Tuesday, 13 August 2013

Puasa: Di Bulan Syawal

Salam Buat Semua Sahabat di alam Maya,

Bulan Ramadhan sudah pun berlalu, sekarang kita di Bulan Syawal. Oleh itu Sekarang kita kejar pula kehebatan yang Allah S.W.T sediakan sebagai ganjaran bagi mereka yang ingin menambah amalan di bulan ini. Bukan apa, untuk bekalan di sana yang kekal abadi.

Hukum puasa enam pada bulan Syawal adalah sunat. Segala khasiat yang diperturunkan oleh fadhilat di atas tidak akan berlaku tanpa izin Allah. Oleh itu, carilah keredaan-Nya dengan melaksanakan perintah-Nya serta menjauhi larangan-Nya di samping berikhtiar dengan sesungguh hati.

FADHILAT PUASA ENAM

Antara fadhilat puasa enam pada hari pertama sehingga hari keenam adalah :

Pada hari pertama - mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Adam.
Pada hari kedua - mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Yusuf ; keluar dosa dari tubuhnya bagaikan dilahirkan dari perut ibu.
Pada hari ketiga - mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Yaakob ; sekiranya berpuasa tanpa diketahui oleh orang lain, Allah tidak rela untuknya pahala kurang dari syurga.
Pada hari keempat - mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Musa
Pada hari kelima - mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Isa ; menyamai berpuasa sepanjang tahun.
Pada hari keenam - mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Rasulullah ; jika kebetulan seseorang makan berhampiran orang yang berpuasa itu, akan dibacakan istighfar untuknya oleh para malaikat.

Untuk Mereka Kaum Adam, setelah berpuasa penuh di bulan Ramadhan Insya Allah, tiada masalah untuk sambung terus berpuasa 6 di bulan Syawal, tapi bagi Kaum Hawa yang terpaksa meninggalkan puasa di bulan ramadhan mungkin terkeliru untuk meneruskan puasa sunat 6 bulan syawal dan juga mengantikan puasa.

Soalan ini sememangnya akan senantiasa di timbulkan bila tiba bulan Syawal. Pertama kali saya mendengar soalan ini adalah pada tahun 1997. Dan sehingga sekarang, saya dapati soalan ini terus ditanyakan. Paling baru saya mendengar soalan ini dikemukan pada sambutan hari syawal yang ke 2 baru-baru ini di Rangkaian TV 7 ke TV 9 (lupa lah pulak), "Tanyalah Ustaz".

Dan sepanjang saya menjalani ibadat puasa 6 ini, saya suka mengambil yang mudah, utamakan yang wajib dahulu, dan jika kita diberi kesempatan, maka buatlah yang sunat kerana ia bukan paksaan. Jadi saya lebih prefer mengantikan dahulu puasa wajib yang kemudian akan berpuasa 6. Dan biasanya saya berpuasa berterusan untuk mengejar masa bagi melakukan amalan puasa wajib yang tertinggal dan puasa sunat 6 itu.

Di sini saya cari kat internet tentang pertikaian bagi mengantikan puasa ramadhan dan menunaikan sunat 6 di bulan syawal. Semoga kita senantiasa mendapat kerberkatan dari amalan yang kita lakukan.

Jabatan Mufti Negeri Perlis telah menerima pertanyaan hukum dari En Zukri melalui e-mel: mzukri@... Berikut adalah penjelasan hukum yang diberikan dan telah diperakui oleh S.S. Mufti Dr. Juanda bin Jaya:

Soalan:

Salam, saya hendak bertanya tentang posa ganti dalam bulan Syawal bagi wanita. Bolehkah digandingkan niat ganti puasa Ramadan dengan puasa sunat syawal sekali? Apakah kita akan mendapat pahala kedua-duanya sekali? Adakah ada spesifik hari untuk puasa bagi mendapat kedua-dua pahala inini? jika tidak, amalan bagaimana lebih afdal?

