memeningkan kepala lah. Pada hal masa kita kahwin dulu, tak ambil pusing hal2 ni, sedar2 dah siap semua. Sekarang bila tengok Abang buat persediaan ni memang dalam hati ada rasa "order catering" aje lah. Tapi dari segi budget kalau catering memang nazak lah poket. Bangsal ni lah tempat penyediaan makanan untuk tetamu kenduri kahwin kami 5 beradik, yang mana last digunakan kira2 9 tahun yang lalu.

makanan ringan untuk merewang pun dah siap

zaman kita kahwin dulu man ada pelamin camni..
persiapan bilik kahwin

persiapan hantaran
orang nak kahwin, dia lak lebih2 berinai

si kecik ni pun pandai nak berinai gak
So, Insya Allah, kalau ada sahabat2 yang melalui jalan ni ketika kenduri berlangsung, jangan segan2 singgah ye.

Thursday, 30 May 2013

Jemputan: Majlis Perkahwinan Tinie & As

Salam buat semua sahabat di alam maya,

Walaupun kita masih belum berkenal mesra di alam nyata tapi jalinan persahabatan melalui alam cyber bukanlah satu perkara yang luar biasa. Dengan itu saya ingin menjemput sahabat yang kebetulan ada bercuti ke Pantai Timur khususnya Pahang ni, tak pun yang kebetulan menggunakan jalan raya dari kelantan nak ke Johor bahru/Singapore, tak pun yang ODW nak ke Pulau tioman tu melalui Tg gemok, bolehlah singgah menjamu selera kenduri kawin di rumah Mak saya.
 Sambil singgah makan tu bolehlah kita berkenalan... :)

Majlis kendurinya pada 02 Jun 2013, agak2 boleh nampak tak plan rumah tu. nanti teropong lah ye guna apa2 yang patut.

Monday, 27 May 2013

Koleksi : Comel

Salam Ceria Sahabat Semua di Pagi Isnin..

Hehehe... biasa pagi Isnin tak da mood sebenarnya... Hari ni kat tempat kami students dah mula Sem 1 sessi 2013/2014. Tapi anak2 baru mula cuti sekolah, aduh, tak kena langsung..

Tapi bagi menghidupkan suasana ceria di pagi ni, saje nak kongsi.. ni ada cenderahati... dah lama sampai sebenarnya.. tapi baru berkesempatan nak kongsi.. hehehe.. orang lain dah basi pun cite ni...

kemas tulisan tangannya...
sweet aje kan...
Yg KL tu dah hantar ke Fridge kat rumah...
Ni ole2 dari sahabat kita OKje... rasanya yang singgah kat sini mesti kenal lah... Tq OKje...

Thursday, 16 May 2013

Sambutan Balik Kerja

Salam Sahabat Semua,

Hari semalam balik kerja, sampai kat rumah betul2 habis aje azan maghrib. Bila sudah park kereta, keluar2 tengok si Aisha dah macam alien. Habis badan dan muka dia bengkak2. Memandangkan dah maghrib hari, kat Rompin ni, tak da klinik swasta yang bukak, so angkutlah ke klinik kerajaan rompin.

Kat Rompin ni tak berapa gemar nak deal dengan klinik kerajaan sebab doktor dan pembantu perubatannya sokmo2 menghilang kalau on call. So kami sampai dalam kul 7.25 pm. Tapi doktor hanya tiba tepat jam 8.00 malam.



Cekeding giler anak Ummi ni.. sorry lah, tak sempat nak capai baju..
 Bila tengok je dia dalam keadaan menyedihkan semalam, terus je kepong dia masuk kereta then terus bawak kereta.. tak teringat dah nak ambil baju ke apa ke... hehehe... sorry aisha sayang ye.. kamu sexy sikit hari ni ye..


kena cucuk... alhamdulillah, dia tak nangis pun..

Kena tahan wad dulu, sebab Dr nak observe kesan ubat
 Masa duk boring menunggu tu, sempat gak snap papan tanda ni.. betul2 keboringan.. tengok nama tertulis, ingat doktor tu bebangsa India, tapi yang check si Aisha tadi macam melayu, so dalam hati, ingat doktor2 ni bertugas tu bertukar jadual sesama sendiri kot.
Tapi tadi bila belek kad si aisha.. tengok tu, eh memang nama Dr tu lah... so Dr yang checked Aisha tu bukan melayu lah ye... hehe.. tak terpikir lak nak snap gambar Dr tu..

Tapi yang pasti.......seme tulisan doktor sepesen.. agaknya tulisan PinkyCat pun cegini... hehehe....
Any way... thank you to Dr sebab walaupun lewat... layanannya sangat superb.. so soft cara bercakapnya... dan aisha pun tak takut bila Dr tu nak checked dia...

Wednesday, 15 May 2013

Wordless Wednesday #4: Pantai Aje Lah Tempat Kami

Salam Sahabat Semua,

Memandangkan hari ni hari kurang berkata2 ye, so just nak share xtvt yang kami boleh buat duduk di Rompin ni. Kalau mereka2 yang tinggal di tengah kota batu harus mencari ruang waktu yang sesuai untuk membawa anak2 bersantai di pantai, tapi kami, hehehe... any time boleh pergi... sekadar masak makanan di rumah then break fast kat pantai sambil bergolek dalam air.. jimat belanja poket....

Tapi kena tengok gak, kalau air pantainya bersih memang boleh mandi manda lah.. cuaca pun ok...













Sehingga jumpa lagi nanti... 

Tuesday, 14 May 2013

Kerenah Birokrasi: For 1 Simple Task

Salam Sahabat Semua,

Moga dapat menjalani rutin harian dengan ceria dan penuh tanggung jawab tanpa ada rasa sakit hati... hehe.. ni sebab saya yang sakit hati... Mana tak sakit hati, untuk task 2 minit tapi saya kena ke Pejabat Daerah Rompin tu sampai 2 kali.. mungkin salah saya kot sebab tak tahu peraturan tapi bukan setiap hari pun buat benda alah ni, so mana nak alert..

Al kisahnya, last week perlu matikan setem untuk dokumen students yang akan menjalani latihan praktical
tapi setem kena beli kat pejabat pos dulu. ok no prob..
So bila dah beli dan tampal, maka saya pun ke PDR, dimana saya telah pulang awal, sebab Muadzam ke Rompin adalah 69km. Harinya adalah hari Jumaat, dapat dokumen tu dalam tengahari, so bergerak ke Rompin dalam jam 2 petang, sampai kat PDR jam 3 petang sebab stop kat rumah jap ambil si kenit ni, hehe
kebetulan ada kereta cop hello kitty ni, so sikenit nak bergambar
Then masuk ke PDR dengan cerianya, sampai di kaunter,
                Saya : Maaf, boleh tumpang tanya, saya nak cop setem hasil,
                Pegawai di Kaunter : Pegawai LHDN tak ada hari ini, hanya hari Isnin, Rabu dan Khamis je,
                                                 Ada tampal kat kaunter depan
                Saya : Tak de siapa2 yang boleh bantu ke
                Pegawai di Kaunter : Tak de

Then pi intai kat depan, memang ada ni,
Terpaksa dengan perasaan kecewa, then hari Isninnya datang semula ke sini dan ianya memang menyakitkan hati.
untuk cop tak sampai pun beberapa saat
sekejap je, prosesnya
                 1. isi borang permohonan (sehelai je)
                 2. dapat cop

Tapi dalam kes sebegini, proses ni memang sekejap aje, tapi ambil masa yang lebih dari sepatutnya semata2 untuk cop yang tak sampai beberapa saat tu, ok lah campur tulis form mungkin seminit dua.

1. Kalau takutkan penyelewengan: Takkanlah tak boleh pegawai2 atau kerani2 di PDr tu uruskan, bukan melibatkan wang ringgit pun, nak cop aje.
2. Pekerja2 di PDR tak boleh diharapkan ke: Takkanlah dokumen sebegini tak leh disimpan oleh pekerja2 PDR tu dalam fail untuk diserahkan kepada pegawai LHDN tu yang jadualnya untuk 3 hari seminggu di PDR ni.
3. Pekerja PDR ada kerja masing2: Hahahaha... sibuklah sesangat pekerja2 di PDR tu... walhal bila kesana biasa aje nampak duk huhahuha...