Terima kasih

Jawapan:

Terima kasih kepada saudara yang bertanya. Jawapannya adalah seperti berikut:

Persoalan pertama berkaitan niat puasa ganti Ramadan yang tertinggal adakah mendapat pahala puasa sunat Syawal.

Persoalan ini terdapat khilaf (perbezaan pandangan) di kalangan ulama.

Pendapat pertama: Sebahagian ulama berpendapat, tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan niat puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain. Sekiranya dilakukan, maka puasa itu tidak sah, sama ada bagi yang fardhu ataupun yang sunat. Pendapat ini bertepatan dengan sabda Nabi SAW:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ صَامَ الدَّهْر

Maksudnya: "Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari bulan Syawal maka seakan-akan ia berpuasa setahun". (HR Muslim)

Bagi memenuhi maksud hadis ini, dalam usaha memperolehi pahala yang dijanjikan iaitu pahala berpuasa setahun, maka hendaklah seseorang itu menyempurnakan puasa Ramadan (yang merupakan puasa wajib) kemudian ditambah dengan puasa enam hari di bulan Syawal (yang merupakan puasa sunat). [Syeikh Muhammad Sholih Al-Munajid – www.islamqa.com]

Pendapat kedua: Di kalangan ulama Syafie ada yang berpendapat bahawa ganjaran puasa enam Syawal tetap akan diperolehi apabila seseorang berpuasa qadha sekalipun dia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya. Namun, pahala yang diperolehi itu adalah kurang berbanding seorang yang berpuasa kedua-duanya secara berasingan. [Fatawa al-Azhar 9/261]

Setelah diteliti, dapat disimpulkan bahawa pendapat kedua iaitu pandangan ulama yang membolehkan ‘puasa dua dalam satu’ ini tidak disandarkan kepada mana-mana nas Al-Quran ataupun Al-Sunnah yang sahih. Mereka juga mengatakan bahawa amalan ini hanya mendapat pahala kerana kebetulan berpuasa qadha pada bulan Syawal, sama seperti pahala sunat tahiyyatul masjid dengan solat fardhu (orang yang terus mengerjakan solat fardhu apabila masuk ke dalam masjid akan mendapat juga pahala sunat tahiyyatul masjid)

Timbul persoalan, yang manakah yang lebih afdal untuk dilakukan bagi memperoleh pahala kedua-duanya; mendahulukan puasa sunat enam hari dalam Syawal atau mengqadhakan puasa Ramadan? Dalam persoalan ini terdapat dua pendapat.

Pendapat pertama: Boleh mendahulukan puasa sunat Syawal, berdasarkan hadis Aishah RA yang menyatakan bahawa:

( كَانَ يَكُونُ عَلَيَّ الصَّوْمُ مِنْ رَمَضَانَ ، فَمَا أَسْتَطِيعُ أَنْ أَقْضِيَ إلَّا فِي شَعْبَانَ. قال يحيى:الشغل من النبي أو بالنبي )

Maksudnya: “Aku berpuasa di bulan Ramadan dan aku tidak mengqadha kecuali dalam bulan Syaaban”. Kerana sibuk melayani Rasulullah SAW.” (HR Bukhari:1950, penjelasan “kerana sibuk melayani Rasulullah SAW” ialah penjelasan salah seorang perawi hadis yang bernama Yahya bin Said.)

Para ulama yang mengemukakan pendapat pertama berhujah bahawa sudah tentu isteri Rasulullah SAW iaitu Aishah RA tidak meninggalkan puasa sunat enam Syawal. Tindakannya yang mengqadhakan puasa Ramadan pada bulan Syaaban menunjukkan bahawa adalah dibolehkan untuk berpuasa sunat Syawal meskipun seseorang itu belum mengqadhakan puasa Ramadan.