Maaf untuk Sahabat2 yang terlibat dengan kerja sebegini, mungkin saya tak berapa faham, tapi rasanya setakat urusan seperti ini, boleh sahaja pegawai2 yang lain tolong uruskan.

Weird Blog: Saya Aje Ke Yang Perasan Cam Tu?

Salam sahabat yang berkenalan di penulisan IT,

Actually hari ni nak cite benda lain tapi dalam duk mencuri ruang waktu melepak di penulisan IT sahabat2 ni, saya nak bercerita tentang blog yang macam2 kisah, tapi yang ni tersangat pelik, sepelik namanya.. cer teka blog sape tu...
tengok kosong je kan
Saya mula ke blog ni.. ala tak ingatlah sebenarnya... tapi masa mula terjah blog ni, rasa pelik yang teramat pelik.. apahal blog ni ada tajuk je.. tak da pun penulisannya.. Tapi kalau scroll ke bawah ada lak benda2 ni semua..
tapi ni contoh the latest tau, yang mula2 saya stopped tu malas nak cari..
so apa yang nak dibaca, bila saya pergi n3 yang lelain pun serupa gak.... then saya komen yang ntah apa2... tapi the next time bila saya terjah, saya ada tertekan button cam highlight gitu.. baru saya nampak ada tulisannya rupanya... Hahahaha...gelak sendiri diataas kebodohan sendiri..
So kalau sahabat nak tahu sapa yang empunya boleh lah ke blog ni, klik kat sini ye.. tapi sebenarnya, saya je ke yang menyaksikan kepelikannya.. kat monitor orang lain cam normal je ke.. hehehe...
Well.... hehehe...

Friday, 10 May 2013

Korea Fever : Sama Tak Ummi

Salam Sahabat emua,

Kalau bercakap pasal Negara Korea ni, memang tak leh nak disekat2.. Demam Korea ni bukan sahaja untuk Mak2 yang ngadap drama korea, sayalah salah seorangnya..  hehehe

tengah tayang kat 393

suka tengok dia ni.. comel je rasanya
tapi anak2 remaja juga yang dengan muzik Kpop, ini kumpulan favorite anak2,

ada tak korean group yang tak sexy?..
makanan berjangkit KFC Korean Crunch.. pedas2 manis gitu, ada suka ada yang tak suka, ikut anak tekak masing2
tapi yang pasti my budak kenit pun, duk sibuk bergwiyomi dan layan Bang Ye Dam, tetiba buat muka dan posing cegini

sibuk duk ulang dialogue ni " Umi, ame tak? Ha Umi, ame tak?"
mula2 tak paham tapi bila dia tunjuk gambar ni, baru paham...
Naib Juara Kstar Musim 2,
Alahai si kecil... hilang stress Ummi bila duk pikir research dok siap2 lagi tu... hehehe...

Something to thing : Sambil saya menaip n3 ni, dan at the same time, rehat jap, jejalan kat blog kekawan, recalled balik perbualan dengan kawan2, somehow buat saya keliru..

Ada teman yang cakap, dia tak bagi anak2 dia layan kpop2 ni, satu penyakit yang boleh melalaikan anak2 dan mempengaruhi pemikiran diaorang ke arah yang tidak elok.  tapi kalau saya halang, anak2 boleh meneroka semua ni dibelakang saya, at least bila saya ikut serta apa yang diaorang tengok, saya boleh beri komen supaya diaorang boleh berfikir. Agaknya lah kan..

Sexy... emm.. tak nafikan diaorang ni comel dan sexy.. perlukah saya menggunakan perbezaan agama sebagai penerangan untuk membolehkan mereka berpakaian demikian, tapi bagaimana pulak dengan artis kita yang sexy, seagama dengan kita. Apa alasannya...

Susah sebenarnya nak mendidik anak2, sebab apa yang kita terapkan dan semaikan tidak dapat dilihat hasilnya sekarang tapi akan datang... betul ke, salah ke...