Pendapat kedua: Tidak boleh mendahulukannya, berdasarkan hadis yang menyatakan kelebihan puasa sunat Syawal tadi. Rasulullah SAW mensyaratkan puasa Ramadan terlebih dahulu sebelum mengiringinya dengan puasa enam Syawal bagi mendapatkan ganjaran pahala yang dijanjikan.

"Jika seseorang tertinggal beberapa hari dalam Ramadan, dia harus berpuasa terlebih dahulu, lalu baru boleh melanjutkannya dengan enam hari puasa Syawal, kerana dia tidak boleh melanjutkan puasa Ramadan dengan enam hari puasa Syawal, kecuali dia telah menyempurnakan Ramadannya terlebih dahulu." [Fataawa Al-Lajnah Ad-Daa'imah lil Buhuuth wal Ifta', 10/392]

Sekiranya diteliti dan dihalusi, maka pendapat kedua adalah lebih rajih (kuat) kerana ia bertepatan dengan dalil puasa sunat Syawal itu sendiri. Selain itu, membayar hutang yang wajib hendaklah didahulukan daripada memberi sedekah yang sunat.

Namun, sekiranya seorang itu tidak berkesempatan kerana keuzuran untuk melakukan qadha kemudian berpuasa enam, tetapi dia berkeyakinan bahawa akan sempat mengqadhakannya sebelum Ramadan tahun berikutnya, maka pendapat yang pertama tadi boleh diterima, berdasarkan apa yang dilakukan oleh Aishah RA.

Manakala berkaitan hari-hari yang tertentu pula, dinyatakan bahawa:

"Hari-hari ini (berpuasa dalam bulan Syawal) tidak harus dilakukan langsung setelah Ramadan. Boleh melakukannya satu hari atau lebih setelah hari raya, dan mereka boleh melakukannya secara berurutan atau terpisah selama bulan Syawal, mana-mana yang lebih mudah bagi seseorang. ... dan ini (hukumnya) tidaklah wajib, melainkan sunnah."
[Fataawa Al-Lajnah Ad-Daa'imah lil Buhuuth wal Ifta', 10/391]

Imam An-Nawawi RH berkata:

"Sahabat-sahabat kami berkata: Adalah dianjurkan untuk berpuasa 6 hari Syawal. Dari hadis ini mereka berkata: Sunnah mustahabah melakukannya secara berurutan pada awal-awal Syawal, tapi jika seseorang memisahkannya atau menunda pelaksanaannya hingga akhir Syawal, ini juga dibolehkan, kerana ia masih berada pada makna umum dari hadis tersebut. Kami tidak berbeza pendapat mengenai masalah ini dan inilah juga pendapat Ahmad dan Abu Daud." [Al-Majmu' Syarh Al-Muhazzab]

Adalah dianjurkan untuk menyegerakan dan berlumba-lumba dalam melakukan puasa enam Syawal berdasarkan umum firman Allah Taala:

وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ

Maksudnya: “Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amalan yang baik untuk mendapat) ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa.” [Surah Ali Imran:133]

Wallahu a’lam.

Sumber : http://http://mufti.perlis.gov.my/soal-jawab/187-hukum-gabung-puasa-qadha-dan-puasa-enam-syawal






Monday, 5 August 2013

Raya : Kian Terasa Suasananya

 Salam Semua Sahabat yang sedang berseronok membaca kisah2 raya ni,

Setelah sunyi sepi agak lama, hari ni plan nak sambung tulis paper terbantut memandangkan mood nak study hilang. Gara2 sampai ke office tadi, suasana lengang yang melampau.

Banyak tul parking kosong

Parking lot belakang, sokmo2 berebut dengan students

langsung tak de kereta parking

Seme parking lah kiranya sunyi

Kelas ni kosong


seme kelas lah kosong


bilik2 lecturer lain pun kosong
Dengan itu, dengan lajunya mohon half day, lagi pun nak kena pergi buat cermin mata si Nissa, sebab petang semalam cermin mata dia patah 2 di kerjakan adik dia.